Saturday, January 2, 2010

Hepi New Yer!!!!

Sedar tak sedar, dah dua hari Tahun 2010 menjengah. Umur semakin pendek setahun. Aduhhhh... amal masih tak banyak lagi nak bawa balik. Selama dua hari cuti ni, aku tak buat aper-aper, lepak dalam bilik je. Rasa lama plak cuti kali ini. Mana tidaknya, hari Khamis lepas aku ambil cuti, sajer, nak habiskan cuti tahun. Itupun masih berbelas lagi baki. Last year punya 3 carry forward dan 15 aku simpan untuk golden hand shake. Buat bekalan hari tua kalau kerajaan masa tu tak bangkrap. Ni pun gula dah naik 20 sen.

Cuti kali ini, orang umah aku ajak buat kerja gila macam 4 - 5 tahun lepas. Menonton filem Korea secara endurance... 26 jam tanpa kloa bilik. Berenti untuk solat, mandi dan pi solat Jumaat. Filem Boys Over Flowers, orang kata tu crita dah lama tayang tapi orang umah aku tertonton kat TV8. Jadi setiap malam aku tak bleh kloa sehingga 9.30 malam. Kalau dah tkloa, pukul 8.30 mesti ada kat depan TV.

Nasib baik kerani kat opis ada download cita tu; pinjam le dan save dalam lap top. Best giler crita tu, patut orang umah melekat depan TV. Actually orang umah bukannya kaki TV, dia tak minat tengok. Dia kata takut nanti mati depan TV. Tapi kalau crita Korea, kena ubah prinsip sket. Last kami tengok endurance tanpa henti crita orang tertukar anak, Miskin dan kaya tapi akhirnya mati kena kanser. (Biaser ler crita yang meruntun perasaan orang). Crita tu sezaman Winter Sonata.

Ni tadi adik aku hantar mesej suh tgk crita Korea Hot Shoot, best giler katanya. Ni kalu orang umah aku tau, pergh, tangkap tak buat kerja.

Jadi taun baru 2010 kali ini aku sambut atas katil sambil buka lap top. Orang umah aku kata macam kat dalam bilik hotel..... Pergh tak hengat...

No comments:

Post a Comment