Friday, November 23, 2012

Pertukaran Guru 1 Januari - Part 2



Penat betol minggu ni. Jadual aku bersusun daripada minggu lepas. Last week habiskan masa dekat seminggu bercuti di Pantai Timur. Dua hari di Kuala Terengganu, sehari di Kota Bharu dan sehari di Baling Kedah. Nanti aku akan upload gambar masa aku bercuti di sana in my next n3. Sehari aku di opis buat kerja sampai malam, sok paginya aku dah shoot ke Pulau Pangkor untuk rayuan pertukaran e-GTukar Januari 2013.
Tempat kami meneliti rayuan....

Walaupun badan letih; aku plak dah lewat sehari tapi aku cukup confident nya tidak ramai guru yang mohon masuk ke dalam daerah aku. Berani kerat jari ikan patin ler kalau ramai yang mohon masuk ke daerah aku. Bila sampai di tempat mesyuarat, kompem hanya lima orang yang mohon masuk. Empat orang tidak boleh diterima kerana opsyen tersebut dah terlalu banyak di daerah aku manakala seorang lagi aku terima sebab kekurangan opsyen tersebut dan juga dia dah datang jumpa aku dengan sebeban bukti yang dia mengidap sakit jantung dan tak boleh memandu jauh. 
Banyak alasan diberikan tetapi kami terikat dengan peraturan....

Manakala ada seorang guru yang mohon keluar aku tak lepaskan sebab daerah ini amat perlukan opsyen Geografi dan dia baru setahun di sekolah tu; hmmm maner boleh pindah sebab nanti pengetua marah kat aku dan lagi satu, bekalan Geografi susah nak dapat. Yang tu hati kena cekal, kang bila kasi pindah; mulalah kola kat paper, ada sifat pilih kasih. Cikgu lama minta pindah bertahun-tahun gagal padahal guru baru setahun jer dapat tukar. Pedih tu ayat yang tulis kat paper. Tu yang aku jaga dan sentiasa beri peluang guru yang 60 bulan ke atas untuk berpindah dahulu.
Pernah tak lihat sotong makan ikan.....

Sebenarnya masa aku jumpa dia tempohari aku dapati dia tidak jujur untuk berpindah kerana dia tidak sedar apa yang dia cakap dan sekejap berubah cerita itu dan jap lagi berubah cerita lain. Tapi, kita mesti bersangka baik dengan orang dan prinsip aku cukup mudah; “Tak salahkan untuk menggembirakan hati orang lain tetapi kita tidak boleh sama sekali memuaskan hati semua orang”.
Menyusun guru di sekolah tidak semudah menyusun tempayan di dalam kolam...

Sebenarnya handle orang nak bertukar ni bukan senang. Berapa ramai yang berbohong dan entah apa-apa alasan yang diberi. Kadang-kadang tak munasabah, kadang-kadang lawak, kadang-kadang langung tak mencerminkan yang mohon itu seorang pendidik dan ada kalanya  ada yang sanggup berbohong atas alasan untuk bertukar. Jadi kali ni aku nak berkongsi dengan korang beberapa alasan yang kalau aku jual kat Readers Digest dah lama aku kaya dapat wang saguhati.
On the way balik dari Pangkor selepas sesi rayuan....

Cerita 1 :
Alasan berpindah kerana ingin menjaga ibu yang sering pelupa dan dia ialah merupakan anak tunggal dalam keluarga. Ibunya pernah memasak air sehingga cerek terbakar sebab kering di atas gas.  Nak dijadikan cerita, lepas dapat berpindah, dua tiga bulan kendian, dia telefon aku untuk urusan sekolahnya. Sebelum letak telefon aku berkirim salam dengan ibunya. Oooo encik, nak kirim salam camner ya, mak saya dah lama meninggal dekat tiga tahun. Pergh…..aku balas mudah jer ….oooo meninggal sebab cerek terbakar atas dapor gas. Dia terkedu….camner encik tau ya pasal tu?????
Patutkah mak yang dah lamer meninggal dijadikan alasan untuk menipu???


Cerita 2 :
Mohon dilepaskan untuk balik ke Kedah. Opsyen kritikal di daerah aku. Alasan berpindah kerana ayahnya mengidap sakit jantung dan dalam setahun perlu dua atau tiga kali masuk ke IJN. Apabila ayah berada di IJN, susah ibu atau saudara nak menjaga sebab IJN jauh daripada Kedah. Dia merayu aku lepaskan dia dengan membuat panggilan telefon. Aku tanya dia beberapa perkara dan akhirnya dia menuduh aku tak bersimpati dengan dia. Aku tanya sekarang rumah sendiri ke rumah sewa.  (Sendiri) Naper nak pindah sangat (susah kalau mak nak kena jaga, dia taka da temppat nak tingggal di IJN. Lagipun dia dah tua tak larat nak jaga di IJN. Sanak saudara kalau nak datang susah sebab tak mampu nak sewa hotel. Kalau saya pindah, senanglah kalau ayah masuk hospital, saya boleh ganti mak jaga dia di hospital).

Hmmm….salahkah kalau saya beri statement sehingga dia menjadi marah…..Cikgu duduk di rumah sendiri, jarak rumah ke IJN ialah 32 km. Kan elok cikgu stay kat sini; mak boleh balik kat rumah cikgu, sanak saudara boleh singgah dan cikgu kan lagi senang nak ganti mak jaga ayah sebab rumah sekarang dekat dengan IJN daripada nak berulang alik ke Kedah????? 


Cerita 3:
Datang seorang guru nak mintak bertukar ke daerah sebelah. Denga serius dia jumpa aku dgn kawan untuk menguatkan cerita. Sebenarnya dia tahu bahawa dia memang tak boleh bertukar sebab dia baru sahaja dua tahun di sekolah tersebut. Jarak rumah ke sekolah ialah dalam 45 km sahaja. 

Alasan : Encik, saya telah berkahwin selama dua tahun dan masih belum ada rezeki. (Hmmm…. aku ni part orang tak ader anak memang concern punya sebab aka tau perasaan orang yang tak ader anak ni. Kalau orang ader masalah bgini mesti aku akan beri perhatian lebey punyer)

Jadi….

Doktor nasihatkan saya untuk berpindah sekolah supaya saya dapat bersama dengan suami saya. Kalau saya dapat tingal bersama suami saya, kebarangkalian untuk saya mendapatkan zuriat lebih cerah.

Mana surat doctor yang nasihat supaya kamu berpindah sekolah?

Hmmmm….saya belum minta lagi.

Cikgu lepas sekolah balik mana?

Balik umah saya kat BTP, R.

Oooo, suami kerja kat mana?

KL.

Balik umah dia tinggal kat maner?

Dia balik ler kat umah kami di BTP, R.

La…..apa masalahnya. Lps sek cikgu balik umah, lepas kerja suami plak balik umah. Ha….lepas tu bersamalah…….Tak kan nak bersama pun nak cerita ngan saya…

Dia pandang kawan dia ….Itulah kau, naper suh buat alasan ini. 

Hmm aku pun tak terperasan tentang ini…..(Jawab kawan dier)

Sebelum dia tinggalkan aku, dia sound aku….Encik boleh lah cakap cenggitu sebab Encik tak tau perasaan saya dah dua tahun tak ader anak…. 

He….he…he…cikgu, bersyukurlah cikgu baru dua tahun; saya dah 16 tahun saya tak pernahpun mengeluh dan menjaja masalah saya untuk menghentam orang lain.

Dia terkedu dan bangun dari kerusi sambil menangis….(tak tau ler nangis sebab ayat aku atau frust sebab alasan dia tak menyangkut)

?????/ Habih camner nak kasi tukar…..better stay kat sekolah tu dan bagi laluan guru yang lebih senior pindah dulu …He…he…he…

Ok….nanti kalau aku ader maser, nanti aku citer beberapa pengalaman orang nak minta pindah. Dan insya Allah aku akan bagi tips pader sesaper nak mintak pindah cecara nak memasang umpan. Tunggu ….bulan Mac tahun 2013 nanti ya…..Ahak3….

19 comments:

  1. Salam..sy nk tnya ttg alsn pertukaran..adakah alasan bertukar utk mengikut suami sudah x relevan?terima kasih

    ReplyDelete
  2. Saya dah 8 thn berulang alik ke sekolah tiap2 hari;
    3 thn Besut, T'ganu - KB (110km)
    5 thn Jeli - KB (240km)
    sampai sekarang duit utk minyak & baiki kereta dah boleh beli kete lain....
    klau 2-3 thn tu dan dekat rumahnya kira untung lagi la....

    ReplyDelete
  3. salam... saya nak tanya kalau guru yang dalam cuti tanpa gaji CTG, bolehkah memohon egtukar?

    ReplyDelete
  4. salam,,sy mau bertanya,,sy sekrng dalam dilema,isteri berada di johor, sy berada di selngor manakala ibu sy yang tinggal bersendirian di kampung berada di kelantan.ibu saya sudah hampir menjangkau warga emas,,isteri sy tinggal dijohor dan akan mendapat cahaya mata pertama kami, ibu sy tidak mahu mengikut sy dan mahu menetap dikampung halamannya sejk dr kecil dan sering tidak sihat.manakala rumah jauh dengn kemudahan awam dan keperluan harian.bantulah saya,,saya hanya berpeluang berjumpa/melawat ibu waktu cuti sekolah sahaja manakala isteri dlm 2 minggu sekli tu pun kadang2...farr_zaf@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 3 perkara yang saya nampak....
      1. isteri di Johor
      2. cikgu di Selangor
      3. ibu tercinta di Kelantan
      Cikgu kena pilih yang paling terbaik untuk cikgu. Sama ada cikgu mohon tukar ke Johor; isteri mohon bertukar ke Selangor. Untuk memohon bertukar ke Kelantan bukanlah suatu yang mudah kerana permohonan masuk terlalu tinggi berbanding permohonan keluar. Ini menyebabkan peluang masuk ke Kelantan adalah amat kecil. Pilihlah yang terbaik untuk cikgu kerana hanya cikgu sahaja yang lebih arif dengan naluri cikgu.

      Delete
  5. Assalam...suami sy di Bertam, Pulau Pinang dan sy tggl di Batu Caves, S'gor (mengajar di daerah Kuala Selangor). Sy ada memohon pertukaran melalui egtukar April 2014. Soalan sy, sukar atau tidak untuk sy berpindah mengikut suami atas sebab sy tggl berdua dgn ibu saudara yg sering ke luar daerah, sy sdg hamil anak pertama dan jarak rumah dan sek lbh 60 km... Sy opsyen BI(sk). TK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jawab sukar atau pun tidak ....hmmmm.... sebenarnya apabila nak minta tukar ada banyak perkara yang akan diambil kira. Antaranya :
      1. Berapa lama sudah berkhidmat di sekolah sekarang?
      2. Ada tak kekosongan opsyen di daerah / sekolah yang dipohon?
      3. Adakah opsyen kita amat diperlukan di sekolah asal; kalau kita keluar ada tak opsyen sama akan masuk?
      Cuba cikgu jawab soalan ini daulu barulah cikgu dah boleh agak sukar ataupun tidak...

      Delete
  6. Assalamualaikum.
    Saya sedang mengajar di johor bahru sekarang ini. Saya ingin mohon tukar ke negeri yg.berdekatan dengan kmpung ibu bapa saya. Ayah saya sekarang menghidap sakit jantung dan sering membuat rawatan di ijn. Emak saya juga sering sakit...

    Saya menghadapi.masalah.untuk pulang ke kampung sekiranya ibu @ ayah.saya sakit memandangkan masa perjalanan yg lama dan jarak yg jauh. Lbh kurang 6-7 jam.
    Saya sudah berkahwin..dan suami saya menyarankan agar saya mohon bertukar trlebih dahulu dan dia akan memohon kemudian.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    Isteri sy sedang mengajar di melaka melebihi 3 tahun, keluarga kami diterengganu dan sy bekerja di terengganu . Atas faktor keselamatan, Sy berharap beliau dapat ditukarkan ke terengganu. Opsyen matemati smk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memohon untuk bertukar tidak ada masalah. Walau bagaimanapun, masalahnya apabila proses kelulusan yang akan dibuat oleh pihak KPM. Buat pengetahuan pihak tuan, faktor keselamatan serta kesihatan isteri adalah merupakan lumrah alasan yang diberikan oleh pemohon berserta dengan bukti-bukti.

      Dalam proses pertukaran dibuat (berdasarkan pengalaman) keperluan opsyen adalah amat dititikberatkan oleh panel pertukaran. Ramai pasangan (yang bukan guru) kadang kala tidak faham apakah pentingnya opsyen. Pernah bertemu dgn seorang suami yang marah-marah kerana tidak memahami maksud opsyen.

      Seperti yang tuan maklum, jumlah yang memohon bertukar ke negeri-negeri pantai Timur adalah amat tinggi manakala yang bertukar keluar serta kekosongan (faktor bersara pilihan / wajib) adalah amat sedikit. Seandainya terdapat kekosongan, maka mereka yang mempunyai wajaran yang tinggi serta tepat pada daerah yang dipohon selalunya berpeluang untuk diluluskan pertukarannya.

      Yang penting tuan jangan berhenti berdoa dan isteri jangan lupa untuk memohon bertukar. Dan pada masa yang sama, isteri tuan berkhidmatlah seperti biasa kerana seperti yang sering maklumkan kepada guru-guru yang gagal bertukar, hanya Allah tahu apa yang baik kepada hamba-Nya.

      Delete
  8. Saya ada 4 anak, suami jaga anak 3 org dan saya menjaga baby yg kecil..saya usung anak saya dari johor ke trgganu sejak anak lepas pantang lagi....juga saya pernah berdepan dengan kes ragut depan mata saya bersama2'bayi saya. Suami saya jurulatih memanah dan dia bawak anak2 ke padang dan kadang2 letakkat umah ketika training....kehidupan kami kdg2 tunggang langgang.....entahlah...nyawa kami menjadi taruhan

    ReplyDelete
  9. Sesungguhnya telah lama kami redha....itulah harga yg perlu dibayar utk jadi pendidik

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Mana lebih baik terus kerja atau berpencen

    ReplyDelete
  12. Adakah mudah utk mohon bertukar mengikut suami yg bekerja sebagai anggota beruniform?

    ReplyDelete
  13. Adakah mudah utk mohon bertukar mengikut suami yg bekerja sebagai anggota beruniform?

    ReplyDelete
  14. Salam.
    nak tanya. sy dah 14 tahun di Sabah. mitak tukar masuk trg 2019. skrg dah 2021. sy nak masuk ppd besut. adakah sy layak apply masuk besut sbb baru 2 tahun di sklh kemaman. sdangkan sy dh lama kat sabah. adakah sy kena tunggu berbelas tahun di kemaman br sy layak apply masuk ppd besut?

    ReplyDelete