Penat
betol minggu ni. Jadual aku bersusun daripada minggu lepas. Last week habiskan
masa dekat seminggu bercuti di Pantai Timur. Dua hari di Kuala Terengganu,
sehari di Kota Bharu dan sehari di Baling Kedah. Nanti aku akan upload gambar
masa aku bercuti di sana in my next n3. Sehari aku di opis buat kerja sampai
malam, sok paginya aku dah shoot ke Pulau Pangkor untuk rayuan pertukaran
e-GTukar Januari 2013.
Tempat kami meneliti rayuan.... |
Walaupun
badan letih; aku plak dah lewat sehari tapi aku cukup confident nya tidak ramai
guru yang mohon masuk ke dalam daerah aku. Berani kerat jari ikan patin ler
kalau ramai yang mohon masuk ke daerah aku. Bila sampai di tempat mesyuarat,
kompem hanya lima orang yang mohon masuk. Empat orang tidak boleh diterima
kerana opsyen tersebut dah terlalu banyak di daerah aku manakala seorang lagi
aku terima sebab kekurangan opsyen tersebut dan juga dia dah datang jumpa aku
dengan sebeban bukti yang dia mengidap sakit jantung dan tak boleh memandu
jauh.
Banyak alasan diberikan tetapi kami terikat dengan peraturan.... |
Manakala
ada seorang guru yang mohon keluar aku tak lepaskan sebab daerah ini amat
perlukan opsyen Geografi dan dia baru setahun di sekolah tu; hmmm maner boleh
pindah sebab nanti pengetua marah kat aku dan lagi satu, bekalan Geografi susah
nak dapat. Yang tu hati kena cekal, kang bila kasi pindah; mulalah kola kat
paper, ada sifat pilih kasih. Cikgu lama minta pindah bertahun-tahun gagal
padahal guru baru setahun jer dapat tukar. Pedih tu ayat yang tulis kat paper.
Tu yang aku jaga dan sentiasa beri peluang guru yang 60 bulan ke atas untuk
berpindah dahulu.
Pernah tak lihat sotong makan ikan..... |
Sebenarnya
masa aku jumpa dia tempohari aku dapati dia tidak jujur untuk berpindah kerana
dia tidak sedar apa yang dia cakap dan sekejap berubah cerita itu dan jap lagi
berubah cerita lain. Tapi, kita mesti bersangka baik dengan orang dan prinsip
aku cukup mudah; “Tak salahkan untuk menggembirakan hati orang lain tetapi kita
tidak boleh sama sekali memuaskan hati semua orang”.
Menyusun guru di sekolah tidak semudah menyusun tempayan di dalam kolam... |
Sebenarnya
handle orang nak bertukar ni bukan senang. Berapa ramai yang berbohong dan
entah apa-apa alasan yang diberi. Kadang-kadang tak munasabah, kadang-kadang
lawak, kadang-kadang langung tak mencerminkan yang mohon itu seorang pendidik
dan ada kalanya ada yang sanggup
berbohong atas alasan untuk bertukar. Jadi kali ni aku nak berkongsi dengan
korang beberapa alasan yang kalau aku jual kat Readers Digest dah lama aku kaya
dapat wang saguhati.
On the way balik dari Pangkor selepas sesi rayuan.... |
Cerita 1 :
Alasan
berpindah kerana ingin menjaga ibu yang sering pelupa dan dia ialah merupakan
anak tunggal dalam keluarga. Ibunya pernah memasak air sehingga cerek terbakar
sebab kering di atas gas. Nak dijadikan
cerita, lepas dapat berpindah, dua tiga bulan kendian, dia telefon aku untuk
urusan sekolahnya. Sebelum letak telefon aku berkirim salam dengan ibunya. Oooo
encik, nak kirim salam camner ya, mak saya dah lama meninggal dekat tiga tahun.
Pergh…..aku balas mudah jer ….oooo meninggal sebab cerek terbakar atas dapor
gas. Dia terkedu….camner encik tau ya pasal tu?????
Patutkah mak yang dah lamer meninggal dijadikan alasan untuk menipu??? |
Cerita 2 :
Mohon
dilepaskan untuk balik ke Kedah. Opsyen kritikal di daerah aku. Alasan
berpindah kerana ayahnya mengidap sakit jantung dan dalam setahun perlu dua
atau tiga kali masuk ke IJN. Apabila ayah berada di IJN, susah ibu atau saudara
nak menjaga sebab IJN jauh daripada Kedah. Dia merayu aku lepaskan dia dengan
membuat panggilan telefon. Aku tanya dia beberapa perkara dan akhirnya dia
menuduh aku tak bersimpati dengan dia. Aku tanya sekarang rumah sendiri ke
rumah sewa. (Sendiri) Naper nak pindah
sangat (susah kalau mak nak kena jaga, dia taka da temppat nak tingggal di IJN.
Lagipun dia dah tua tak larat nak jaga di IJN. Sanak saudara kalau nak datang
susah sebab tak mampu nak sewa hotel. Kalau saya pindah, senanglah kalau ayah
masuk hospital, saya boleh ganti mak jaga dia di hospital).
Hmmm….salahkah
kalau saya beri statement sehingga dia menjadi marah…..Cikgu duduk di rumah
sendiri, jarak rumah ke IJN ialah 32 km. Kan elok cikgu stay kat sini; mak
boleh balik kat rumah cikgu, sanak saudara boleh singgah dan cikgu kan lagi
senang nak ganti mak jaga ayah sebab rumah sekarang dekat dengan IJN daripada
nak berulang alik ke Kedah?????
Cerita 3:
Datang
seorang guru nak mintak bertukar ke daerah sebelah. Denga serius dia jumpa aku
dgn kawan untuk menguatkan cerita. Sebenarnya dia tahu bahawa dia memang tak
boleh bertukar sebab dia baru sahaja dua tahun di sekolah tersebut. Jarak rumah
ke sekolah ialah dalam 45 km sahaja.
Alasan
: Encik, saya telah berkahwin selama dua tahun dan masih belum ada rezeki.
(Hmmm…. aku ni part orang tak ader anak memang concern punya sebab aka tau
perasaan orang yang tak ader anak ni. Kalau orang ader masalah bgini mesti aku
akan beri perhatian lebey punyer)
Jadi….
Doktor
nasihatkan saya untuk berpindah sekolah supaya saya dapat bersama dengan suami saya. Kalau saya dapat tingal bersama suami
saya, kebarangkalian untuk saya mendapatkan zuriat lebih cerah.
Mana
surat doctor yang nasihat supaya kamu berpindah sekolah?
Hmmmm….saya
belum minta lagi.
Cikgu
lepas sekolah balik mana?
Balik
umah saya kat BTP, R.
Oooo,
suami kerja kat mana?
KL.
Balik
umah dia tinggal kat maner?
Dia
balik ler kat umah kami di BTP, R.
La…..apa
masalahnya. Lps sek cikgu balik umah, lepas kerja suami plak balik umah. Ha….lepas
tu bersamalah…….Tak kan nak bersama
pun nak cerita ngan saya…
Dia
pandang kawan dia ….Itulah kau, naper suh buat alasan ini.
Hmm
aku pun tak terperasan tentang ini…..(Jawab kawan dier)
Sebelum
dia tinggalkan aku, dia sound aku….Encik boleh lah cakap cenggitu sebab Encik tak
tau perasaan saya dah dua tahun tak ader anak….
He….he…he…cikgu,
bersyukurlah cikgu baru dua tahun; saya dah 16 tahun saya tak pernahpun
mengeluh dan menjaja masalah saya untuk menghentam orang lain.
Dia
terkedu dan bangun dari kerusi sambil menangis….(tak tau ler nangis sebab ayat
aku atau frust sebab alasan dia tak menyangkut)
?????/
Habih camner nak kasi tukar…..better stay kat sekolah tu dan bagi laluan guru
yang lebih senior pindah dulu …He…he…he…
Ok….nanti
kalau aku ader maser, nanti aku citer beberapa pengalaman orang nak minta
pindah. Dan insya Allah aku akan bagi tips pader sesaper nak mintak pindah
cecara nak memasang umpan. Tunggu ….bulan Mac tahun 2013 nanti ya…..Ahak3….
Salam..sy nk tnya ttg alsn pertukaran..adakah alasan bertukar utk mengikut suami sudah x relevan?terima kasih
ReplyDeleteSaya dah 8 thn berulang alik ke sekolah tiap2 hari;
ReplyDelete3 thn Besut, T'ganu - KB (110km)
5 thn Jeli - KB (240km)
sampai sekarang duit utk minyak & baiki kereta dah boleh beli kete lain....
klau 2-3 thn tu dan dekat rumahnya kira untung lagi la....
salam... saya nak tanya kalau guru yang dalam cuti tanpa gaji CTG, bolehkah memohon egtukar?
ReplyDeleteX BOLEH SEBAB MASIH DALAM BERCUTI.
Deletesalam,,sy mau bertanya,,sy sekrng dalam dilema,isteri berada di johor, sy berada di selngor manakala ibu sy yang tinggal bersendirian di kampung berada di kelantan.ibu saya sudah hampir menjangkau warga emas,,isteri sy tinggal dijohor dan akan mendapat cahaya mata pertama kami, ibu sy tidak mahu mengikut sy dan mahu menetap dikampung halamannya sejk dr kecil dan sering tidak sihat.manakala rumah jauh dengn kemudahan awam dan keperluan harian.bantulah saya,,saya hanya berpeluang berjumpa/melawat ibu waktu cuti sekolah sahaja manakala isteri dlm 2 minggu sekli tu pun kadang2...farr_zaf@yahoo.com
ReplyDeleteAda 3 perkara yang saya nampak....
Delete1. isteri di Johor
2. cikgu di Selangor
3. ibu tercinta di Kelantan
Cikgu kena pilih yang paling terbaik untuk cikgu. Sama ada cikgu mohon tukar ke Johor; isteri mohon bertukar ke Selangor. Untuk memohon bertukar ke Kelantan bukanlah suatu yang mudah kerana permohonan masuk terlalu tinggi berbanding permohonan keluar. Ini menyebabkan peluang masuk ke Kelantan adalah amat kecil. Pilihlah yang terbaik untuk cikgu kerana hanya cikgu sahaja yang lebih arif dengan naluri cikgu.
Assalam...suami sy di Bertam, Pulau Pinang dan sy tggl di Batu Caves, S'gor (mengajar di daerah Kuala Selangor). Sy ada memohon pertukaran melalui egtukar April 2014. Soalan sy, sukar atau tidak untuk sy berpindah mengikut suami atas sebab sy tggl berdua dgn ibu saudara yg sering ke luar daerah, sy sdg hamil anak pertama dan jarak rumah dan sek lbh 60 km... Sy opsyen BI(sk). TK.
ReplyDeleteNak jawab sukar atau pun tidak ....hmmmm.... sebenarnya apabila nak minta tukar ada banyak perkara yang akan diambil kira. Antaranya :
Delete1. Berapa lama sudah berkhidmat di sekolah sekarang?
2. Ada tak kekosongan opsyen di daerah / sekolah yang dipohon?
3. Adakah opsyen kita amat diperlukan di sekolah asal; kalau kita keluar ada tak opsyen sama akan masuk?
Cuba cikgu jawab soalan ini daulu barulah cikgu dah boleh agak sukar ataupun tidak...
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya sedang mengajar di johor bahru sekarang ini. Saya ingin mohon tukar ke negeri yg.berdekatan dengan kmpung ibu bapa saya. Ayah saya sekarang menghidap sakit jantung dan sering membuat rawatan di ijn. Emak saya juga sering sakit...
Saya menghadapi.masalah.untuk pulang ke kampung sekiranya ibu @ ayah.saya sakit memandangkan masa perjalanan yg lama dan jarak yg jauh. Lbh kurang 6-7 jam.
Saya sudah berkahwin..dan suami saya menyarankan agar saya mohon bertukar trlebih dahulu dan dia akan memohon kemudian.
kampung ayah dan mak cikgu katne ya....
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteIsteri sy sedang mengajar di melaka melebihi 3 tahun, keluarga kami diterengganu dan sy bekerja di terengganu . Atas faktor keselamatan, Sy berharap beliau dapat ditukarkan ke terengganu. Opsyen matemati smk.
Memohon untuk bertukar tidak ada masalah. Walau bagaimanapun, masalahnya apabila proses kelulusan yang akan dibuat oleh pihak KPM. Buat pengetahuan pihak tuan, faktor keselamatan serta kesihatan isteri adalah merupakan lumrah alasan yang diberikan oleh pemohon berserta dengan bukti-bukti.
DeleteDalam proses pertukaran dibuat (berdasarkan pengalaman) keperluan opsyen adalah amat dititikberatkan oleh panel pertukaran. Ramai pasangan (yang bukan guru) kadang kala tidak faham apakah pentingnya opsyen. Pernah bertemu dgn seorang suami yang marah-marah kerana tidak memahami maksud opsyen.
Seperti yang tuan maklum, jumlah yang memohon bertukar ke negeri-negeri pantai Timur adalah amat tinggi manakala yang bertukar keluar serta kekosongan (faktor bersara pilihan / wajib) adalah amat sedikit. Seandainya terdapat kekosongan, maka mereka yang mempunyai wajaran yang tinggi serta tepat pada daerah yang dipohon selalunya berpeluang untuk diluluskan pertukarannya.
Yang penting tuan jangan berhenti berdoa dan isteri jangan lupa untuk memohon bertukar. Dan pada masa yang sama, isteri tuan berkhidmatlah seperti biasa kerana seperti yang sering maklumkan kepada guru-guru yang gagal bertukar, hanya Allah tahu apa yang baik kepada hamba-Nya.
Saya ada 4 anak, suami jaga anak 3 org dan saya menjaga baby yg kecil..saya usung anak saya dari johor ke trgganu sejak anak lepas pantang lagi....juga saya pernah berdepan dengan kes ragut depan mata saya bersama2'bayi saya. Suami saya jurulatih memanah dan dia bawak anak2 ke padang dan kadang2 letakkat umah ketika training....kehidupan kami kdg2 tunggang langgang.....entahlah...nyawa kami menjadi taruhan
ReplyDeleteSesungguhnya telah lama kami redha....itulah harga yg perlu dibayar utk jadi pendidik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMana lebih baik terus kerja atau berpencen
ReplyDeleteAdakah mudah utk mohon bertukar mengikut suami yg bekerja sebagai anggota beruniform?
ReplyDeleteAdakah mudah utk mohon bertukar mengikut suami yg bekerja sebagai anggota beruniform?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletenak tanya. sy dah 14 tahun di Sabah. mitak tukar masuk trg 2019. skrg dah 2021. sy nak masuk ppd besut. adakah sy layak apply masuk besut sbb baru 2 tahun di sklh kemaman. sdangkan sy dh lama kat sabah. adakah sy kena tunggu berbelas tahun di kemaman br sy layak apply masuk ppd besut?