Tuesday, February 7, 2012

Mana Bar Maxis Ni ???

Dari hari Ahad sampai semalam, saya balik kampung orang rumah di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Pada mulanya nak balik pagi Sabtu tapi ada plak sesi sehari bersama Warga Pendidikan Selangor Bersempena Lawatan Sehari YAB Tan Sri Mahyuddin ke Negeri Selangor. Macam-macam yang berlaku masa lawatan tu; tu nanti saya cerita dalam entri yang akan datang. Tapi dalam entri ni saya nak cerita tentang kegeraman saya kerana di Kampung Orang Rumah langsung tak ada bar untuk menggunakan broadband Maxis.

Letih betul, sejak 3 tahun saya menggunakan broadband Maxis, bila balik kampung sahaja langsung tak boleh guna. Maka ternganga lah saya di kampung tak tau nak buat apr bila masa santai.Tak boley nak layan FB dan tak boley nak hap det blog. Teringat suatu masa dahulu, awal tahun lepas, tetiba Tuan PPD bagi arahan suruh saipkan kerja menggunakan internet, saya dan orang rumah terpaksa pergi ke pekan Kuala Kangsar untuk membuat kerja bagi mendapatkan bar Maxis. Boley plak saya buat kerja di bawah jet pejuang di tengah-tengah pekan Kuala Kangsar. 

No comments:

Post a Comment