Saturday, February 4, 2012

Akhirnya Internet Berfungsi...

Adus, stress aku, bilalah internet nak baik ni???

Alhamdulillah, setelah hampir tiga bulan akhirnya streamyx kat rumah saya dah boleh berfungsi semula. Bayangkan selama ini terpaksa membayar sebulan RM 110 kepada Telekom Malaysia tanpa dapat menggunakan sebarang perkhidmatan. Terpaksalah menggunakan broadband Maxis yang kejap jer dah habis quota. Punyalah menderitanya nak mendapatkan perkhidmatan semula internet yang amat penting bagi orang yang suka surf internet.

Hmmm.... agaknya kalau guna Celcom melompat-lompat tak?

Nak kata repot ntah berapa kali tapi semuanya berlaku cam gitu. Daripada Shima, Badrul dan saper-saper ntah lagi yang telefon tapi masalah tak selesai. Mereka suruh beli modem, saya beli tapi cam gitu gak. Nak ikut stress raser dah nak bako lap top tapi memikirkan bukan salah lap top maka sabar je la. Bila pasang internet, asyik cakap DNS server tak ada. Bila telefon 100, mereka reset kat sanalah, hantar teknikal lah tapi semuanya hanyut.

Yahoo... akhirnya internet kita dah bley guna!!!!

Last sekali, bawa balik modem ngan lap top mintak tolong budak Irwan yang kerja kat TM Point Kuala Kubu Bharu (itupun setelah teknikal yang datang ke rumah surrender dan sarankan bawa modem kat TM Point berhampiran); berhempas pulas si Irwan dekat dua jam, akhirnya semua masalah dapat disettlekan. Terima kasih kepada Irwan kat TM Point KKB kerana telah sudi membantu saya. Jadi sekarang dah boleh up date blog saya dengan menggunakan Streamyx dan dapat jimatkan broadband Maxis yang sebelum ni asyik kena tambah quota sahaja.

No comments:

Post a Comment