Friday, October 12, 2012

PERTUKARAN GURU 1 JAN 2013 - Part 1


Alhamdulillah, hari ini hari akhir saya berada di bandar Ipoh. Dah naik kembang idung dan naik merah pipi sebab menahan kesejukan air cond yang sangat sejuk. Dengan berkat Basmallah dan petunjuk daripada Allah, saya doakan yang saya telah membuat pemilihan yang betul dalam menyokong pertukaran guru-guru bagi tahun 2013. Kalau ikutkan hati rasa nak ambil semua yang memohon bertukar terutama daripada Sabah dan Sarawak tapi tangan masih terikat. Daerah saya sebenarnya masih mengalami lebihan guru. Hmmm.... kalau lebih nanti nak kena redeployment plak.

Bila baca alasan nak bertukar, rasa amat sedih apabila membaca ada kebanyakan guru yang telah bertahun-tahun tinggal terpisah dengan suami dan hanya bertemu dengan suami pada hujung minggu. Ada yang keguguran kerana selalu berulang alik dari Johor ke Selangor. Tapi nak tolong macam mana, sekolah-sekolah di daerah ini mempunyai lebihan body dan lebihan opsyen.

Apabila stress nak layan sistem e-GTukar dan terlalu menghayati masalah guru-guru, saya pun rasa tertekan jugak....so di bawah ni lah tempat saya mereleasekan tension...hu...hu...hu...ahak...ahak...ahak...

Hilang stress apabila lepak kat sini...

No comments:

Post a Comment