Sunday, June 3, 2012

Marah - Part 2


Helo...mood x baik minggu ni...
Minggu lepas selama dua hari, saya dan rakan-rakan telah berkampung di Sungai Dorani untuk meluluskan semua permohonan sumbangan PIBG. Ikutkan hati memang besh sangat dapat pergi ke Sungai Dorani sebab inilah first time saya pergi walaupun telah banyak kali mendengar mengenai kehebatan Sungai Dorani Resort ini yang dikatakan dibina atas laut (hu..hu...hu...laut ke lumpur?). Alhamdulillah, dari rumah ke sana mengikut Sungai Panjang memakan masa dalam 2 jam setengah setelah sempat berhenti minum di gerai tepi jalan di Sungai Selisek.
Selut dan lumpur kelihatan ketika air mulai surut....

Tutup hal Sungai Dorani, nanti saya cerita tentang resort ini. Apa yang menimbulkan kemarahan saya ialah apabila daripada 68 buah sekolah di bawah jajahan takluk (pergh...cam kesultanan Melayu Melaka plak), 31 yang menghantar permohonan untuk mengutip sumbangan PIBG. Daripada 31, hanya 21 sahaja yang diterima dan yang lain terpaksa dipulangkan semula untuk dikuiri. Pergh....hangen satu badan.
Ini chalet tempat saya menginap dalam rasa yang panaz dalam dada...
 Kenapa saya marah? Jawapannya cukup mudah dan saya dah terangkan kepada cikgu-cikgu bahawa semasa saya di sekolah, kepantangan saya ialah apabila PPD suruh buat kerja yang sama dua tiga kali. Malaslah...kan kita ader banyak kerja lain yang nak diuruskan terutama core tugas kita ialah teaching; so kalau tak boleh nak eliminate all clerical job kat sekolah, at least kasi reduce burden pun dah seribu rahmat.
Our core business is teaching...do you understand?

So, pendekatan saya apabila dah duduk kat kerusi ini cukup mudah. Buat biar susah sekali, tapi tepat dan betul. Corak arahan cukup mudah, be laissez faire to all my teachers because they have a lot of work to be settled. So, let them fix the date line as long they can finished the task and I will open my door to help them. Thus, untuk memastikan setiap sekolah berjaya menyiapkan permohonan, saya anjurkan kursus (panggil pakar PIBG turun), panggil mesyuarat (ajar step-by-step) cara nak memohon walaupun pada masa itu saya tau ramai yang buat sambil lewa. Buat mesyuarat saya sampaikan slot dari pulu 9.00 am - 2.30 pm (malam tu sambung explain kat PK di Port Dickson - sejam lagi bagi slot sampai malam tu tekak jadi bengkak dan batuk sampai 3 minggu. Siap buat surat lagi untuk mereka dan suruh mereka salin dan tukar ikut nama sekolah masing-masing dan ajar pulak cara betulkan ayat dalam minit mesyuarat agar semuanya diluluskan. Tanya mereka bila nak hantar, mereka minta sebulan, ok (walaupun tak logik nak salin surat dalam komputer dengan betulkan minit mesyuarat agung PIBG); dan tarikh date line yang mereka minta tu, saya extend lagi seminggu dan pada hari akhir saya sanggup tunggu sampai pukul 7.00 malam kat opis. Fuh...punya sayang kat semua cikgu sebab tak nak jadi masa saya kat sekolah dahulu, orang PPD asyik minta buat benda yang sama.

Ni ya cikgu...buat camni, saya dah tolong karang surat ni ya, kasi tukar yang ni ya...
 Dua malam sebelum ke Sungai Dorani, saya balik dari opis pukul 11.30 malam dengan pukul 10.00 malam hanya untuk menyemak dan menyiapkan segala permohonan sumbangan agar mesyuarat berjalan lancar. Tak per. sekolah punya pasal balik lewat tak per janji saya dapat setelkan dalam sekali buat.  
Ni tengah buat kerja sesorang pada pukul 10.00 malam...

Selepas semua benda ini dibuat, korang raser saya tak panaz....pergh...semua sekolah besar, settled. Sekolah berasrama yang ahli PIBG duduk merata, clear dapat tandatangan AJK PIBG tetapi sekolah yang AJK duduk sekeliling sekolah pun tak mampu nak settle. NI masih lagi nak kata orang PPD banyak cengkadak, banyak songeh asyik suruh cikgu buat kerja. Semua benda sudah sedia, lagi kasi suap, masih tak boleh kunyah...hmmm. Diaorang punya pasal, kerja saya semakin bertambah, nak kena buat benda yang sama dan yang paling saya benci bila kena tarbi ngan orang atasan, pergh...sekolah ko baru 68 pun tak boleh settle padahal Hulu Langat dengan Klang yang beratus complete. Saya tanya member, camner korang buat, paksa dengan cara autokratik! Janji kerja settle.
Banyak ni je yang hantar daripada 68 buah sekolah...mau tak panaz!!!
Kan korang dah menyusahkan kerja saya yang sedia ada banyak, korang kena datang lagi untuk menghadiri mesyuarat untuk kena leter, kena buat benda yang sama, korang kan ader banyak kerja lain dan takkan nak ngadap kerja PIBG sahaja, dah tu nak panggil, kena keluar duit untuk bayar tuntutan perjalanan dan duit nak sediakan makanan (kan satu pembaziran)...
Tengok orang nak cari sesuap nasi, terpaksa beryuh tengah panas..itu pun kita x tau bersyukur...
 Kekadang terfikir dalam minda, no wonder bebudak kat sekolah ni kita ajar banyak kali tak berapa nak clear, suruh buat kerja rumah asyik tak siap, cakap banyak, kerja tak jalan, tu yang cikgu asyik nak stress sahaja....mmmm....dah tahu sebab apa...sebab role modelnya ialah kita sendiri!!!!

Lex ler uncle...apa nak stress...jom ikut ajiq ngan apiy kasi lunyai ini mangga!!!


No comments:

Post a Comment