Wednesday, December 28, 2011

SAKIT...


Sehingga n3 yang aku tulis ini, aku masih belum lagi recover sepenuhnya. Last week aku demam + batuk + selsema +sakit sendi. Yang paling tak tahan sekali ialah apabila batuk, raser mcm nak terkoyak anak tekak. Ubat batuk dah habeh sebotol, dequadin abeh lincin, pun masih gatal laen macam dibuatnya.

Tapi yang pastinya, aku perasan satu perkara; aku akan jatuh sakit setiap penghujung tahun atau pada awal tahun. Naper ya, adakah kerana body ni dah terlalu letih kerana dilenjan sepanjang tahun. Hmmm..... kalau dapat urut B2B ok gak kan .......????? Giler nak mati, tengah dok urut, police rush. Tak pasal muka terappear kat 999. Pergh satu Malaya tengok. Tapi kena gak urut ni sebab still remember pesan Pak Mat, katanya sedangkan kereta setiap 5000 (Viva) atau 10 000 km (Vios) kena servis inikan pulak manusia......

Tengoklah nanti sebab aku ni apa pun malas sekarang...

MINGGU AKHIR...

Tanpa disedari, sudah 360 hari telah berlalu dalam tahun ni. Hmmmm..... tahun yang penuh dengan pelbagai cabaran yang kekadang tak sangka bulah dilalui dengan tenang. Dalam menghabiskan minggu akhir yang hectic ni, aku masih belum lagi membuat satu sorotan semula terhadap apa yang aku lakukan sepanjang tahun ini. Insya Allah, sebelum 2011 menutup matanya, aku akan cuba membuat satu contemplation for whole year.


For me, I can assumed that 2011 is the honeymoon year for me right after finishing my degree master level. Ntah apa2, baru abeh master, honey moon sampai setahun. Most probably next year will be the busiest year because I've to start my study again or I will kill myself dengan kebosanan. That's why, biler adik aku suh buat assignment dier aku syok sangat sebab aku boleh isi masa lapang dengan merujuk dan membaca semula buku2 rujukan yang semakin berabuk di atas rak.

Ada orang tanya, ko tak bosan ker dengan study..... hmmm.... jawapan itu tak ader pada aku kerana manusia ni ada banyak jenis.....

1. ada yang 'steam' tengok pompuan yg pakai pakaian mencolok mater
2. ada yang 'steam' tengok pompuan yg pakai purdah dan jilbab
3. ada yang 'steam' dengor sore budak pompuan
4. ada yang 'steam' tengok keta dua pintu

dan aku punya 'steam' ialah ....

1. drive slo-slo waktu malam sambil dengor lagu instrumental
2. lepak kat opis siapkan kerja yang pasti tidak akan habeh2 (benda yang org umah aku cukup benci tengok perangai aku),
3. dapat tolong member opis siapkan kerja mereka

dan yang paling 'steam' sekali ialah ....

1. dapat pi kuliah, dengar lecture, buat assignment, dapat beri pandangan, dapat buat presentation dalam kelas, jawab final exam, angkat tangan banyak kali maser final exam nak mintak kertas (kasi psiko member sebelah), discussion group (hatta sampai 4 am - pergh rekod kami kat FSPPP) dan siap bindingkan assignment...

Jadi, jika orang tanya naper ko suka study, tak bosan ke study.... jawapannya cukup mudah, bila cakap part study ni dia punya 'steam' macam budak laki first time dapat wet dream..... kah3. Cengitu ler rasernya....

Wednesday, December 7, 2011

Hari Bosan giler...



Semalam ialah hari bosan giler aku. Dari pagi semuanya tak mengena. Bangun terlewat sket, 6.15 am. Kejo Subuh, baru perasan sloa x gosok. Dah nak pergi keje, perasan sampah dah sminggu x buang. Dah buang sampah, baru perasan pokok bunga orang umah byk dah layu. Siram dulu.

Tekan minyak, keta pecut laju..... ada plak penghulu melawat kampung pagi2 ni. Pa la.... ko kalu nak bawak plan2.... pi ler jalan kat tepi rumput. Sampai jer kat opis, ada lg 12 min.... mintak staf unit kwangan tlg punch sb nak crik parkir keta....org besa kat opis kna carik parkir merata.

Masuk opis ada lagi 4 min ... tgrak nak tgk mesin punch ... omak ... bdk staf kwangan x punch kan.... maka punch ler kat .... 8:06 (merah) argh....... rupanya mesin punch tu skrg dah gler.... cpat 10 min.... tanya staf kwangan .... naper x tlong....

Ait .... kan dah punch

Alamak x salah dier ... sbenornye dia tsalah pandang. Yg dia nampak tu cap kemarin. Maser balik 1:00 am tu aku tlupa punch. Tu yg nampak cam dah punch....

Prot lapo..... nak ajak member makan.... x der sorang pun nak makan ngan aku.... pergh.... tsgt sdey.... nak ajak adik aku makan, dia pi hantar pak cik plak ke LCCT. Kat warung, suma tanya.... makan sorang ke.... orang x nak makan samer ke .... pergh..... ko idang je ler roti canai banjir.... aku ni dah malas nak jawab...



Balik opis, pi meeting. Bla...bla... bla.... tibe kat lantikan ptugas.... aku bantah naper aku dpt dua tugasan.... kepala plak tu ..... gler babi tu nak kena buat dua keje ISO..... korang tahu ler kalu ISO masuk .... awak ni bukan nak mengelak tapi mmikirkan kalu x bley karang...lu orang jgn hentam gua.... gua tambah marah bler dua org musuh gua punyer ler beriya2 nak mengenakan gua. Fuhhh.... dia guna ksempatan ini nak tnjukkan yg gua suka mngelak keje .... saper dia .... ala korang kan dah bacer n3 yang lpas. Las2, undi majoriti, kna buat gak. Besaler kerja kat gov..... gua bukan nak ngelak kerja tapi kat opis ni ada byk lg staf laen yg x der jawatan, naper lu orng x kasi serak kerja, tingin gak tpt pkul 4:50 dah pgang kad pengetip (he3, saper ntah bg name kad pengetip - mcm pngetip kuku plak) dan ngam jarum min cecah 12, trus ketip....

Spanjang hari, kemas kini fail yg member bagi sb dia dah balik sek. Fail2 aduan yang mmeningkan kapla. Aku x banyak citer. Org buat lwk.... aku raser nak gelak aku glak, kalu x aku senyum jer. Turun bwh ke unit kwangan, bru dpt tau baucar yang aku tlg key in smlm dah kena reject... sb x masuk ayat peruntukan tak ader.... padahal maser aku nak key in aku tau ayat tu wajib masuk sb dulu aku pernah dibagitau..... hmmmm ... tapi smlm maser aku tanyer .... x der saper respon jadi aku anggap x yah tulis. Hmmm ... kna hapus suma kerja yang aku buat spanjang mlm tadi .... down gler dowh aku ptg ni ....

(hmmmm.... nak mandi le plak....dah azan subuh .... ari ni nak kena pi opis pkul 6:15 pagi. Ada taklimat kat Shah Alam. Malam kang aku sambung balik)


Tuesday, December 6, 2011

Proposal oh proposal....


Entah biler lah aku boleh mulakan untuk buat proposal PhD ni..... Takjub sungguh biler dapat tau member baek aku maser buat MA dah berada di sem 3. Dia buat DBA...... kat mana ntah aku luper plak nak tanya. Yang pasti dalam fb asyik maen golf ajer. Dua minggu lepas aku jumpa sorang lagi member untuk bincang proposal sambil tunggu adik aku kuliah. Bincang punya bincang, discuss punya discuss, last2 dia punya draft proposal siap gak. Suker sangat dia nak proposal. Aku cadangkan dia buat kepimpinan MPP perempuan di IPTA sebab dia sekarang ialah pensyarah kolej swasta.

Aku tak tau biler nak start. Umur dah makin meningkat. Ingat dulu dah tanam azam, before 40 start buat PhD dan mesti dapat tittle Dr. sebagai lambang kepuasan. Semangat ni makin berkobar-kobar biler nengok adik aku buat OM. Biler discuss ngan dier, cam aku dia punya supervisor..... pergh tu mula ler berangan nak jadi lecturer.... hmmmm..... aku selalu ingat.... tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Kalau dapat pun kadang-kadang Allah akan bagi contohnya melekatkan wang T&T di dinding umah. Hmmm.... punya lah lamer mengharap dan akhirnya dapat menggantung wang T&T di dinding umah.....

Hmmm..... apa barang dapat duit T&T pi beli Samsung Galaxy .... tak men la..... (black berry ok ler jugak.

Friday, December 2, 2011

Apa perasaan korang kalau...

Apa perasaan korang kalau tau rakan-rakan seopis yang sama-sama gelak, sama-sama makan, sama-sama minum, sama-sama bertepuk tampar, yang dapat dengan sengih-sengih minta tolong itu dan ini, yang senyum meleret, yang bersalam dan mendoakan kesejahteraan pada setiap pagi sebenarnya adalah rakan-rakan yang menikam kita dari belakang. Yang sebenarnya ingin menjatuhkan kita pada setiap masa dan keadaan. Setiap masa memikirkan bagaimana nak melihat kita jatuh.

Hmmmm..... apa perasan korang ada orang bagi tau ada orang di opis mengatakan ko gila kuasa di pejabat. Apa pa perasan korang apabila ada orang bagitau ko belagak mengalahkan ketua unit (satu jawatan yang tiada dalam struktur organisasi yang dicipta bagi memuaskan hati beberapa pihak). Apa perasan korang jika ada orang bagitau ko tak layak berada di opis kerana ko tak pandai buat kerja. Apa perasan korang apabila dibagitau ada GERAKAN HENDAK MENJATUH serta MENGELUARKAN ko daripada organisasi ini.

Pergh..... salah apa agaknya aku ini. Ntahle.... kalu korang pernah baca n3 aku tahun lepas, perkara sebegini berlaku lagi. Kekadang aku terfikir besarnya dugaan yang Allah berikan kepada aku dan aku harap ini ialah penghapus doa (kifarah yang telah aku lakukan).

Kekadang aku tertanya-tanya naper jorang x suker dengan aku padahal aku tak pernah kacau orang. Aku buat kerja aku. Aku buat kerja yang orang bagi kat aku. Aku tak pernah bantah kerja yang orang paksa aku buat. Kekadang aku balik lambat sebab nak siapkan kerja itu padahal orang laen lamer dah sampai umah. Aku tak pernah bising kerana pada aku setiap kerja yang aku terima ialah amanah yang Allah berikan. Apa yang aku buat ialah demi nama baek organisasi yang melibatkan stake holder yang ramai. Ibu bapa, murid, guru, masyarakat dan KPM serta JPN. Adakalanya aku balik sampai pukul 2.30 pagi demi kerja yang aku rasa sbenarnya bukan kerja aku. Tapi aku buat gak sebab kalu tak dibuat, yang buruk ialah nama organisasi aku sendiri. Ntah ler....

Tapi yang sedih sekali ialah apabila yang bunuh aku ialah orang yang suatu masa dulu satu unit dengan aku. Yang tak suka ialah orang yang bawa aku masuk ke organisasi aku. Yang nak bvuang aku ialah orang yang asyik mintak aku siapkan kerja yang dia tak mampu buat. Yang sindir2 aku ialah satu masa aku ngekor bontot dia sebab dia minta tolong aku. Yang mengiyakan semua fitnah pasal aku ialah orang yang suatu masa dulu di bibirnya ialah perkataan "Boleh tak kau tolong saya....". Yang benci aku sekarang ialah suatu masa dahulu aku pernah bermasam muka dengan orang rumah kerana perlu menyiapkan tugasannya padahal dia sudah berlunjur di rumah ketika aku dengan tak mandi masih di pejabat ketika azan Isya' berkumandang di corong masjid.

Mungkin benar kata orang rumah aku ini ialah kafarah ke atas aku kerana selalu mengenepikan dia dan membiarkan dia keseorangan di rumah. Dan kalau boleh aku tak nak ini berlaku kerana bak kata Maria, sebab aku terlalu mahu bekerja tidak seperti orang lain, ini menyebabkan orang tak suka akan aku kerana cara aku bekerja seakan2 hanya macam aku sorang sahaja yang rajin bekerja di opis. Ntah ler..... kalau itupun salah..... maka benarlah kata isteri rakan baik ku yang tinggal di Sungai Petani bahawa orang Melayu tak suka orang lain rajin bekerja tetapi suka kkalau suma orang malas supaya kita akan dilihat sama sahaja di mata boss.....

Ya, Allah jauhkan aku daripada sifat riak ini ..... dan ya Allah berikan aku petunjuk agar ko menjadi aku orang yang terbaik di mata Mu.