Week end yang lepas telah dipenuhi dengan aku terpaksa meronda dari Bangi hingga ke Shah Alam. Kami ke Bangi untuk tengok balik jalan sebab orang rumah ke IPGM Kampus Islam Bangi kerana hari ini dan esok dia berkursus sebagai guru pembimbing guru pelatih j-QAF. Lepas tu kita orang direct ke Shah Alam sebab orang umah nak entertain anak buah dia yang dapat no 3 kat SRA.
Pergh....rupanya penat gak bawak budak-budak besar pergi outing ke luar. Sebab dalam pada masa yang sama orang umah asyik pusing kat PKNS tengok baju dan tudung dan aku kena layan dua orang budak yang asyik nak beli cd game.
Monday, November 26, 2012
Stess dalam mesyuarat aduan
Letihnya hari ini attend mesyuarat aduan apabila mendengar pelbagai aduan yang datang daripada masyarakat setempat. Kekadang naik pening apabila mendengar aduan parents yang asyik nak menangkan anak-anak mereka sahaja. Kekadang sian plak aku tengok nasib cikgu-cikgu zaman sekarang. Nak mengajor anak murid jadi baik pun mak bapak marah. Kang anak jadi jahat, sekolah jugak salah, cikgu jugak salah. Akhirnya berbalik kepada yang asal, terpaksalah cikgu menerima segala-galanya daripada parents kerana dah kita yang minta kerja jadi cikgu.....He2....Ha2...ahak2
Kalau dapat ler maser ni dapat makan mestilah seronok giler....
Kalau dapat ler maser ni dapat makan mestilah seronok giler....
Sedapnya dapat makan lontong yang mak buat hmmmm..... |
Ni makanan yang aku masak sendiri untuk open house orang umah aku. |
![]() |
Nasi lemak....sedapnya kalau perut tengah lapo... |
Friday, November 23, 2012
Pertukaran Guru 1 Januari - Part 2
Penat
betol minggu ni. Jadual aku bersusun daripada minggu lepas. Last week habiskan
masa dekat seminggu bercuti di Pantai Timur. Dua hari di Kuala Terengganu,
sehari di Kota Bharu dan sehari di Baling Kedah. Nanti aku akan upload gambar
masa aku bercuti di sana in my next n3. Sehari aku di opis buat kerja sampai
malam, sok paginya aku dah shoot ke Pulau Pangkor untuk rayuan pertukaran
e-GTukar Januari 2013.
Tempat kami meneliti rayuan.... |
Walaupun
badan letih; aku plak dah lewat sehari tapi aku cukup confident nya tidak ramai
guru yang mohon masuk ke dalam daerah aku. Berani kerat jari ikan patin ler
kalau ramai yang mohon masuk ke daerah aku. Bila sampai di tempat mesyuarat,
kompem hanya lima orang yang mohon masuk. Empat orang tidak boleh diterima
kerana opsyen tersebut dah terlalu banyak di daerah aku manakala seorang lagi
aku terima sebab kekurangan opsyen tersebut dan juga dia dah datang jumpa aku
dengan sebeban bukti yang dia mengidap sakit jantung dan tak boleh memandu
jauh.
Banyak alasan diberikan tetapi kami terikat dengan peraturan.... |
Manakala
ada seorang guru yang mohon keluar aku tak lepaskan sebab daerah ini amat
perlukan opsyen Geografi dan dia baru setahun di sekolah tu; hmmm maner boleh
pindah sebab nanti pengetua marah kat aku dan lagi satu, bekalan Geografi susah
nak dapat. Yang tu hati kena cekal, kang bila kasi pindah; mulalah kola kat
paper, ada sifat pilih kasih. Cikgu lama minta pindah bertahun-tahun gagal
padahal guru baru setahun jer dapat tukar. Pedih tu ayat yang tulis kat paper.
Tu yang aku jaga dan sentiasa beri peluang guru yang 60 bulan ke atas untuk
berpindah dahulu.
Pernah tak lihat sotong makan ikan..... |
Sebenarnya
masa aku jumpa dia tempohari aku dapati dia tidak jujur untuk berpindah kerana
dia tidak sedar apa yang dia cakap dan sekejap berubah cerita itu dan jap lagi
berubah cerita lain. Tapi, kita mesti bersangka baik dengan orang dan prinsip
aku cukup mudah; “Tak salahkan untuk menggembirakan hati orang lain tetapi kita
tidak boleh sama sekali memuaskan hati semua orang”.
Menyusun guru di sekolah tidak semudah menyusun tempayan di dalam kolam... |
Sebenarnya
handle orang nak bertukar ni bukan senang. Berapa ramai yang berbohong dan
entah apa-apa alasan yang diberi. Kadang-kadang tak munasabah, kadang-kadang
lawak, kadang-kadang langung tak mencerminkan yang mohon itu seorang pendidik
dan ada kalanya ada yang sanggup
berbohong atas alasan untuk bertukar. Jadi kali ni aku nak berkongsi dengan
korang beberapa alasan yang kalau aku jual kat Readers Digest dah lama aku kaya
dapat wang saguhati.
On the way balik dari Pangkor selepas sesi rayuan.... |
Cerita 1 :
Alasan
berpindah kerana ingin menjaga ibu yang sering pelupa dan dia ialah merupakan
anak tunggal dalam keluarga. Ibunya pernah memasak air sehingga cerek terbakar
sebab kering di atas gas. Nak dijadikan
cerita, lepas dapat berpindah, dua tiga bulan kendian, dia telefon aku untuk
urusan sekolahnya. Sebelum letak telefon aku berkirim salam dengan ibunya. Oooo
encik, nak kirim salam camner ya, mak saya dah lama meninggal dekat tiga tahun.
Pergh…..aku balas mudah jer ….oooo meninggal sebab cerek terbakar atas dapor
gas. Dia terkedu….camner encik tau ya pasal tu?????
Patutkah mak yang dah lamer meninggal dijadikan alasan untuk menipu??? |
Cerita 2 :
Mohon
dilepaskan untuk balik ke Kedah. Opsyen kritikal di daerah aku. Alasan
berpindah kerana ayahnya mengidap sakit jantung dan dalam setahun perlu dua
atau tiga kali masuk ke IJN. Apabila ayah berada di IJN, susah ibu atau saudara
nak menjaga sebab IJN jauh daripada Kedah. Dia merayu aku lepaskan dia dengan
membuat panggilan telefon. Aku tanya dia beberapa perkara dan akhirnya dia
menuduh aku tak bersimpati dengan dia. Aku tanya sekarang rumah sendiri ke
rumah sewa. (Sendiri) Naper nak pindah
sangat (susah kalau mak nak kena jaga, dia taka da temppat nak tingggal di IJN.
Lagipun dia dah tua tak larat nak jaga di IJN. Sanak saudara kalau nak datang
susah sebab tak mampu nak sewa hotel. Kalau saya pindah, senanglah kalau ayah
masuk hospital, saya boleh ganti mak jaga dia di hospital).
Hmmm….salahkah
kalau saya beri statement sehingga dia menjadi marah…..Cikgu duduk di rumah
sendiri, jarak rumah ke IJN ialah 32 km. Kan elok cikgu stay kat sini; mak
boleh balik kat rumah cikgu, sanak saudara boleh singgah dan cikgu kan lagi
senang nak ganti mak jaga ayah sebab rumah sekarang dekat dengan IJN daripada
nak berulang alik ke Kedah?????
Cerita 3:
Datang
seorang guru nak mintak bertukar ke daerah sebelah. Denga serius dia jumpa aku
dgn kawan untuk menguatkan cerita. Sebenarnya dia tahu bahawa dia memang tak
boleh bertukar sebab dia baru sahaja dua tahun di sekolah tersebut. Jarak rumah
ke sekolah ialah dalam 45 km sahaja.
Alasan
: Encik, saya telah berkahwin selama dua tahun dan masih belum ada rezeki.
(Hmmm…. aku ni part orang tak ader anak memang concern punya sebab aka tau
perasaan orang yang tak ader anak ni. Kalau orang ader masalah bgini mesti aku
akan beri perhatian lebey punyer)
Jadi….
Doktor
nasihatkan saya untuk berpindah sekolah supaya saya dapat bersama dengan suami saya. Kalau saya dapat tingal bersama suami
saya, kebarangkalian untuk saya mendapatkan zuriat lebih cerah.
Mana
surat doctor yang nasihat supaya kamu berpindah sekolah?
Hmmmm….saya
belum minta lagi.
Cikgu
lepas sekolah balik mana?
Balik
umah saya kat BTP, R.
Oooo,
suami kerja kat mana?
KL.
Balik
umah dia tinggal kat maner?
Dia
balik ler kat umah kami di BTP, R.
La…..apa
masalahnya. Lps sek cikgu balik umah, lepas kerja suami plak balik umah. Ha….lepas
tu bersamalah…….Tak kan nak bersama
pun nak cerita ngan saya…
Dia
pandang kawan dia ….Itulah kau, naper suh buat alasan ini.
Hmm
aku pun tak terperasan tentang ini…..(Jawab kawan dier)
Sebelum
dia tinggalkan aku, dia sound aku….Encik boleh lah cakap cenggitu sebab Encik tak
tau perasaan saya dah dua tahun tak ader anak….
He….he…he…cikgu,
bersyukurlah cikgu baru dua tahun; saya dah 16 tahun saya tak pernahpun
mengeluh dan menjaja masalah saya untuk menghentam orang lain.
Dia
terkedu dan bangun dari kerusi sambil menangis….(tak tau ler nangis sebab ayat
aku atau frust sebab alasan dia tak menyangkut)
?????/
Habih camner nak kasi tukar…..better stay kat sekolah tu dan bagi laluan guru
yang lebih senior pindah dulu …He…he…he…
Ok….nanti
kalau aku ader maser, nanti aku citer beberapa pengalaman orang nak minta
pindah. Dan insya Allah aku akan bagi tips pader sesaper nak mintak pindah
cecara nak memasang umpan. Tunggu ….bulan Mac tahun 2013 nanti ya…..Ahak3….
Striking....
Semalam
ialah hari aku terasa riak….berdosa ler plak tapi dah nak buat camner. Semalam
aku pakai baju baru pi opis. Semua orang tegur sebab aku punya baju striking
sangat. Ader kater tak padan ngan umur. Ader kater kain ok. Ader kater dari
jauh baju cam basah kena hujan dan ader kater patern cantek. Dan ader kater
baju yang aku pakai keterlaluan.
Hmmm...striking sangat ke baju ni???? |
Apa yang
penting, seperti aper yang aku cakap ngan kawan aku maser aku pi umah dia kat
Baling apabila dia tanya napa aku sekarang dah berubah banyak sangat…
Aku jawab sket jer ....
“Sekarang
aku nak pakai apa sahaja yang aku nak pakai. Kalau dulu aku tak ada duit nak
beli apa yang aku teringin nak beli, tak
kan apabila Allah dah berikan aku nikmat sedikit ; aku tak boleh beli apa yang
aku teringin nak beli yang pada suatu masa dahulu aku amat impikan nak
membelinya”
Perghh…itulah
kata-kata orang yang mula nak mengenal dunia….He2
Hmm....dah letih ler
Hmmmm….kekadang
pelik gak apabila kita berkawan baik ngan orang. Tengah elok berkawan, tetiba
marah tak tentu pasal, Tanya tak berjawab, sms tak berbalas, telefon tak
berespon. Puas muhasabah diri sendiri, kita dah kecilkan hati kawan kita ker
atau dia tak puas hati ngan kita ker atau ader benda dia mintak tolong kita tak
mampu tolong ker. Kekadang letih memikirkan semua benda sebab takut ader orang cocok
jarum ker atau pun there are unfinished business yang hanya dia sahaja yg tau….
Hmmmm…kekadang
betol gak ader member aku bercakap. Bukan mudah nak berkawan baik ngan orang
sebab aku dulu dari sek rendah hingga besor memang lone ranger punyer orang,
kalau dah besor baru nak carik best friend memang sukar….ntah ler; banyak benda
yang aku fikirkan sehinggakan aku malas nak fikirkan. Mungkinkah sudah tiba
masanyer aku untuk tidak menoleh ke belakang lagi….Let the time goes by and I
will contemplate everything that I’ve done and make my own decision for my own
benefits….
Tuesday, November 13, 2012
Hari Boring Giler
Busannya minggu ni... |
Ader satu hari aku chow awal giler...5.15 pm padahal jarang aku nak chow seawal tu. Bebudak perkhidmatan siap buat joke biler aku balik awal tapi aku raser hari tu saper yang buat lawak cam nak bagi penampor sorang-sorang. Yang pasti, muka aku yang gaban buat beberapa orang perasan yang aku tak der mood nak layan lawak orang. Sbenonye muka aku ni tak boleh sorok apa yang tersimpan di dalam hati. Btol kater tutor aku maser kat maktab yang aku anggap cam ayah aku dan kater-kater Dr. Rubiah K. Hamzah motivator terkenal, muka aku ni tak der hijab, kalau aku tak suka kat hati orang boleh baca kat muka.
Muka cam gaban jadi tengok kaki jer ler... |
Hmmm...pasal tu maser kat maktab dulu depa kater muka aku cam gaban....Hmmm kira ok ler daripada ader member panggey aku donald duck......Sib baik malam tu adik aku turun ajak borak kat BS so dapat gak hilang stress. Kekadang org cakap biler kiter stress kita perlu ader orang nak mendengar masalah; walaupun dia tak dapat selesaikan namun release gak tension kat kepala hotak.
Last Saturday, orang rumah ada ujian diagnostik kat sekolah. Bosan datang balik. Raser nak marah jer....pergh pehal nak marah jer...so aku amek keputusan nak pi opis clear meja dan siapkan kerja. Lepas tu boley tolong jadi tutor student UiTM dan nak tolong staf kewangan. Siap kemas meja, buat filing sket, kerja pun siap. Ingat nak tolong staf kewangan tapi kerja tak ada yang nak disiapkan. Melangut cam orang bodoh so cabut ler pi kenduri kawen anak murid wpun hati tak suka...Sebenonyer aku ni bukan minat sangat pi kenduri kawen sebab perut ni bukan tahan sangat. Silap makan sket takut kena cirit birit plak.
Sampai kat kenduri kawen, orang citer pasal nak pindahkan menantu. Pergh...bosan bertambah lagi. Kloa darpada tempat kenduri dengan tensionnya nak ajak adik-adik pi tengok movie ke main boling ker, tapi sorang join kawan dia pi Taiping dan sorang lagi pi Ampang pi "minum2" ngan kawan dier (GOTCHA!!). Pa lagi, nak hilang kebosanan, aku pi pusing2 kat pekan berbelas kali, lepas tu pi Surson pi tempah baju batik....He2.....petang tu balik aku layan blog dan Youtube ntah apa-apa punya citer.
Makanan kat atas ni tak der kena mengena dengan kenduri kawen.... |
Hari Ahad, bosan lagi. Tak tau nak buat apa. Orang rumah pi Hi Tea. Nak ajak adik2 kloa, si Anor kat Taiping lagi, si One kuliah manakala si Poji pi mandi kat Sungai Tua dgn geng. At last fulfill abah punya request nak pi kenduri kawen anak bekas pen PPD kat opis aku. Kan aku cakap tadi yang aku tak minat pi kenduri tapi pasal nak hantar abah aku layan kan jugak. Tapi punya ler aku bertambah stress, abah aku punya call setiap hari sepanjang minggu ni sebab dia nak sangat pi kenduri rumah orang tu tapi bila aku sampai rumah mak aku cakap dia sebenarnya memang tak nak pergi sebab dia saja nak suruh aku pergi. Yang tambah aku bengang sebab dia tak nak pergi sebab sibuk nak mesin rumput kat kebun orang sebab tak selesa tengok kebun orang tu semak....perghhh FOC plak tu...
Meh sini uncle...asyik merungut tak der anak; elok kena libas sket baru insaf kot... |
Subscribe to:
Posts (Atom)