Friday, December 31, 2010

SAKIT DI AMBANG 2011

Sepanjang semalam, aku asyik ulang alik ke bank. Sampai lapan kali, rasernya ni yang paling teruk. Planning nak balik kampung di Kuala Kangsor terpaksa dibatalkan. Ntah aper yang dimakan pun tak tau. Yang pastinya, lepas makan nasi lemak yang sambalnya menyebabkan idung kami berdua bagai nak runtuh, orang umah aku menyerbu ke tandas dahulu.

Tak lama kendian bermulalah episod aku berlari-lari anak ke tandas. Rasa nak terkeluar perut. Dah takde benda yang diisi, mahu raser nak mati. Petang pi famasi, ingat nak beli Lamoti; dan Buscapan (pergh.... tengok slalu nor kene cret bret sampai dah hafal nama ubat) Last2, aku prescribe ultracarbon untuk diri sendiri. Normally, if I take one tablet, dah ok tapi mlm tadi ambil dua pun tak mau jalan. Lepas Isya' terus tido....

Pagi ni masa solat Subuh, nak baca pun naik kelam kabut. Meluru ke tandas buat kali ke sembilan. Mak ai, rekod yang pernah dicatat. Lepas tu tgk citer Filipina , The Two Of Us sambil baring. Tiba2 orang umah kejut suruh minum minyak urur But But keluaran HPA. Rupa2nya kalau cret bret, minum minyak urut tu dalam air suam. Mai ai.... baunyer.... pergh Orang umah kater kalu tak sihat, kang pi klinik....ini yang malas ni.... nak kloa duit lagi...

Ni gambor klinik yang akan menjadi pilihan kalu masih lagi menyerbu ke tandas...

Lepas salawat, ambil ultracarbon yang ketiga, makan skeping roti, mandi dan buat kerja... Perut masih saket lagi tapi dah kurang sket. Harap2 tak cret bret lagi. Masalah sekarang, stiap kali sendawa, mulut bau minyak urut. Baru teringat, ari tu ada doa kpd Allah supaya bersihkan perut aku daripada wine.... agaknya ni yang Allah perkenankan....

WINE .... emmm kalu nak tau sama ader aku dah ilang akai atau tak .... bleh minum wine... see u next citer.

No comments:

Post a Comment