Saturday, January 1, 2011

AZAM TAHUN BARU 2011 - Siri 1

Bila tiba tahun baru, orang akan bercakap tentang azam. Bila cakap tahun baru, orang akan tanya azam tahun lepas dah setel blum? Pergh.... kadang2 terasa bes gak kalu namer kita Mohd. Azam kan? Awal tahun jer, ramai orang akan sbut nama kita....glamour aper....

Ok.... jgn ckp banyak...dalam Azam Tahun Baru 2011 (Siri 1) ni akau akan membincangkan azam tahun baru aku ni yang lebih berbentuk keduniaan. Org cakap patutnya mulakan dengan yang berbentuk spritual ..... sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Cuba tengok pelakon Faizal yang sedang belakon criter Tiri Masu (btolke ejaan) semalam dah meninggal ...umur baru 33 tahun.

Tak pe...dalam siri 2 nanti aku akan bermuhasabah azam tahun 2010 ... rasernya ader aku tulis kat n3 yang lepas...satgi aku check. Sebenarnya azam yang berbentuk spritual ataupun kerohanian @ keagamaan dah buat maser awal Muharram tempohari. Cuma lepas baek daripada sakit cret bret smlam, badan tak larat, aku cuba menaip. Dah lama tak menaip dlm blog ni.... ntah ler, dulu maser sek ngan kat maktab, rajin plak menaip guna mesin taip. Menang hadiah banyak kali, duit hadiah boleh bli kancil tapi skrang jer malas....

Ok ... (brapa banyak ok da....)

Tahun ni aku nak ubah cat depan umah aku ni sebab orang umah dah bising tapi aku buat derk je... cat dah berlumut dan itam meregam .... pengotor kater dier kat aku .... besaler orang laki yang pemalas ... dgn pnuh keegoan aku akan menjawab "Tak baik menunjuk2, Allah marah bila kita ada sifat riak...".

Jadi tahun ni aku akan cat ko warna hijau epal .... emmmm...biru laut ....emmmm.....warna .... jingga ..... warna purple .... baek tanya org umah .... kang dia tak berkenan (kna cat balik) ...emmm apa kata dia yang bli cat; pakai DUIT DIA SENDIRI jadi aku tolong cat (pergh...jimat duit aku ....ehh...dia bacer tak blog aku ni?)

Azam yang kedua ... aku kna atasi masalah rumah aku yang smakin retak. Hasil pembacaan aku, air longkang yang senget (bengong punya pemaju buat longkang senget dan air bertakung kat sebelah rumah) akan meresap melalui celah longkang dan akan menyebabkan berlaku gerakan tanah di bawah rumah. ini menyebabkan foundation di bawah rumah akan lari terutama rumah yang dibuat penambahan tanpa mengira perkara ini.

Yang pastinya, bhg bawah rumah yang aku buat extension kemungkinan telah berlaku gerakan bawah tanah dan ini menyebabkan extension bawah umah menarik umah asal. Pergh...silap2 umah aku bloeh runtuh. Mak ai.... kalu ni terjadi, boleh menyebabkan malapetaka. Ingat lagi kisah member skelas aku arwah Azizi Tate meninggal kerana rumahnya runtuh dan dia sedang tidur di dalam rumahnya (Al Fatihah untuk Tate). Jadi, this year aku kna cari wang untuk baiki longkang sebelah umah aku ni...

Azam yang ketiga ...

Belakang umah aku ni kena bersihkan. Ingat nak cari duet sket nak tileskan tangga ni. Cina Ah Soon @ Superman (aku panggil dia superman sebab bila call je, tak sempat kita nak letak telefon dia dah beri salam - beza ngan orang KITA, kalu suh datang baiki umah yang mereka buat tak semenggah, agaknya sampai telefon tu meletup panas pun tak datang2. Sebenarnya belakang umah ni kna bersihkan sebab hari tu orang belakang dah mengamuk sebab ada ular kat dalam pasu yang aku tonggengkan tu. Pasu tu nanti akan aku penuhkan tanah dan berhajat nak tanam sayur .. pergh.... Rasanya macam pernah dengar je azam ni....

Azam keempat ...


Aku kena selamatkan kerusi ni sebab orang umah aku dah tak suka kat dia. Dia sibuk nak tukar ngan kerusi lain sebab kaki dah senget dan bila dok kat kerusi ni, terus menjunan ke kayu kerusi. Pasalnya tilam tempat duduk dah lepior (kater org Kuale). Memang sakit kalu dok kat kerusi ni tapi kerusi masih baru walaupun dah lima tahun beli .... kalu ada orang datang umah ... sure klua mulut berapi.... emmmm masih tahan lagi ya.... macam baru semalam beli .... (dan hujungnya mesti ader penambahan yang menyakitkan tlinga ... biaserler ... orang takde anak ... maner ada orang nak usik .... ) yang pasti aku akan tambah ... emmm kami pun tak pernah dok atas kerusi tu, orang takde anak slalunya dok atas lantai ...pergh... (Tapi yang penting misi orang umah nak menukarkan ko kerusi akan kugagalkan pada tahun bersempena dengan semangat Harimau Malaya - kan kulit ko samer ngan warna harimau.

Azam kelima ....

Aku nak beli TV baru (kalu bleh LCD) yang paling murah sebab TV aku yang kat bawah ni dah berusia 16 tahun. Aku beli tahun 1994 (utang kat MBF ; ha...ha...ha....) Bukan pasal lamer tapi dah dua kali baiki dan kali ni dah tak kuasa nak baiki. Mana idaknya .... sumanya warna merah. Rumput merah, rambut merah, pipi merah, laut merah, hutan merah dan segala-galanya merah.


Azam keenam ....



Ini gambar kebanggaan aku .... gambar hard copy binded dissertasi aku yang melayakkan aku status TM pada keputusan semester ketujuh tempohari. Lambang kesungguhan, air mata, darah (sebab nyamuk slalu gigit aku maser buat diaorang ni) dan duit yang banyak ngalir kloa daripada poket.

Jadi .... dah lama umah ni dah tak bersepah macam di bawah ni .....

Nilah keadaan huru hara ktika menyiapkan dissertasi tempohari. Pada maser ni orang umah aku slalu naik angin biler tengok aku tinggalkan study room aku camni.... macam tongkang pecah sebab nak kejo date line pada lecturer.

Bila dah habis study, study room aku dah berubah jadi macam ni ....

Dia kata barulah rupa umah orang yang educated ... ya ke....aku nengok bilik prof kat fakulti aku pun bersepah ... pergh....agaknya orang yang bersepah tu bleh jadi professor kot ... he...he...he....

Anyway.... middle of this year, rak ni akan bersepah lagi sebab aku berhajt nak persue my study; I'm looking on Curricular Senior Assistant in Primary School preparation to be school head ... are they ready yet and how ministry of education prepared them to hold their responsibilities ... pergh ...tak sabonya nak cari literature review ni....

Ok ler...itu ler azam aku yang berbentuk keduniaan pada tahun ni .... lepas ni aku nak criter yang berbentuk Keislaman plak .... he...he...he....

No comments:

Post a Comment