Sunday, December 5, 2010

Medical Check Up Bil 3/2010

Dah seminggu kepala asyik pening sahaja, tengkuk rasa berat sangat. Orang umah asyik bising suruh check BP, dia takut kena high blood pressure sebab sejarah keluarga menunjukkan most of my family members adalah pengidap HBP. Emmmm.... takut plak nak check. Minggu lepas memang aku asyik kena selsema, terowong asyik tersumbat je, agaknya pasal tu kepala asyik sakit je. Ada relevance gak....

Orang umah takut aku stress sebab sejak masuk ke department baru, kerja makin banyak, beza dengan kerja lama. Banyak kena layan client, parents, guru nak mintak pindah, guru merungut kena pindah, budak nak pindah dan pegawai-pegawai yang nak kena pindah. Itu belum lagi beberapa kerja ad-hoc yang kena aku buat....pergh...

Semalam, dalam senyap-senyap, pagi-pagi, aku lajak pi farmasi. Ingat nak check BP. Kena bayar RM 1.00

Pulse : 97 (lajunya....)
BP : 136 /88 (ni dah border Cik, kata budak yang ambik BP)

Datang idea baru : boleh tak saya check glucose....

Boleh RM 5.00 sahaja. Tapi saya cadangkan check cholesterol sekali. Check cholesterol kena bayor RM 14. Kalau buat semua sekali, cuma kena bayar RM 15 instead RM RM 20.

Oklah....(padahal cuma nak check BP - RM 1.00)

Kandungan glucose : 4.9 mmol (Border 5.2) - dia kata ok. Aku raser macam tak ok jer. Tak makan lagi selalunya 3.7 yang pernah aku check.

Cholesterol : 6.73 mmol/l (tingginya cik sebab border 5.0)
Lega sebab cholesterol aku dah kurang sket, lepas raya hari tu check 7.8 dan turun agak banyak.
Kesimpulan yang kena buat.... kena banyakkan senaman dan kurangkan makan terutama breakfast pagi tu sebab duit nak beli breakfast dah kena kloa bayor buat medical check-up.

1 comment:

  1. Salam

    X pe la kuar duit sikit.. bukan tiap2 hari. So boleh pantau prestasi kesihatan.

    ReplyDelete