Wednesday, December 15, 2010

ALHAMDULILLAH DAN SELAMAT TINGGAL FSPPP

Minggu ni ialah minggu yang amat menggembirakan diriku. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku ini. Emmm.... orang kata kalu gembira, tulisan mesti warna biru laut ....minggu ni atau ngan lebih tepat hari Isnin yang lepas bersamaan 13 Disember 2010; result master telah masuk ke dalam kotak e-mel ku. Pergh.... yang paling indah apabila tertera perkataan TM (Completed). CGPA jangan tanya ... kah...kah...kah.... tapi yang penting favourite subject aku best.

Ntah naper since first degree ari tu aku minat no dengan research. Buat master ni aku sentiasa berdoa dpt mengekalkan A cam masa first degree dulu. Alhamdulillah, masa kertas teori dulu.... aku dapat A.... sama abjad ngan ex-UNITAR (member baik aku polisi Bukit Aman) dan ex-Hull student. Aku sentiasa berdoa agar thesis aku (walaupun bertaraf dissertation tapi nak buat ngalahkan thesis PhD), dapat A..... Alhamdulillah sekali lagi masih dapat A lagi tapi ada tambahan (-) di belakang. YANG PENTING ADA A....

Dengan terteranya perkataan TM pada slip, maka berakhirnya penderitaan aku memanjat bukit keramat ini. Memanjat bukit ini dengan titisan keringat, air mata dan minyak kereta (yang asyik naik sahaja stiap tahun). Aku akan ceritakan segala penderitaan aku untuk meraih sekeping sijil yang dinamakan master .... 7 semester yang penuh penderitaan, 7 semester yang diulit kesusahan serta 7 semester yang penuh cabaran demi mendapatkan seguluh ijazah Executive Master of Administrative Science. Aku akan titipkan penderitaan ku ini.

Bak kata Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi semasa selesai sesi viva ku .... oh youlah cikgu yang mereka cerita pelajar paling lama di fakulti ini.....

Dengan bangga aku menjawab ..... ya Datuk.... saya buat Diploma 13 semester, degree 8 semester dan akhirnya master 7 semester. Begitu banyak keperihan saya di fakulti ini demi meraih ilmu. Insya-Allah, lepas ni saya nak cari universiti lain plak.....

(Bila ada kelapangan nanti, akan kuceritakan tentang kepayahan ku dari diploma - degree - master ) emmmm sijil perguruan nantilah dulu sebab critanyer laen sket....


Emmmm ...diam tak diam...dah 31 semester aku belajar selepas menggenggam sijil STPM ..... ok 2011 ..... here I come untuk ambik PhD plak.....


2 comments: