Sunday, August 30, 2009

Solat Tarawikh - Bab 2

Sejak pemerintahan baru ni, ada style baru di mana diadakan slot tazkirah semasa solat tarawikh. Aku bukannya tak suka; aku rasa best sangat dapat dengar tazkirah ni sebab aku ni jenis malas nak pi masjid untuk cari ilmu. Tapinya, ada beberapa perkara aku tak berkenan ... Pelik gak, napa aku suka komplen macam aku ni bagus sangat. Betul jugak ada satu artikel yang aku terbaca bahawa orang yang lahir dalam bulan Ogos ni suka sangat komplen. Cam baguih sangat.

Aku tak berkenan sebab orang yang nak anjurkan tazkirah ni buat lebih kurang walhal ini majlis ilmu. Orang yang hadir ramai dan mereka cukup berminat nak dengar. Napa aku cakap gitu sebabnya :

1. hamba Allah ni bangun dan bagitau kami dah menjemput ustaz dari Kedah le, dari Terengganu le, Pahang le, Penang le dsb. Kami cuba kol banyak kali hari ini tapi tak berjawab, di luar kawasan, tengah bagi ceramah kat tempat lain le. Yang syoknya, siap buat pengumuman, kpd Ustaz sipolan bin sipolan, kalau anda ada kat sini sila tunjukkan muka. Sila tampilkan diri. Macam panggey orang kat kenduri kawen je.

Napa ya tak panggey alim ulamak ke, ustaz ke daripada sekitar daerah ni. Tak de le asyik luar kawasan je. Kalu sekali tak pe le, tapi kalau asyik dua tiga kali ayat yang sama, orang pun perasan ada yang tak kena. Kat daerah ni ada 16 buah sekolah menengah yang ada ustaz yang hebat, ada Darul Quran, ada Darul Atiq, ada ustaz-ustaz j-QAF yang beri ceramah merata. Setakat nak bagi ceramah, insya-Allah depa tak menolak. Tapi asyik nak panggey ustaz luar kawasan, itu yang asyik berada di luar kawasan.

2. Satu lagi, aku tak berkenan kalau bagi ceramah dengan nada terjerit-jerit macam kempen politik plak. Bukan aper, dalam masa lima belas minit, kita gunakan masa yang sedikit tu dengan sebaik-baiknyer. Kalau dah terjerit-jerit, susah nak dengor sebab kita dalam masjid. Bergaung bunyi suara kerana bahagian atas masjid ada kubah. Melantun-lantun bunyi dan dahle speaker tak berapa baik. Susah betul nak tangkap apa yang mereka cakap. Lain le kat padang, suara akan bergerak terus tanpa dilantunkan balik ke setiap dinding sebab dinding masjid tidak bersifat akustik yang boleh menyerap bunyi.

3. Ceramah yang bersifat sindiran. Gunakan gelanggang tu untuk melepaskan geram, tak best ler. Kan kita ada 15 minit, gunakan untuk memberi ilmu kepada semua jemaah yang kebanyakannya nampak muka hanya pada bulan Ramadhan (macam aku). Napa nak belasah parti yang lama, ungkit pasai dulu dia tak boleh sampaikan ilmu di masjid sebab dia pembangkang. Kalau dia tak ungkit pasai tu orang akan nampak dia penceramah yang berhemah. Skurang-kurangnya puak yang tidak menyokong Parti X merasakan ustaz Parti X ni seorang yang berwibawa kerana hanya mengajarkan ilmu sahaja tanpa menelanjangkan kejahilan orang yang lalu.
Teringat kata ustaz tu dengan nada yang geram dan lantang;

" Saya tau dalam masjid ni ada SB! Mana dia SB tu? Ada di celah-celah jemaah kita. Biasale, bila ada ceramah, mesti ada SB. Tuan-tuan tau napa SB ada pada malam ni? Napa SB ada dalam masjid kita ini?

Semua jemaah diam. Ada yang gelak, ada yang tertanya-tanya dalam hati, aku ni kat kempen politik atau dalam ceramah agama...

Jawapannya ... SB tu nak solat gak. Dia pun manusia macam kita gak... Orang dok pakat gelak ramai-ramai...

(Walaupun mungkin ustaz tu nak buat lawak tapi jika katakan ada polis atau SB yang memang nak solat, ayat-ayat pertama tu dah menghiris perasaannya; bukankah dia manusia juga bekerja dan mencari makan untuk anak bini. Kalau dia terasa dan tercalar, bagaimanakah kita ingin memohon maaf daripadanya. Bukankah kesalahan antara manusia haruslah dimaafkan oleh orang yang telah kita lukakan perasaannya.

Wallahuaklam...

p/s Masih menantikan seorang ustaz yang benar-benar menyampaikan ilmu tanpa menyinggung mana-mana pihak, tidak berpihak mana-mana parti dan tidak menggunakan ilmu demi kepentingan agendanya sendiri...

No comments:

Post a Comment