Monday, August 24, 2009

Birthday Boy...

Semalam ialah Harijadi aku yang ke 30an. Orang pertama yang wish aku ialah my ex-student, Sakinah. She will wish me every year without miss. Bagus budak ni; adik beradik 3 orang tapi sorang dah meninggal (adik lelaki) kerana demam panas. Balik dari tuition biologi, dia call aku.

My wife buat surprise, I thought dia dah lupa. Yahoo.. aku dapat dua helai baju Polo, mahai shiot. Aku ni malas betoi nak pakai baju mahal-mahal sebab aku ni clumsy sket. Kang ada minyak nasi lemak plak, kang ada dakwat pen dan ada itu dan ini. Mulalah orang umah bising, maklumle dia yang basuh dan beli baju tu. Nak harapkan aku beli baju, cis ckup malas. Ntahle, dalam banyak adik-beradik aku, sorang yang malas pakai baju cantik-cantik. Bukan ape, sen tadak. He... he ... he. Duit gaji habis bayar kat ALONG MELAYU @ Bank Rakyat. Mana taknya, umah ni aku renovate pakai duit depa pasai aku kena tipu hari tu. Keta yang bawa aku pi pejabat pun depa punya...

Anyaway, thanks dear. Baju kemeja tu abang nak pakai masa viva nanti kalau abang habis disertasi this semester. InsyaAllah walaupun ramai geng aku ajak extend...

Hari ni ada dua perkara yang buat aku sedih :

1. Pagi tadi on the way ke opis (bolan pose ni aku masuk pukul 8.00 am dan boleh balik pkul 5.00 pm); di Sinar FM tengah bincang pasal emosi anda dalam Ramadhan tahun ini. Ada satu caller tu call dengan girangnya bagitau yang for the first time after 11 years married, wife dia pregnant. Syok gila tu; aku tak boleh bayangkan kalau benda ini jadi kat aku. Dia 11 tahun dah call radio, kalau aku yang dah 16 tahun ni, mahu buat kenduri. Aku still remember my nazar untuk pose seminggu dan my wife suh pi masjid kalau dia pregnant; insyaAllah. Semoga bulan pose ni akan memberikan kami sesuatu yang terbaik.

2. Yang kedua, takde sorang pun daripada adik beradik aku yang wish padahal setiap kali depa punya birthday, aku siap hantar mesej. Takkan lupa kot maklumle dalam bulan pose. Rasa sayu campur nak marah. Dah le makan kat Mama Seafood Tomyam depan Klinik Dharan Rawang tak sedap lannggggsung (jangan pergi). Dah le masak tak sedap ada hati plak nak niaga. Muka dah le ketat masa layan orang. Minta telur dadar bagi telur mata yang goreng hangus. Minta keropok dia tak bagi tapi caj dalam bil. Siap sound plak kena bayar sebab dah minta. Mangkuk punya cashier; kira nak untung. Astaghfirullah, napa aku ngata orang ni...kan bulan pose. Kalu opis mate aku dengar tentu dia urut dada sambil cakap ana soim....

Itule, kcik ati kat adik beradik, ingat malam nak celebrate kat tempat bagus sebab teringin nak makan chicken chop, dah le rush ke Parkson kena tukar baju nak kena ambil saiz XL ( ntah napa baju baru hadiah tu mengecil masa aku buka wrapper dia tadi). Last-last orang umah kena tempias, sian dia. Tak pe malam ni aku akan masak sahur... sebab aku belum tido lagi sebab buat assignment...

No comments:

Post a Comment