Monday, March 19, 2012

Hmm... gila kereta lah plak..

 Apabila orang tanya saya, kereta apa yang kau idamkan sejak daripada kecil; saya jawab apa sahaja kecuali jangan dua pintu sebab saya ada sejarah pahit sejak kecil iaitu saya allergic dengan kereta woksegen (betul ke ejaan ni). Saya benci setiap kali orang belakang nak turun, mesti orang kat depan kena keluar dulu...pergh hilang privacy. Pak cik saya yang kerja kat TNB Bangsar beli kereta mondok ni, warna dah lupa. Setiap kali dia nak balik kampung, mesti singgah rumah kita orang kat Kem Terendak Melaka. Mak plak, pantang diajak balik mesti nak ikut kalau abah pergi operasi kat dalam hutan. Bayangkanlah dalam kereta disumbat cam sardin. Tuan punya kereta dah ada lima orang dan ditambah lagi kami ada 6 orang, korang boley bayang tak kesardinan kereta pak cik saya yang terkenal dengan bengis, tak suka budak dan tak banyak cakap. Yang special tentang kereta pak cik ialah dia modified tempat untuk kencing kat tempat kaki tempat duduk belakang. So bila anak dia yang kecik nak kencing, mak cik akan angkat pelapik getah, anak dia kencing dan siap cuci sekali tu. (Zaman dulu mana ader lebuh raya dan mana ader R & R). Kata pak cik, senang, malas nak turun naik turun naik sebab pintu pun dah dua. Pegh... siannya mereka yang menaiki motor kat belakang kena air kencing yang bertabur atas jalan. Hmmm.... dulu kereta mana ader air cond; kena buka tingkap luas-luas sebab tingkap belakang dah mati)


gi
CRZ kereta idaman terbaru...
Itu kisah dulu tapi ntah cam ner plak baru-baru ini saya berminat plak nak tukar kereta baru dengan berbentuk fizikal dua pintu. Pergh...lawalah plak. Walaupun duit tak der, tapi tak salahkan untuk kita berangan-angan. Memasang impian tu tak salahkan kerana ia tidak perlu dibayar...hmmm. Apatah lagi adik saya asyik meracun untuk ambil kereta wife dia... Satria Neo...pergh still two doors. Samapai sesak nafas apabila hati teruja nak memnukar kereta tapi kemampuan masih belum sampai lagi.

Cuba korang tengok bahagian belakang kereta ini ...

Kereta ini nampak dah ok tapi pehal dengan rim dia... kuning lah plak

Toyota Vios kebanggaanku di parkir Masjid Negeri Shah Alam

Mana ntah dia membawa diri sekarang???

No comments:

Post a Comment