Sunday, March 18, 2012

Tak boleh tido...

Malam ni saya tak boleh nak tido padahal badan letih sangat. Semalam bertolak dari rumah trus direct ke kampung isteri di Kuala Kangsar. Nak ikutkan mata memang dah ngantuk tapi tak mau lelap plak. Habis gosok baju untuk seminggu, tak perasan dah menunjukkan pukul satu pagi. Buka FB sat tengok mana yang patut and then buka blog orang jap sedar-sedar dah pukul 2.30 pagi. Tergerak plak nak buka blog sendiri dan up date blog yang dah lama tak berup date. Padahal janji nak up date bila free.

Suka sangat tengok perangai Apiy lambai dan cakap Babai Uncle...
Actually last week minggu yang amat sibuk yang menyebabkan planner tak larat nak isi. Last Saturday rush balik kampung hantar my wife. Dia kena jaga mak yang tak berapa sihat. Hari Ahad rushed balik semula ke Selangor sebab nak attend ke majlis perkahwinan staff kaunter kita orang. Actually abang Zali ni "dude" istilah yang dibagi oleh member2 dia iaitu seorang duda. Dia dapat seorang janda anak berapa ntah, tak hengat nak tanya. Sampai kat dewan majlis berlangsung, takut plak dah lambat tapi alhamdulillah orang masih ramai lagi.

Dalam majlis ini saya belajar dua perkara yang baik untuk dikongsi bersama dengan korang. Buat pengetahuan korang, saya ni memang ler seorang orang yang cukup malas pi kenduri kawen orang. Sejak dulu lagi sebab kalau ikut sejarahnya, abah kitaorang memang tak gemor kalau anak2 dia pi kenduru masa kami kecil2 dulu. Kata dia , macam orang tak cukup makan nak pi makan free. Saya masih ingat lagi masa kami di Kem Terendak; jiran sebelah rumah buat kenduri kawin anak dia. Abah dah siap sound awal2 supaya jangan ada seorang pun yang keluar pi kenduri; jadi kami tiga beradik pun tengoklah daripada cermin rumah betapa abah begitu sebuk melayan anak2 jiran makan dikenduri tapi kami 3 beradik tengok sambil menitik2 air liur.

No comments:

Post a Comment