Wednesday, April 27, 2011

MEDICAL CHECK UP BIL. 01 / 2011

Alhamdulillah, pada 15 April lepas aku pi buat medical check up. Dah lama gak tak buat medical check up. Orang kaya buat sampai satu badan, aku dengar kena bayo dekat RM 800. Tapi aku cukup ler sekadar RM 16. Selepas puas memujuk, amoi yang baik ngan aku kurangkan RM 1. Jadilah. Bukan aper, sejak kebelakangan ni orang asyik cakap aku kurus lagi cengkung. Kalau sorang cakap kurus tak per, tapi sesiapa jer yang jumpa akan tegur.

Naper kurus sangat?

Cengkungnya !!!!

Encik, tak makan ke????

Eh, ko dah kurus sangat la. Diet ker?

Itu yang buat aku suspen. Pi timbang, dulu berat aku cuma 82.5 kg. Jadi maser hantar adik aku buat ECG kat Hospital Selayang, aku pi ler timbang guna penimbang orang mengandung kat Klinik Obstetrik dan Gyne.

Pergh ..... 76.5 kg.

Patut ler orang kata aku nampak kurus. Suspen plak kalu tiba-tiba kita kurus mengejut.

Selepas cucuk jari .....pergh saketnya budak tu buat.... budak baru ni nak bunuh ke?

Glucose - 4.9 mmol
= sama macam sebelum ni. Tapi agak tinggi gak sebab border 5.2

Cholesterol = 4.73 mmol
= yahoo..... cholestrol turun mendadak. Berkat kurangkan makan benda berlemak.

Puas pening kepala memikirkan napalah berat badan boleh turun...... last sekali orang umah cakap; abang perasan tak dalam bulan ni kita boleh kira makan nasi....

Patutlah...... betol cakap orang makan nasi ni bagi orang gemuk.

Bulan lepas, cuma 6 kali je makan nasi. Yang lain makan bihun dan bihun dan bihun dan bihun...

Sesekali badan turun, best jugak kan????

1 comment:

  1. salam

    wah.. best.. saya pun sedang kurangkan makan nasi. Walaupun hasil belum boleh dibanggakan. tapi... saya yakin boleh kali ni. Sebab saya dah rasa saya insaf sekarang. Nak BMI balance. Jom sama2 kasi seimbang. Misi saya kurangkan nasi dan makanan berlemak. InsyaAllah kita boleh. Amin

    ReplyDelete