Tuesday, April 26, 2011

KURSUS PENGGUNAAN DAN PENYENGGARAAN REKOD FAIL

Hari ini 27 April 2011, sema kat opis kena menghadiri kursus anjuran Unit Jaminan Kualiti. Pergh.... letih ler jawabnya. Bukan apa, lepas ni semua no rujukan kena tukar. Aduyai, mesti pecah kepala nak kena ubah semua fail. Dah ler ISO dah nak masuk buat auditan.

Sebenarnya bukan teruk sangat nak buat perubahan cuma malas jer. Maklum ler kerja banyak yang nak kena buat. Belum lagi mengadap mak bapak yang datang mengadu pasal cikgu, pasal sekolahlah, pasal budak-budak sekolahlah. Cerita kat akhbar nak kena jawablah.

Dahlah bawah aku ada 19 fail yang aku sorang tadbir. Kerani plak tak der ...... emmmm.... tapi napa plak nak komplin padahal kat sekolah dulu lagi banyak fail yang aku kena jaga.... fail bawah kurikulum, kena pantau fail semua panitia, dah ler aku Penyelaras Pusat Sumber dan kena urus berpuluh fail, belum lagi fail kecemerlangan UPSR, kelab, sukan dan macam-macam ada.....

Apapun yang paling bagus sekali apabila kami dimaklumkan, selepas opis siap, semua sekolah pulak akan diarahkan mengubah fail...... mengamuklah sekolah.

No comments:

Post a Comment