Sunday, March 6, 2011

REDEPLOYMENT - SIRI 3

At last, I've received almost 80% nama guru yang akan menjalani redeployment gelombang kedua bagi tahun 2011. Daripada 25 nama yang naik, 16 yang akan berpindah ke luar daerah. Emmmm.... sian kat mereka; tapi apa yang boleh dibuat sebab waran gaji mereka sebenarnya terdapat di daerah lain.

Redeployment yang dianggap kejam serta menakutkan kepada sebilangan guru kekadang sebenarnya ada hikmahnya bagi sesetengah pihak. Polisi penawaran diri secara sukarela sebenarnya membawa banyak kebaikan walaupun terdapat pentadbir yang tidak menggunakan polisi ini.

Daripada 16 yang akan diberi penempatan semula (yang mendapat kebaikan); ada seorang cikgu mohon balik Kuala Selangor. Kesian gak kat dia, setiap hari dia terpaksa berulang-alik hampir 120 km ke daerah aku. Emmm....semoga dia dapat balik ke Kuala Selangor dan aku akan fight untuk rede ini untuknya.

Kes kedua : Cikgu ni mak dia mengajar di Kg Melayu Subang katanya. Masa E-gTukar dulu dia minta Petaling Perdana tapi dihantar ke daerah aku. Jadi kali ni aku nak redeploy dia ke Petaling Perdana supaya dia dapat tinggal ngan mak dia.

Kes ketiga : Cikgu ni baru posting. Husband dia kat Hospital Klang. Jadi kali ni aku akan usahakan dia pergi ke Klang. Sian orang baru kahwin kena tinggal berasingan.

Kes keempat : Cikgu ni ada masalah kewangan. Jarak dari umah dia ke sekolah sekarang sama jarak ngan sekolah baru yang nak ditukarkan. Dengan perginya dia ke sekolah baru maka bertambahlah COLAnya kepada RM 300 (lebihan RM 200). Dapatlah meringankan beban kewangannya.

Kes keempat : Cikgu ni bergaduh ngan pengetua; jadi inilah masanya dia nak keluar dari sekolah kerana dia kata dia dah jijik nak menyebut nama pengetuanya.

Kerisauan saya ialah; terdapat nama yang dihantar merupakan nama guru yang problem kat sekolah. Aku tau ada seorang cikgu tu selalu ponteng sekolah, tidur dalam setor sukan. Walaupun sudah banyak kali diberi nasihat oleh pengetua tapi dia tidak mahu berubah; inilah masanya nama si polan disingkirkan dari sekolah.

Pergh..... yang kena menjawab nanti ialah aku jugak

No comments:

Post a Comment