Saturday, December 5, 2015

Tak duduk kat PPD lagi...

Mungkin ramai tak perasan kot lama saya tak menulis dan saya dah tak bersembang pasai urusan pertukaran guru.  Rasanya dekat 1 tahun lebih.  Semua ini bukan kerana saya dah malas tapi sbenarnya dah amat sibuk dgn kerja2 baru di sekolah.

Bebenonya saya sekarang dah balik ke sekolah.  Balik ke sekolah asal sebelum saya maauk ke PPD. Dia tak diam hampir 10 tahun saya berkelana di PPD dan akhirnya kembali ke tempat asal.  Rasanya setelah berkali2 mohon utk balik ke sekolah tidak dilayan, namun masa kita ada projek nak diselesaikan; arahan tukar telah berkuatkuasa.

Saya tinggalkan PPD mulai 21 Novembee 2014 dan sehingga entri ini ditulis, saya telah berada selama 1 tahun 14 hari do sekolah.  Ada sesetengah pembaca yang secara personal minta bantuan saya tentang pertukaran, mana yang saya boleh bantu saya akan bantu.  Tetapi tak banyak yang boleh dibantu kerana saya dah lama tinggalkan medan pengurusan guru dan sistem sekarang lebih advance dengan menggunakan sistem trafic light.

Malah bukan sahaja pembaca yang terkeliru malahan ada cikgu2 di daerah saya masih ingat yang masih bertugas di PPD dan meminta tolong.  Tu lagi dahsyat sb dah dua pegawai bertukar tempat saya tetapi ada yangasih tak tau. Nak kata pelik tak pelik, nak kata tak pelik rasanya pelik ler jugak.

Apa pun, lepas ni cerita saya akan lebih berpihak kpada ilmu pengurusan yang rasanya itulah yang saya belajar dari diplona, first degree, second degree dan sambung NPQEL. Hmm....  Harap2 pandangan serta tulisan saya akan membantu siapa sahaja yang terbaca blog saya dan yang baik diambil sebagai perkongsian manakala yang tak baik, baca sahajalah buat mengisi masa lapang.

No comments:

Post a Comment