Friday, October 12, 2012

TAKLIMAT PPPM 2013 - 2015

Hari ini kami telah diarahkan ke sebuah sekolah bagi menghadiri Taklimat Pelan Pembangunan 2013 - 2015 peringkat daerah. Kalau nak ikutkan hati macam malas sebab badan letih betul minggu ni tapi apabila difikirkan saya tak pernah mendengar secara terus berkaitan Pelan Pembangunan ini, maka saya gagahkan juga kaki ke SKK. Saya difahamkan bahawa taklimat ini diwajibkan kepada semua pegawai dan staf di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Malaysia.

Alhamdulillah, dari pagi sampai tengah hari hujan turun dengan lebat. Suasana semakin sejuk dalam Bilik Mesyuarat SKK sambil mendengar hala tuju KPM sehingga selesai tiga gelombang. Fahamlah sedikit apa yang ingin dicapai oleh KPPM dalam usaha untuk mentransformasikan bidang pendidikan di Malaysia.

Saja nak share dengan sesaper yang baca :

Transformasi KPM

1.  Memperkukuhkan sistem penyampaian.
     - kata penceramah, kami terletak di bahagian ini kerana kami kumpulan perantara antara sekolah dan
       pihak atasan.
2.  Menambah baik produktiviti / sumber.

Gelombang Pertama  (2013 - 2015)
Gelombang Kedua (2016 - 2020)
Gelombang Ketiga (2021 - 2025)

Adalah dikatakan peruntukan kepada KPM antara yang tertinggi dalam belanjawan sekolah menunjukkan kerajaan amat memandang berat dan mengambil perhatian penuh kepada kementerian yang bertanggungjawab memastikan generasi akan datang menjadi generasi yang benar-benar boleh menjadi pemimpin yang boleh membawa negara ke arah negara maju.


Lewat tengah hari, program tangguh sebentar dan kami ramai-ramai pi kenduri kahwin anak PK Kokurikulum SKK. Besh gak pi kenduri dalam hujan dan saya rasa inilah kali kedua yang saya attend kenduri dalam hujan lebat....yang pertama dahulu program di Kedah (sepupu orang rumah dapat orang Changloon).

Pukul dua petang, kami sambung balik bagi meneruskan bab-bab dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sebelah petang kami mulakan dengan Bab 6..

Baiklah....nanti saya kongsi apa yang saya faham tentang PPPM dengan semua orang ya....sekarang nak dengar taklimat terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment