Masuk maktab….aku bertekad tak mahu diperbodohkan
lagi. Tapi siapalah kita sebab pasti ingin memerlukan sahabat baik untuk
berkongsi masalah dan perasaan. Suka duka dan sama-sama belajar erti kehidupan.
Nah aku terlupa bahawa aku pernah terkena dan semasa dimaktab aku terlupa lagi.
Aku masih dengan kelemahan aku….berkorban apa sahaja tetapi akhirnya aku tetap
ditinggalkan. Kekadang sedih masa di maktab, maser mereka ader masalah, akulah
tempat mereka mengadu namun apabila mereka bergembira, sudah pasti aku bukanlah
orangnya untuk diajak bersama-sama. Pernah ditinggalkan di pekan Ipoh apabila
member berjumpa dengan rakan lain; collection rumah sewa dibelikan rokok walhal
kamulah penyumbang terbesar dan sepanjang dua hari tidak menjamah nasi.
2 ½ di Perak, mengajar aku bahawa semua
manusia sama. Ohhh….bukan mudah rupanya mencari rakan yang boleh menjadi
sahabat yang sanggup bersusah payah dengan kita dan yang paling penting
bersahabat dengan kita tanpa ader sebarang hidden agenda di samping akan
bersama-sama dengan kita pada saat suka dan duka. Kekadang terfikir susahnya
untuk mendapat sahabat kerana mungkin diri ini sendiri membawa aura negative.
Maktab ditinggakan dan kawan-kawan mulai
dilupai. Tiada banyak kenangan manis yang boleh diingati bersama-sama seorang
kawan. Sahabat masih belum ditemui dan aku masih dengan perangai lama….terlampau
baik dengan orang sehingga orang menggunakan kesempatan ini….desperatenya untuk
mencari seorang manusia yang bernama sahabat.
Sepuluh tahun di sekolah pertama, pergh….siksanya
ditikam dari belakang. Banyak betul mengenal erti berkawan. Kawan ramai tapi
setakat berkawan sahaja. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk hanya berkawan
dengan sesaper apatah lagi apabila aku ditindas oleh seorang guru besar, tiada
siapa pun dalam kalangan rakan sekolah yang ingin membantu. Tak mengapa, aku
belajar menyelesaikan masalah sendiri dan aku isi masa lapang dengan menyambung
belajar di ITM. Di sana, aku lone ranger, datang kuliah dan balik. Kawan….entah
sorang pun aku tak kenal janji boley grad. Hmmm….happy gak….
Tak lama di sekolah tersebut aku berkenalan
seorang guru yang baru melapor diri di sekolah cina…. Daripada dia aku mengenal
erti apa itu persahabatan. Kawan yang susah senang bersama…selalu beri advise
pada aku bila aku perlukan nasihat dan selalu bantu aku bila aku susah dan akan
jadi pendengar yang setia apabila aku ader masalah. Sama gelak, sama bersedih, sama
berkongsi wang, sama memecah kebuntuan masalah, sama memikirkan cara untuk
menjadi guru kreatif, simpan banyak rahsia antara kami berdua, sama menyimpan
cita2 dan tidak pernah berkira. Daripada die raku belajo banyak pasai kereta
dan bela motor. Dia motor RXZ (merah) aku moto Panther (hijau)….
Yang paling besh apabila isteri kami juga
berkawan baik. Dulu mana ader aku, mesti ader dier dalam apa jua aktiviti
daerah….. He2 jgn citer ngan orang tau sebab kami kawen berkongsi baju Melayu.
(Tapi dia kawen aku tak pi sebab sen tadak) tapi maser aku nak kawen dia bawa
aku ke rumah tunang aku untuk hantar barang kawen (he…he…siap tong2 duit nak
turun KK sebab gaji ciput) Sebab dia lebih muda daripada aku; aku anggap dia
cam adik aku jer …..
Paling besh dalam hidup aku apabila aku berjaya
memujuknya sambung belajar setelah berminggu2 memaki hamun, menkaunseling dan
dia memberi persetujuan di tepi longkang depan rumah aku. Sangat besh….dia
sambung belajar PKPG twin program dengan UUM. Maser tu aku still nak
menghabihkan DPA. Part paling perit dalam hidup aku ialah apabila aku tak boleh
nak bantu dia dengan wang ringgit Cuma sekadar nasihat apabila dia sambung
belajar, gaji separuh dan jumlah potongan telah menyebabkan dia dah tak
bergaji. Tapi aper yang paling aku terharu sehingga meleleh air mater jantan;
ayat dia yang dia akan kenang aku sehingga ke akhir hayat yang akulah orang
yang mem buka lembaran baru dalam hidup dia walaupun result SPM dia tak baguih.
Yang tambah aku sedih apabila dia cerita kisah bapa dia ajak pi naik motor
kelilin kampong …. Siap kali jumpa org kampong dok peleceh dia
“Hang tengok anak aku, dulu maser aku suh
ngaji dia tak mau; la ni dah besaq dok seboq nak ngaji kat Sintok….”
Sahabat aku cukup malu biler pak dia usung
dia keliling kampong. Tapi aku dok nasihat kat dier, tu bukan sindir tapi cara
orang tua nak berbangga sebab anak dia dpt ngaji kat U… anak pertama plak.
Hmmmm akhir Not paham maksud ayah dia.
Tak lama kendian, dia habeh blajaq. Kendian
dia sambung buat Master. Aku tak buat master lagi. Dia dapat tawaran jadi
lecturer kat Kolej Komuniti dan bermulalah kami berpisah. Aku di Selangot dan
dia kat Sungai Petani. Mereka berpindah dan aku mulai tidak mempunyai sahabat.
Walaupun begitu, persahabatan masih terjalin dan aku faham dia semakin sibuk
kerana dia seorang Ketua Jabatan di Kolej Komuniti tersebut dengan Gred DG48.
Aku akan sentiasa doakan yang kawan aku ini aku terus Berjaya dan terus Berjaya.
Hmmm…. Ader satu yang paling aku benci
tentang dia dulu ialah….sibuk nak jadi askar dan sanggup berenti cikgu kalu
dapat jadi askar. Tak dapat jadi askar, dapat jadi wataniah pun jadiler. ….pergh…panaz….tak
der kerja laen ker….
Dia pergi aku berpindah ke organisasi
sekarang. Mencari pengalaman baru.
Sementara itu aku sambung belajo di UiTM…buat degree dan Master….kawan????
Ader tapi sahabat masih belum ditemui. Di organisasi baru ni; aku berkenalan
dengan seorang ustaz yang baik. Aku mula nak berkawan dengan dia dan mula
belajar bersahabat. Mula berkongsi masalah, mula berkongsi pendapat dan
sentiasa bertukar2 fikiran.
Namun kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah
hari. Orang yang banyak menasihati aku, banyak mentarbiahkan aku, banyak,
banyak kaunsel aku maser tengah kesedihan; telah sanggup menikam aku daripada
belakang. Kata2 dia di pantry begitu menghiris perasan dan akan aku ingat
sampai bila2.
“Aku terpaksa lakukan perkara ini kepada kau
kerana kalau aku tak buat perkara itu; aku sebenanrnya menganiaya diri aku dan
isteri aku. Tak kan aku dan isteri aku yang terpaksa bersusah payah plak …..”
Ayat itulah yang menyebabkan aku tidak boleh
berfikiran waras kerana seorang kawan yang aku mulai anggap sebagai sahabat
sanggup menikam dan mengelurkan perkataan tersebut. Pergh…. Ternoktahlah suatu
persahabatan……Aku kembali lone ranger…. Aku perlu belajar semula mengenal
manusia dan bersikap prejudis terhadap semua orang yang ingin berkawan dengan
aku. Streotype telah bermula……
Setelah berpindah ke bangunan baru, aku jadi
seorang yang terlalu menilai kawan apatah lagi pada maser itu berlaku dalam
penstrukturan dan pada masa ini aku lihat semua orang dengan perangai masing2.
Alhamdulillah….siapa sangka tetiba aku dapat berpindah department sebaik sahaja
aku selesai Master aku. Beshnyer dapat meninggal datu department yang
berkumpulnya kawan2 yang hipokrit.
Dalam pada masa yang sama, adik2 aku sudah
besar2. Barulah aku perasan, aku bukanlah abang yang menjadi favoritisme dalam
kalangan adik beradik. Ngapa ya….yang pastinya aku hanya akan diIibatkan apabila
berlaku masalah. Kalau tidak …hmmmm entah ler…. Aku jadi hidup aku semakin
kosong….dah ler anak tak der, kawan baik tak der. Orang umah aku ader sahabat
baik dia sejak di sekolah menengah tempat dia berkongsi masalah. Aku…. Ntah tak
der saper2.
Ader kawan yang samer belajo master hanya
akan hubungi aku apabila ader perkara yang ingin diminta tolong. Kalau tidak,
sms ker; telefon… haram dia balas atau angkat. Kalau balas pun pendek2 cam x
nak bercakap. Tapi kalu perlukan pertolongan, tak kira tengah malam; subuh
buta, tengah hari….dia akan telefon atau sms. Entahler….ini lah yang aku cakap
perkara aku paling tidak minat iaitu berkawan kerana hidden agenda. Tak
bolehkah kalau taka der aper2 yang perlu kau minta tolong, kita berkawan cam
biasa, telefon berborak sekali sekala…sms balas…barulah itu namanya seorang kawan
yang baik. Bukankah tidak seronok kalau kalau rakan kita bersifat prejudis…..apabila
nama kita appear kat hp rakan….dia akan berkata
“ Hmmm, ni ader ler nak minta tolong ler….”
·
Kebiasaannya kalu aku dah cap kawan jenis
cenggini, alamat ler, nombor dia akan aku delete ler gamaknya….kawan yang tak
ikhlas…
Dua tahun lepas ada seorang member baru
ditawarkan bekerja di opis aku. Aku tak amek port sangat kat dia sebab aku malas
nak baik sangat dengan orang. Aku malas peristiwa hitam berulang semula. Tetapi
setiap hari aku raser sangat tak besh dok kat bilik baru di department baru,
Hari2 citer pasal anak….anak….anak…..padahal satu bilik tu semuanya lelaki.
Kekadang ader kater2 mereka yang menghiris perasan bagi orang yang tak der anak
cam aku.
Suatu hari aku perasan yang budak baru ni,
walau pun perangai macam bebudak tapi kadang2 kata2 dia macam orang yang cukup
berpengalaman. Lama aku perati dia tapi dia tak perasan. Aku raser dia boley
dijadikan kawan baru sebab ader sekali dia menasihati aku tentang anak….
Kepantangan aku ialah apabila orang sekolahkan aku dan aku boleh terpana, maka
aku akan berusaha berbaik dengan dia dan akan menilai dia. Entah…itulah
perangai aku sejak di bangku sekolah. There must something special about this
guy….do not judge a book with it’s cover…..
Jadi salam perkenalan dengan bersalam dengan
dia tapi aku akan garu tapak tangan dia…..Tak lama kemudian kami berkawan, dia
ader mempunyai beberapa ciri dengan sahabat baik aku di Sungai Petani.
Yang paling ku benci,,,,dia ni asyik nak jadi
Imigresen padahal dah ader kerja tetap….pergh panaz…
Aku mulai berkawan baik dengan dia, banyak
perkara yang aku berkongsi dengan dia tapi dia ,,,,,….,; dia banyak menasihati
aku dan menkaunsel aku biler ader problem espc bile aku stress pasal x
der anak. Aku mulai nak mencuba berkongsi suka duka hidup aku dengan dia sebab
perangai dia yang suka ajar aku tentang computer, tentang kereta mengingatkan
aku tentang sahabat aku Not. Dia tak kedekut ilmu dan bile raku ader masalah,
dia adalah pendengar yang setia.
Aku mulai menganggap dia seperti adik aku
walaupun aku tau dia tak pernah anggap aku cam abang dia (he2…..mungkin sebab
dia anak sulung kot). Tak pe lah as long aku boleh jadikan sahabat baik aku
seperti aku dengan Not. Oleh itu aku paksa dia sambung belajo dan alhamdulillah,
sejarah Not berulang kembali kepada adik aku ini. Rasa bangga apabila aku
memegang surat tawaran dia menyambung belajar OM di UiTM (raser cam bapak2 la
sangat). Biler dia nak peksa, aku plak yang risau. Selain daripada orang rumah
aku, dia adalah anatar orang yang sanggup aku baca Yassin dan solat hajat
supaya lulus ngan cemerlang….kan aku cakap dah cam bapak2 plak biler anak amek
periksa.
Setelah setahun aku berkawan dengan dia, aku mulai
sedar bahawa ……
Sedar bahawa...?
ReplyDeleteSorry la bro sibuk tanya. Aku feeling baca cerita kau sbb aku pun mcm kau. Naturally I'm curious as to the ending of your story.
Ha...ha...ha... dah lama tak nulih .... kerja banyak giler.... nanti kalu free akan tulih balik....
ReplyDelete