Tuesday, October 23, 2012

O&G



Minggu ni aku  ada mesyuarat penting di Best Western Marina Island Resort Pangkor, Telu Muroh, Lumut Perak. Masuk mulai hari Ahad dan dijangka akan tamat pada tengah hari Rabu ni.  Terkejut juga bila tulis hotel di Pangkor tapi terletak di Lumut Perak. Tapi apabila sampai ke kawasan ini, pergh…. Rasa tak menyesal berkampung di hotel  ini. Rupanya hotel ini terletak di atas pulau buatan manusia @ pulau yang ditambak di atas laut. Besh giler tapi kekadang cua gak takut-taku mana tau tetiba tsunami datang plak.

Dalam pada selesai makan tengah hari kat sini, tetiba terdengar ader orang panggil namaku. Apabila aku lihat sahaja, perghhh….kawan lama maser form six dulu. Dengan pakaian overall dia, sekali imbas aku dah tau dia mesti kerja kat oil & gas. Last aku jumpa dia last month rasanya; masa tu dia tengah uruskan jenazah bekas isteri dia. Actually, his ex-wife was also my best friend during my form six life at SMKKKB.

Terkejut gak apabila dia bagitau yang dia dah lebih one year stay kat hotel tersebut. Syarikat oil & gas yang support tempat tinggal tersebut. Dia cerita bahawa dia layak menyewa sebuah rumah RM 5 000 sebulan. Idea dia dan rakan-rakan stay kat hotel rasanya bijak gak sebab di hotel everything  dah ada. Pergi kerja sahaja, ada room service datang kemaskan bilik. Nak makan, turun ke bawah tak payah nak fikir tentang nak masak. Nak keluar peluh, turun bawah pergi gym dan lepas tu pi mandi kat kolam. Kekadang terfikir dalam kepala ni, agaknya berapalah gaji orang yang kerja O & G ni ????? 

Sebenarnya adik aku sendiri pun kerja O&G di off shore Terengganu. Yang aku tengok, after two months dia kerja; dia boleh beli kereta second secara cash RM 35k. Maknanya lebat jugak kerja O&G ni kan. Hmm…sebenarnya bukan gaji orang yang aku nak sibukkan tetapi yang aku nak share ialah profession baru yang tak ramai sangat guru menggalakkan anak murid ceburinya.

Malam itu masa hang out dengan member aku, dia cerita tentang peluang yang luas jika ada anak muda ingin menceburi bidang O&G ini. Dia sendiri pernah bertugas di Sudan selama 4 tahun. Kata dia ada yang bekerja kat on-shore dan ada yang bertugas di off-shore (pelantar kat tengah laut). Adik aku sendiri dahulu pernah bertugas di tengah hutan Palembang untuk mencari minyak dan sekarang dia tengah bertugas kat tengah Laut China Selatan.

Rasanya sudah tiba masanya guru-guru menyebarkan profession ini kepada murid-murid kita selain daripada memupuk minat mereka hanya untuk bertugas dalam sector kerajaan sahaja. Masih teringat kat sekolah dulu; cikgu asyik tanamkan minat dan cita-cita murid-murid untuk jadi askar, polis, cikgu, doctor, bomba, pilot dan peguam. Ini sahajalah yang diajar sampai tak terfikir kerja yang lain. Berhempas pulaslah nak kejar kerja-kerja ni sampai terlupa di dunia ni masih ada banyak kerja lain yang hebat-hebat seperti chef, shipping, akuantan, saintis, designer, innovator dan penyampai radio dan televisyen.

Yang penting, mentality untuk memandang sector kerajaan sahaja yang hebat sudah boleh dilupakan kerana bidang swasta sebenanrnya terlalu banyak yang boleh menjadikan murid-murid kita jadi insan yang Berjaya. Yang penting belajar betul-betul dan kaunselor di sekolah adakan program kerjaya yang lebih kerap dan murid-murid faham bahawa di luar itu nanti terlalu banyak peluang kerja ya yang menjanjikan peluang pekerjaan yang menjamin kehidupan.

No comments:

Post a Comment