Jam sudah
menunjukkan pukul 1.00 pagi dan mata ini masih belum mengantuk. Ntah mengapa
tetiba aku terasa ingin berbicara. Sudah agak lama tidak mencoret sudah
pasti banyak perkara ingin diluahkan di
atas paparan blogku ni. Malam ini aku tersentak dan amat terasa apabila terbaca
sesuatu di fb seorang rakan. FB itu mengajar aku banyak perkara tentang erti
suatu persahabatan. Maksud rakan di mata kita dan maksud erti persahabatan di
mata rakan kita sendiri.
Sejujurnya….,.
semenjak dari kecil aku memang tidak pernah mempunyai sebarang kawan. Mungkin
kerana sudah lumrah perangaiku yang pendiam dan lambat untuk warm up
menyebabkan aku tidak digemari oleh mana-mana rakan. Semasa di darjah satu, aku
ada seorang kawan yang setiap pagi akan bertukar roti canai yang terendam dalam
kuah kari kepadaku kerana dia sudah bosan asyik makan roti canai kerana ayahnya
mempunyai restoran roti canai. Walau bagaimanapun dia dengan kawan-kawan lain akan
bermain dan aku stay sendirian.
Dua tahun di Sabah,
aku masih belum lagi bertemu dengan sebarang rakan. Adapun rakan bernama Azmi
tetapi kesihatannya tidak mengizinkan dan selalu tidak boleh kloa bermain.
Akhirnya aku hanya pandai bertenggek di atas pokok jambu batu sambil
menghabiskan buah jambu dari yang kelat hingga yang dah berulat. Di Sabah, aku
banyak menghabiskan masa di kebun sayur ibu di belakang rumah atau bagi ayam
makan atau main sorang-sorang di bukit berhampiran tasik. Di sana aku memasang
angan-angan untuk menjadi pengembara di padang pasir dan cita-citaku ingin
menjarah pyramid.
Pindah ke Melaka
semasa darjah 4, tiada orang mahu berkawan dengan ku. Aku habiskan masa di
sekolah dengan menyiram pokok sayur di belakang kantin sekolah(masa itu sekolah
diwajibkan menjalankan program buku hijau) dan duduk terperuk di dalam library
membaca buku. Sikap aku yang terlalu pembersih juga menyebabkan aku tidak suka
bermain seperti orang lain. Masakan tidak, di leher terdapat sapu tangan supaya
kolar baju supaya tidak berdaki. Mudah sahaja nak cari aku, kalau tidak di
bawah pokok tengok orang bermain, pasti aku akan berada di library dengan buku
Nodi, Tom Sawyer, Hikayat 1001 Malam dan Gulliver’s Travel. Petang aku akan
habiskan masa di tepi pantai mengutip kepah untuk dimasak (rumah aku
berhampiran dengan pantai) atau sibuk menanam ubi dan bayam di belakang rumah.
Nak main dengan jiran, abah tak bagi sebab takut kami bergaduh atau masuk rumah
orang. Hmmm….saper tak kenal adik beradik aku masa dulu, terkenal dengan
anak-anak yang baik hasil “didikan” abah yang tak bagi kami bercampur dengan
anak orang lain takut kami membuat onar di rumah orang.
Semasa di darjah 5
aku cuba berkawan dengan seorang kawan yang sangat tinggi….he2. Mafirihan
namanya. Sangat baik dengan aku ….tapi tak lama kami dapat berkawan sebab
Mafirihan asyik demam dan akhir sekali kami diberitahu oleh guru kelas kelas
bahawa dia mengidap lukemia. Arghhh penyakit apa itu….alhamdulillah berkat
pembacaan di library slalu; aku tau bahawa penyakit itu amat merbahaya dan aku
tau kawanku ini tidak lama. Apatah lagi pada masa itu, setiap kali aku datang
melawat dia di belakang rumah kedai yang menjual jeruk betik, ibunya asyik
mendemah dengan daun sirih yang dilayur atas asap kemenyan. Akhirnya, kawan
yang hendak dijadikan rakan, kembali juga ke rahmatullah. Aku habiskan dunia
sekolah rendah tanpa ada seorang pun kawan baik……Dahsyatkan….
Tamat di sekolah
rendah, aku ditawarkan ke asrama penuh di negeri penuh adat. Pergh….5 tahun di
sana aku tetap belajar sendiri. Aku adalah student yang tidak dikenali oleh
rakan-rakan. Ha2 senang sahaja nak tau korang dikenali di asrama ataupun tidak
ialah adakah korang ader nick name ataupun tidak. Aku ….x der…. yang ader nama
yang aku cipta sendiri disebab aku mula minat menulis. Kenapa menulis sebab aku
seorang dan tiada ada apa kerja yang boleh diisi selain daripada menulis. Kalau
ader pun kawan di sekolah…. cukup dua tiga bulan mereka akan chow sebab aku
seorang yang pendiam, x happening dan yang penting x der aper pun yang besh pun
ttg aku. Hmmm….
Lagi satu kumpulan
yang mahu berkawan dengan aku sebab mempunyai hidden agenda; di sinilah aku
belajar mengenal manusia yang berkawan dengan aku bukan kerana ingin bersahabat
tetapi tidak lebih dari ingin menggunakan aku demi kepentingan mereka. Sikap
hipokrit itu menyebabkan aku mula berfikir bahawa lebih baik aku menganggap
mereka sebagai kawan yang easy come easy go….. Selesai 5 tahun, aku masih belum
bertemu mana-mana kawan yang boleh begelar sahabat. Kah2 terbukti
sekarang…persahabatan di dalam alumni sendiri sekarang menjelaskan siapa diri
ini di mata batch aku….Semasa Form 4 dan Form 5; senang sahaja nak cari aku,
kat bilik percetakan, bilik redaksi ataupun di makmal computer sampai pukul 4 –
5 pagi ….sorang2….
He2…orang panggil
aku pada sebelah malam untuk satu ahaja…..jeng…jeng…jeng…. tukang hantar mereka
balik ke asrama sebab mereka takut….baru aku tau yang aku ni sorang yang berani
di asrama. Orang citer hantu aku buat derk shj. Kamu pernah mencangkung kat
belakang dewan makan yang depa kater berhantu nak tengok naper anjing ramai2
menyalak… sorang2 tu. Aku pernah lepak depan gym yang depa kater ader hantu
yang lompat kat atas tilam. Aku pernah sorang2 baring kat grand stand sambil
bakar kertas yang aku lipat macam kipas dan sok malam ustaz @ warden buat
bacaan Yasin sebab Nampak penanggal kat padang yang berterbangan.
Form six dua tahun,
aku ingin mengubah cara dan corak kehidupan. Aku mula membuka cara dan corak
penghidupan. Aku mula belajar untuk berkawan namun masih lagi sia-sia untuk
mancari sahabat.Aku belajar sesuatu…..kelemahan aku yang paling nyata ialah aku
mudah kasihan dengan orang. Dalam usaha aku ingin berkawan dan mencari sahabat,
aku rela berkorban untuk kawan hatta aku sanggup mengenepikan hak dan
kepentingan diri sendiri, Demi persahabatan, aku sanggup luangkan masa dan wang
ringgit kepada kawan-kawan. Aku tak kisah, apa sahaja mintaklah, aku sanggup
berkorban biarkan aku tahu aku yag akan menderita. Kenapa….sebab aku mahu
mencari sahabat dan bukan rakan atau kawan.
Malangnya, kelemahan
inilah yang ambil kesempatan oleh rakan-rakan. Ramai yang menikam belakang,
yang berkawan tanpa keikhlasan dan paling penting sanggup menganiayaku. Mudah
sahaja untuk menilai erti suatu persahabatan, semasa memerlukan aku….telefon
akan berdering ajak kloa kerana ada sesuatu yang inginkan dan setelah selesai
apa yang diinginkan,,,,apabila aku minta tolong….panggilan telefon pasti tidak
akan berjawab. Akhirnya aku tersedar dan berjanji akan memastikan yang aku
tidak terkena lagi. Arghhh….desperatenya untuk mencari sahabat. Habis form six
…still I do not have any bff. Akhirnya semua membuat haluan masing2….Sahabat…..ntah
di mana????
No comments:
Post a Comment