Sunday, June 3, 2012

Kaunselor - Part 1


Semalam saya terjumpa dengan seorang kawan lama. Tengok mood dia tak berapa baik sangat. Tanya dengan dia apahal macam blur jer. Selepas dipujuk barulah dia nak bercerita ngan saya. Sebenarnya dia tengah tunggu panggilan telefon adik dia. Adik dia janji nak call pasal trip diaorang nak ke TC. Tapi adik dia tak dapat dihubungi nak confirm sama ada jadi atau tidak nak pergi ke TC tu…

Apalah...tak dapat pi TC pun dah nak emo....

Dapat plak naik bot cenggini...puh kasi bara ngan kawan yang tak dapat pi TC
 
Tanya gak ngan dia, tak kan sampai bengang giler pasal tak dapat pi TC…Rupa-rupanya depa dua beradik dah planning sejak awal tahun lagi jadi dia dah simpan duit untuk pergi ke TC. Dia teringin nak pi TC sebab tak pernah pergi dan adik dia dah biasa pi saner kot. Hmmm….. patut ler dia panaz sebab dah siap simpan duit, planning dah lama sebab maser ni sahaja dia boley bercuti dan yang penting dia dia dah set dalam minda yang this week memang depa akan menuju ke TC nak release tension.

Kalau camni memey ler boley release tension
 
Apabila tengok dia down sangat, saya cuba kasi up dia punyer mood…pergh try nak jadi kaunselor plak. Pergh…ni ler biler berkawan dgn Hj Roslan dan abang Rosli…dedua tu kaunselor, saya pun dah ikut nak jadi kaunselor. Jadi, sian tengok dia, so kasi motivate sket supaya dia tahu tak semua yang dirancang itu Allah akan perkenankan.
Tak tinggal dgn adik ker? Tak…habeh tu naper tak telefon jadi ker tak jadi pergi….hmmm….dia kata dia dah pesan kat adik dia kalau jadi suruh call, kalau tak jadi pun call jugak sebab dia nak ubah plan lain jika tak jadi sebab dia tak suka menunggu. (Padahal dia sanggup menunggu dari hari Jumaat – petang Sabtu).

Dapat plak berehat kat teluk cemni...tu yang dia tertunggu-tunggu tu...

Dapat plak baring atas batu ni sambil tunggu matahari terbenam...

Saya nasihat cukup mudah, mungkin adik kau ader kerja lain kot, sakit kot, atau hp dia rosak ker, atau mood dia tak bagus kot, atau habis credit nak call ker atau dia terlupa sebab ada plan lain ngan kengkawan dia. Anggap semua perkara itu mudah dan pasti ader jawapan. Tentang dia dah planning sampai berbulan-bulan, saya cakap mudah. Sebagai manusia, kita memang suka dan digalakkan merancang. Dah merancang berdoa agar apa yang kita rancang akan diperkenankan oleh Allah. Tak semua benda yang kita rancang Allah akan perkenankan. Kalau kita dah set awal-awal, kita tak kan frust sangat.

Ingat bro...frust camner pun jgn terjun dari atas batu yer...
 
Saya bagitau dia, saya selalu berpegang teguh ngan prinsip saya, kalau dah merancang, jangan terlalmpau berharap kerana belum pasti semua akan tertunai. Ingat tak post saya sebelum ni pasal cecikgu yang saya harap sangat akan bantu memudahkan kerja saya tapi malangnya tak berbuat demikian dalam sumbangan PIBG, tu yang saya jadi marah sangat sebab saya terlupa akan prinsip saya. Mudah, set in our mind, we can plan for the future but the result only Allah s.w.t knows. Itu lah yang saya pegang setelah 16 tahun kawin still taka der baby. Planning but only Alalh knows. Jadi jangan blur ngan down sangat dowh setakat tak plan lamer tapi tak dapat nak pi TC. 

Dapat plak ronda kat TC naik bot camni...tu yang member hangen tu,,,


Yang penting, biler ko jumpa adik ko balik nanti, Tanya dia pasal aper, maybe dia memang tak nak pergi ngan ko sebab dia dah ader planning lain. Dan sebab dia tak pandai nak menolak kerana dia tak nak kecikkan hati ko atau maybe reasons lain ; dia sahaja yang tahu naper, yang penting let by be by gone. Just explainkan kat dia, next time kalu tak nak, berani berkata tidak. Kalau tak nak pergi, cakap awal-awal. Apa nak stress, naper nak hot, diakan adik ko jugak….

Cannoeing boley mereleasekan tension dan stress...

Hmm….dia senyum sikit dan faham rasernya kaunseling saya. Maka selesailah tanggungjawab saya sebagai kaunselor kepada seorang rakan semoga dia dapat up balik motivasi dia next week. Nanti saya ceritakan satu lagi saya kes yang saya bertindak sebagai kaunselor peribadi…Ha3 …nanti nak Tanya haji Roslan, dah boleh kira ke masa untuk jadi kaunselor organisasi. 

Perghh... beshnyer kalu dapat pegang menatang ni...

No comments:

Post a Comment