Sunday, June 3, 2012

Antara VIOS dan VAIO...

Petang ni saya nak berkongsi ngan korang dua perkara di atas. Citer ni tak bermaksud nak belagak tapi terpanggil untuk bercerita sebab malam tadi maser outing ngan adik dia tanya pasal hadiah aper yang terbaik pernah saya bagi kat orang umah. Pergh... adik saya dah menunjuk petanda nak berlaki sebab sibuk nak tanya hadiah apa yang paling berharga nak bagi kat suami. Jadi layanz kan sahaja.

Pergi Fraser pun dah boley anggap hadiah ler pak cik...


Sembang tentang hadiah birthday, sebenonya every year kita orang kena sediakan dua hadiah, satu untuk sambut birthday, satu lagi untuk sambut anniversary. Normally, anniversary more dalam bentuk makan atau outing manakala birthday dalam bentuk present. Last year punya anniversary, sambut new year kat Melaka, this year depends on budget. Orang umah punya wish sampai sekarang tak bley nak fulfill ialah dia nak makan kat restoran berputar, Menara KL. No way man, selagi ko tak makan banyak, jangan harap nak pi saner, bukan pasal duit tapi pasal dia makan ciput, bazir ler pi makan kat atas, baik makan kat kedai mamak, every 15 minutes, alih kerusi ikut penjuru meja (ha...ha...ha...saya pernah buat dah lastly kitaorang gaduh sb dia kater saya x matured).

Dia teringin nak tengok KL pada waktu malam camni kot...


Tentang birthday present, tahun pertama kahwin, saya belikan hadiah untuk dia tahun 1997, maser sengkek giler, ingat lagi balik dari kuliah kat Jalan Othman (maser tu buat DPA), singgah kat Makro (hmmm...sekarang maner ntah Makro pergi), balut cantik-cantik buat surprise; malam tu kami gaduh sebab dia tak terima hadiah tu yang harganya dalam RM 18.90...korang tau saya beli aper....penimbang tepung nak buat kuih raya warna merah yang saya jumpa kat Aras 2...ha3... dia kata hadiah paling bengong...sebenornye ada dua sebab saya beli; 1. duit tak der dan saya memang spesis kedekut hatta ngan bini sendiri dan yang kedua, memang dah lama nak beli penimbang tu sejak saya bujang dan nanti maser rayer bley kasi mak pinjam sebab dia suka buat biskut raya ...ha3 (jangan bagitau orang umah sebab dia tak pandai nak bacer blog saya ni....)

Baiklah, saya akan cerita kat Mak Ngah taktik pak cik ...kalau tak bagi duit raya lebih tahun ni...


Hadiah anniversary yang paling bengong saya beli ialah baju kameja...saya cakap kat dia yangsaya suka tengok dia pakai baju kameja cam citer orang putih, ha3...dia punya marah...mener ustazah bley pakai baju kameja lelaki, dia tak mau, jadi daripada membazir, saya cakap baik saya yang gunakan (ha3...sebenonye maser cari hadiah untuk anniversary ternampak baju kerja yang sgt cantik tapi maser tu maner ader duit so gunakan taktik giler ni dan menjadi...)

Antara perangai saya yang dia cakap x matured..sambil drive boley duduk dengan penuh tertib...

Tapi setelah gaji mulai naik, dan saya dah matured sket jer (sebab orang kater saya sampai skrang x matured ca.m budak sekolah menengah, masih mlompat kat dalam umah ...ha3 patut ler x der anak kata dia), hadiah telah mulai berubah. Ada sekali saya beli pendant loket semasa pergi mesyuarat di De Palma Ampang masa semak buku sastera kanak-kanak...besh sangat maser terima (pergh...pompuan tetap dgn emas), ader sekali tu dia giler tengok citer Korea dan teringin nak pakai gelang kaki, saya cari dan beli harga gelang kaki perak berloceng kat Kota Bharu yang harganya seratus lebih; tapi bila balik dia tak nak pakai sebab dia kata pompuan tak boley pakai benda yang berbunyi...hukumnya haram...mana ntah dia campak rantai kaki tu.




Kereta VIOS yang saya belikan untuk dia last year ...tapi saya yang guna Ha2


Dan yang terakhir, tahun lepas sempena birthday dia saya belikan VIOS dan yang beshnyer dapat keter maser hari birthday dia. He3...tapi selalu bising sebab hadiah birthday dia, saya yang gunakan. Memanglah, ader ker hari tu maser first day sekolah dia balun keter orang...pergh panaz tengok keter VIOS kesayanganku bercalor. Tahun ni plak sempena birthday dia saya belikan lappy Sony VAIO walaupun pada asalnya dia minta IPad dan kendian tukar kepada netbook. Malangnya masa tarikh hari jadi dia 28 April 2012, semua perancangan tak berjaya sebab tak boley masuk KL kerana ader BERSIH 3.0; itu yang sampai sekarang saya hangen pada BERSIH ni yang banyak merosakkan program orang...Hu...hu...hu...
Sony VAIO yang dipilih oleh adik saya untuk dihadiahkan kat orang umah saya...

No comments:

Post a Comment