Saturday, June 9, 2012

Hectic Week


Bermula kesibukan dari program di Sungai Dorani Resort Sabak Bernam...
 
This week ialah minggu yang paling memenatkan bagi diri ini. Actually minggu yang memenatkan bermula sejak dua minggu yang lepas dan this week dan next week ialah minggu puncak kerja bagi setengah tahun pertama. Rasa cam dah tak larat sangat…

 
Beshnyer dapat pergi ke sekolah saya semasa Tahun 1 dahulu....(Kelas1D) 
 
Bermula daripada persiapan untuk mesyuarat perhubungan dan pendaftaran bagi meluluskan sumbangan PIBG dan pendaftaran PIBG di Sungai Dorani Resort, saya dah bercekang mata dan balik dari pejabat pada pukul 11.30 malam. Pagi pukul 5.00 pagi dah mula buka mata. Di Sungai Dorani, hampir kebanyakan sekolah terpaksa dikuiri akibat tidak memenuhi kehendak jabatan.

Hmmm...banyaknya kerja nak kena settle ni...

 Kemudian balik hantar isteri kat kampong. Ikut hati malas nak hantar dia balik kampong tapi ini dah niat hati apabila kami tak jadi minta tukar dan buat rumah di kampong, setiap kali cuti sekolah yang panjang; biar orang umah duduk di sana dan berkhidmat dengan ibunya. Kalau cuti pendek, setiap bulan mesti balik kampong bersihkan rumah. Walaupun jauh namun hati rasa senang dapat berkhidmat dengan ibu mentua sementara ada. 


Salah satu kerja kat kampung, kemas belakang rumah...

Ntah esok ntah lusa, kalau kita dah taka der, tak terasa sangat. At least, mak mentua akan menyebut bahawa saya salah seorang menantunya yang ada hati perut. Walaupun ambil anak perempuan bongsunya namun masih beri kebenaran dia berkhidmat kepada ibunya yang uzur. Kisah seorang cikgu yang menjadi idola saya, Cikgu Kamil (suami Cikgu Rusmawati) tetap menjadi teladan. Anak lelaki bongsu yang menghabiskan masanya dengan membela ibunya yang mengalami strok dengan membela ibunya walhal anak perempuan masih ramai. Cikgu Rusmawati sanggup tinggal di pondok kecil dan tidak pernah kisah tentang keselesaan bagi memastikan suaminya dapat membela ibunya yang uzur di sebelah pondok tempat mereka tinggal. Nah, selepas ibunya tinggal, cikgu Kamil puas hati dan Alhamdulillah saya lihat semua anaknya Berjaya dan amat menghormati kedua ibu bapa mereka.


Sesekali melawat apak hilang juga kerinduanku padanya. Apak...rindu style kau ajak menantu pi Kuale...
 
Kalau nak rasa terkilan, sampai sekarang masih terasa terkilan tak dapat memenuhi kehendak pak mentua yang teringin sangat nak ajak saya pi Kuala Muda Kedah untuk melawat sanak saudara dia di sana. Bukan tak nak pergi tetapi maser tu still belajar lagi, duit hanya cukup makan. Tak sampai hari ke sepuluh, makan mulai disukat kerana duit habis untuk bayar bil sahaja. Itu sebab, selepas apak meninggal, rasa terkilan tersebut tak pernah hilang.

Meredah PLUS menuju ke Johor Bharu untuk ziarah atok...

 Last Tuesday saya terpaksa rush ke Johor Bharu untuk melawat atok yang admitted kat CCU Hospital Sultanah Aminah. Perjalanan 850 km yang terpaksa diharungi dari pukul 7.00 pagi dan selamat kembali pada pukul 11.45 malam hari yang sama. Walaupun penat namun lega dapat bertemu dengan atuk. Alhamdulillah, datuk dah kembali sihat walaupun pada awalnya kami difahamkan bahawa peluang datuk untuk survive ialah 30 : 50. Itu jangkauan doctor termasuk pak cik kami yang juga merupakan seorang doctor. Apabila dia memaklumkan bahawa semua anak diminta pulang untuk melawat atuk sebelum apa-apa terjadi. Alhamdulillah, semalam atuk dah discharged dari hospital dan sekarang stay kat umah pak cik yang doctor untuk pemanatauan. Hmm…doctor pun tak jadi nak masukkan (pacemaker ) bateri sebab jantung dia boleh pam sendiri. Thank you Allah.


Alhamdulillah datuk dah sihat semula...Ni maser majlis kawen sepupu last yer...

Dalam pada masa yang sama, saya juga kena uruskan Perayaan Hari Guru peringkat daerah. Sebagai setiausaha, kerja nak dilakukan bukan sedikit dengan masa yang amat kritikal. Nanti saya ceritakan marah saya no 4 yang berkaitan dengan sambutan hari guru tersebut. Ughh… banyak tempat dan banyak kerja terpaksa dikejar pada saat yang amat tersibuk ni. Hari guru peringkat daerah bukan kerja yang boleh dibuat main-main sebab impaknya amat tinggi sekali. Kalau tak Berjaya, malunya akan diterima oleh Tuan PPD apatah lagi ini Hari Guru pertama beliau sebagai PPD kerana selama ini dia bertindak sebagai YDP MPSM.

Mesyuarat JK Pengelola Hari Guru 2012 Bil 01/2012
Dan kemuncak kepada segala kepenatan saya ialah pada 12 dan 13 Jun ini kami akan diaudit oleh Audit KPM yang khabarnya datang dari JPN Pahang. Inilah yang menjadi kemuncak kepenatanku. Apatah lagi dengan fail-fail sendiri yang terlalu banyak perlu dikemaskini, ditambahkan lagi dengan fail aduan. Mak….raser cam nak nangis ajer sebab saya tak der kerani untuk bantu. Orang lain ader yang senang boleh bercuti dan lepak dengan family serta ambil cuti yang panjang padahal saya terpaksa bersengkang mata nak siapkan fail.  Hmm….tapi saya dah tanam azam takkan merungut pada orang lain; boleh buat, saya buat, kalau tak boleh…lantok ler … tak kuase teman nak buat….

Bila penat buat kerja ISO ni cam raser nak pi golek bola boling jer...
 
ISO ni sebenarnya elok kalau organisasi tersebut mempunyai tenaga kerja yang mencukupi. Everything akan ikut sequence serta SOP tapi kalau dah semua benda kita pegang sendiri tanpa kerani, sometimes ader banyak surat tak terekod dan ader banyak maklum balas yang tak terkejo daripada sekolah. Kekadang tu apabila dah tersibuk sangat, cakap secara lisan kekadang sudah memadai tetapi dalam ISO ini tak boleh diambil kira because everything must be shown in documentation. Paperless tak pakai ma…. Kekadang tu bukannya perlu sangat malahan lebih membebankan namun dah ader dalamSOP maka terpaksalah diadakan oleh kita.

Kerja ISO dok kejar padahal preparation nak pergi sini selalu jer terlupa...
 
Apa yang penting, saya akan terus mengejar date line dan yang pastinya saya tak nak dapat OFI pada tahun ini apatah lagi kalau NCR kerana sudah menjadi budaya kerja saya; saya tak suka orang menilai kerja saya sebagai tidak mencapai PAR yang dikehendaki. Ok…chaiyo! Chaiyo! Chaiyo! Next week saya cerita hari audit ya pada semua orang…
Kalau next week kerja saya tak kena OFI @ NCR...ingat nak pi mandi kat sini ler...


No comments:

Post a Comment