Sunday, August 30, 2009

Solat Tarawikh - Bab 3

Satu benda lagi yang aku pelik masa pi solat tarawikh apabila lihat bebudak remaja ni. Depa pi masjid bukan pi nak solat tapi nak borak dan main mercun. Kalau rasa tak nak solat, napa tak pi tempat lain. Napa masjid dijadikan port untuk membuat kerja-kerja yang lagho.

Macam semalam masa aku pi masjid, ada le beberapa orang budak yang lepak kat belakang rumah tong sampah. Bercerita perkara lucah tentang perkara tak senonoh (nak cerita pun tak seronok sebab ni bulan pose). Pada masa yang sama lalu bebrapa mak cik yang membawa anak-anak mereka dan crita ini didengari oleh orang yang lalu lalang. Aku yang jantan ni pun rasa malu apatah mak cik tersebut menggeleng-geleng kepala sambil menarik anak mereka cepat-cepat.

Itu belum lagi dibantainya main mercun. Tengah kusyuk orang mendengar alunan surat imam hafiz (pergh... macam kusyuk je), POOOM mercun berbunyi. Nak tercabut jantung kita dibuatnya. Itu le yang dalam hati maki hamun bebudak tu; ntahle, sah ke tidak solat Tarawikh aku bila hati aku terdetik memaki hamun bebudak tu. Patutle aku rasa pahala aku macam sket je setiap malam.

Ada sekali tu (tahun lepas punya cerita le ni), tengah imam syok duduk baca surah; berdentum punyalah kuat mercun, naik terperanjat imam tu. Dia yang memang hafaz Quran dah kelam kabut. Nak sambung dah tak tau mana hujung, mana pangkal. Orang yang duduk kat belakang dia setakat Hafaz 6 juzuk buku Iqra'. Takde sorang yang mampu bantu imam ingatkan tempat yang dia sangkut. Akhirnya, terpaksale imam tu sambung baca surah lazim. Aku rasa, suatu hari nanti apabila ada makmum yang sakit jantung terkejut atau mati, barulah wujud larangan bermain mercun di kawasan masjid ketika orang tengah beribadat.

Apa kata Jawatankuasa Masjid tangkap bebudak tu semua, bakar mercun dan sumbat kat dalam mulut mereka. Baru depa ada akai. Sebenarnya aku bukan anti depa main mercuin, cuma tempat dan masa tak strategik langsung...

2 comments:

  1. pendapat saya, diorang pi main mercun kat mesjid sebab taknak menipu mak ayah kot. sebab depa janji nak pi mesjid kat mak dan ayah. last2 kawan ajak main mercun. takleh tolak punya. hehehe.. macam3lah budak2 sekarang.

    ReplyDelete
  2. Saya suka gak dengor bebudak main mercun sebab kita masa bebudak pun main gak. Tapi napa dimodified mercun. Raya Cina - budak Melayu putus tangan, raya Hindu - budak Melayu putus jari, raya Krismas - budak Melayu jadi buta dan bila raya Melayu - budak mana lagi kalau tak budak Melayu gak mengisi carta penghuni wad ortopedik di hospital. Viva Melayu !

    ReplyDelete