Hari ni Tanah Melayu sambut hari jadinya yang ke-52. Malaysia sambut birthday pada 16 September; ada beza ha... Aku mulakan hari ni dengan membuta selepas sahur sampai pukul 10 am. Buka mata, hari dah cerah. Rasa malas yang menjalar menyebabkan indahnya membuta pada pagi hari.
Petang nanti diarahkan ke rumah parents sebab depa ajak berbuka. Malasnya sebab tak tau nak bawa apa. Orang umah ajak pi pasar beli ayam, carrot sebab dia nak buat roti jala. Pergh, malasnya nak buat roti jala sebab kerjanya rencam + panas + selekeh satu dapur. Tak bleh ke kita pi sana cuma bawa air soya je ke atau bawa air cincau ke?
Turun bawah pi beli barang, hajat hati nak cari pisang tanduk sebab teringin nak goreng pisang tanduk tapi hampeh... Pelik ya, napa satu benda tu kalau kita cari mesti takde. Tapi kalau kita tak nak, mesti berlambak-lambak. Aku perasan sejak dari kecil lagi. Bab tunggu bas. Bila kami nak pi Masjid Tanah je, bas kontot yang ditunggu tak datang-datang. Tapi kalau tak nak pi, stiap setengah jam dia lalu.
Bercakap pasal Masjid Tanah, aku teringat lagi keenakan makan cendol mamak. Dia guna tangan dan mesin air batu dia sangat lawak. Air batu dipegang dengan papan yang telah siap berpaku. Yang pastinya paku tu dah berkarat pun tetap beli. Langsung tak peka dengan kesihatan sebab cendol punyale sedap. Lepas tu mesti mak aku ajak makan mee bandung kat gerai belakang. Sumur hidup aku, mee bandung situ le yang paling sedap yang teramat sangat.
Ada sekali tu aku makan mee bandung satu pinggan selepas tala cendol satu mangkuk. Perut macam nak pecah. Masa tunggu bas, perut dah tak tahan langsung aku muntah. Tau muntah kat mana.... muntah depan kedai buah. Yang aku dengar ah sow tu mengamuk sebab buah oren dia habeh kena muntah aku. Yang aku ingat satu lagi, masa muntah, beberapa ekor udang kloa dari mulut aku yang belum hadam. Maka... sejak ari tu aku tak bleh makan udang sebab teringat kesah udang kloa daripada perut aku. Masa aku darjah berapa ya... ???
No comments:
Post a Comment