Fuhh, lama gak tak hapdet blog. Bukannya malas tapi banyak kerja kena buat kat dissertasi. Semalam dapat balik. Conceptual frame work kena ubah lagi. Yang peningnya ialah CFW yang kena ubah tu sama je macam first time aku presented. Hari tu ubah tak nak yang tu tapi kali ini ubah balik nak macam tu. Anyway aku tak kesah sangat sebab aku tabik kat supervisor, dia punya rajin lebih rajin daripada aku. Next week husband dia nak kena operation. By pass katanya jadi dia tak bleh concentrate dengan aku punya proposal.
Setakat hari ni, aku blum buka di rumah parents. Bukan malas tapi sebabnya memang malas. Nak rush buka kat sana and then nak rush untuk tarawikh kat Masjid Bukit Sentosa. Macam mana lambat pun, aku tetap solat kat saf pertama. He... he... he... sebabnya aku solat kat sayap kiri bahagian luar. Kat dalam panas. Tahun ni tak berapa bising, budak-budak tu dah insaf ke atau sumanya dah baligh. Anyway, aku tertarik dengan Masjid Kuala Kubu Bharu (ala tempat Akil Hayyi kahwin dengan Waheeda Wassini Wassana); bebudak yang datang ditempatkan di sebuah bilik dan diberikan aktiviti. Aku tak tau plak mereka buat aktiviti apa, tido kot. Aku rasa nak pi check le apa AJK masjid tu buat.
Tapi aku ada suatu cadangan kepada semua ajk masjid kat Malaysia ni, apa kata untuk mengelakkan bebudak memekak masa orang tengah solat tarawikh, kita himpunkan bebedak ni dalam sebuah bilik yang terhebat di setiap masjid (masjid besar le) iaitu yang lebih dikenali sebagai BILIK PENGURUSAN JENAZAH. Letakkan keranda, kain kafan, bebahan mandio dan kafan mayat dan bagitau bebudak tu; sapa yang memekak masa orang solat, Imam akan masukkan dalam keranda.
Aku rasa, sok malam masjid akan senyap sebab ada dua perkara :
1. bebudak tu akan ikut solat sambil mata pandang ke arah belakang
2. pakat tak datang dan sanggup dok kat rumah tengok tv.
Jangan lupa, dalam bilik jenazah tu letakkan replika kubur dan batu nisan...
No comments:
Post a Comment