Hari ini penat gila aku dibuatnya, aku rasa orang gila pun tak penat gini. Mana taknya, hari ini kami kena berpindah ke bangunan baru. Memula kata ada kontraktor yang akan barang kami; tetiba dapat satu pengumuman yang mengatakan lori ada banyak tapi duit nak sewa lori plak takde.
Pergh.... daripada aku pening kepala, semua barang aku, masuk dalam kotak kecek, aku angkat masuk dalam keta Gen 2 aku. Sia kat absorber dia. Mau tak penat, angkat kotak dari tingkat satu, masuk keta. Parkir kat lobi bangunan baru, naik tangga ke Aras Satu yang amat tinggi. Sok cari troli nak angkat barang-barang naik Aras 3 plak.
Satu trip = 10 kotak x 5 trip = 50 kali turun dari tingkat satu dan naik ke Aras 1
Mak ai... patutle aku timbang berat badan tadi dah tinggal 80.1 kg. Minggu lepas 81.6 kg. Yahoo dah kurus, tak yah makan juz mate ...
Sok tinggal 2 trip lagi dan bermula era aku bertugas di bangunan baru...
Semalam orang umah aku merungut. Dia cakap mulut anak murid dia pun dah laser. Aku gelak je. Tugas suami mithali akan mendengar rintihan isteri walaupun kat TV tengah tayang cerita Nao Mei yang ntah aper-aper (banyak staf daripada customer kat resort tu).
Bang, tadi saya ngajor tentang sifat Allah.
Emm..
Best btoi ngajor ari ni...
Emm...
Dah puas ngajor, bagi la latihan kat bebudak tu.
Emm..
Abang ni dengar ke tak?
Dengor le ni....
Abih tu tak respon pun?
Ok...ok...
Masa buat latihan tu, adalah soalan tentang perbezaan sifat manusia dengan sifat Allah.
Aa .. aa.. aa
Allah boleh beranak, ya atau tidak. Bebudak pun tanda le tak
Aa.. aa.. aa
Ntah camner sorang budak boleh tanya tentang soalan kedua...
Aa..aa..aa
Cikgu camner nak jawab soalan kedua. Manusia ni boleh beranak ke tak. Dua-dua pun boleh jawab. Ada gak orang yang tak boleh beranak...
Kah...kah...kah...
Laser btoi le mulut budak tu bang. Baru sekolah rendah je..
Bebudak...biar le tu. Meh bagi nama penuh dia dan no surat beranak dia. Esok abang jumpa..
Argh... malas le nak sembang. Orang cita betul-betul dia buat main....
Apalah orang umah aku, dengan anak murid pun nak gado..
Kekadang rasa geram, kekadang rasa benci tengok orang Islam. Dah tak takut dengan Allah ke?
Mana taknya, masa aku nak pi solat Jumaat tadi, aku tengok ada seorang bapa dengan bangganya membawa anak menaiki motor nak pergi ke sekolah agama petang. Anak ok dah, baju putih, tudung putih, kain hijau dan tentu dalam beg penuh buku agama. Masalahnya si BAPAK budak tu ... pasal apa plak ko pakai seluar pendek. Bilal sampai pecah anak tekak laung azan, ko bleh plak dengan selamba hantar anak. Tak pegi solat Jumaat ke????
Habis solat, pergi le kat kedai makan berhampiran masjid. Nak beli lauk sebab Mrs. Isteri malas nak masak. Lagi dahsyat. Ingat tersalah masuk kedai makan Cina. Napa cakap gitu.... sebab ramainya orang lelaki dah habih makan sambil tersandar sambil isap rokok. Yang tengah makan plak berseluar pendek; tak logik plak kalu lepas makan terus makan dengan berseluar pendek.
Eloknya, tukang sebab yang sebat 3 orang pompuan yang berzina kat penjara Kajang tu datang kat sini pi libas sekali orang lelaki yang tak solat Jumaat kat sini. Arghhhh.... sebab tu orang Islam skarang makin lemah. Solat pun tak nak jaga.
Ari ni aku cuti. Lega tak yah tengok wajah member-member yang hipokrit. Duduk kat rumah, makan kuih seri muka, tulis blog, cari bahan master, dan makan kuih kasui, cari bahan lagi, makan kuih keria lagi, baca blog orang dan makan karipap, dan cari bahan dan minum milo.
Bestnya hidup aku sekarang>>> Rindu plak kat orang umah, lambat plak dia balik. Takde sapa nak aku ajak gaduh...
Ingat lagi tak kisah konspirasi politik kat opis aku? Ingat! Ok aku nak story. Masa aku tengah stress gila #$%^, tetiba ada member bagitau kat MPM ada tawarkan jawatan sebagai Pegawai Peperiksaan. Fuh, cadangan baik untuk aku cabut lari sebelum aku diperbodohkan kat opis. Palagi, aku down load borang, cari dan fotostat semua perkara secara senyap-senyap. Takut nanti ada orang tau. Kat opis aku banyak sangat yang suka jaga tepi boxer orang.
Tapi second boss aku dah dapat terhidu. Dia tau aku tengah buat kerja-kerja subversif. Dia asyik follow aku stiap kali aku berurusan dengan unit perkhidmatan. Nak tak nak, aku kena minta pengesahan daripada orang yang berlainan. Kalau tidak aku kantoi. Bukan aper, aku tak nak ada orang kacau masa aku tengah buat persediaan.
Apabila semua dah setel. benda yang paling bermasalah ialah setiap penjawat awam mesti minta kebenaran daripada ketua jabatan. Ini yang problem masalahnya. Nak kena jumpa bos! Apa justifikasi aku nak bagi, ha... (cis macam Nasir Bilal Khan punya style le plak)
Sehingga sekarang, immediate boss aku masih buat donno kat aku. Dia dah nak singkirkan aku tapi masih buat-buat tak tau. Ntah le, kekadang kita tak faham orang atasan. Apa percaturan yang dia nak buat. Nak makan ke tidak? Kalu dam haji tak makan mati jadi kena makan gak... Setiap hari aku menunggu bila dia nak pangey aku berbincang tentang pengambil alihan tugas aku dan dibagi pada budak junior 6 tahun daripada aku (6 tahun lebih junior daripada aku). Cis, aku sentap ke....
Jeng... jeng...akhirnya aku terpaksa mengadap boss. Baru nak cakap, ada je yang menyibuk masuk jumpa boss. Macam tak faham-faham orang ada personal matters. Tapi yang aku ingat, aku tanya boss.... Tuan, ari ni tuan hepi tak??? Ye le, skill aku, kalu dia trus mengadu masalah dia, aku akan angkat kaki. Bukan ape. orang yang takde mood, dia tak akan berbincang dengan tidak rasional.
Sebelum tu aku nak cita satu benda, sblum aku masuk jumpa boss, aku jumpa pegawai yang jaga bahagian perjawatan a.k.a. HR. Aku tanya soalan yang berani mati...
Aku : En. @#$, betulkan %^& telah dilantik untuk menjawat jawatan *&^?
HR : Ya, kenapa. Ko pun nak jawatan hakiki ke?
Aku : Tak, saya cuma nak tanya sahaja betul atau tidak.
HR : Betul, mulai 16 Februari 2010.
Aku : Baguslah, jadi saya nak tanya satu perkara, selepas %^& dilantik, apakah status saya di organisasi ini?
HR : Apa kena mengena dengan awak plak?
Aku : En. @#$, tau tak jawatan yang ditawarkan kepada dia ialah jawatan saya.
HR : Apa, itu jawatan kamu (jeng... jeng... jeng.... macam mana seorang yang jaga bahagian perjawatan kat opis aku bleh tak tau yang dia menawarkan seseorang personnel atas jawatan orang lain ... dia tak tau.... korang tak pelik ke? La, aku pun tak faham orang kat HR boleh buat keje macam ni)
Aku : Ya, itulah jawatan dalam surat lantikan saya. Jadi, kalu dia ambil jawatan saya, apa jawatan saya mulai 16 Feb?
HR : Sebenarnya ko kat %$%$ ni buat kerja apa ya? Aku pun tak tau. Ko bukankah latihan? (Tak berapi ke korang kalu tau orang HR tak tau kerja ko. Rasa macam sia-sia je aku belajo HR kat U dulu. Semua tipu! Dulu lecturer aku ajo, orang HR mesti tahu job spec, job discription staf dia. Baru kita tahu sama ada orang tu relevance atau tak kat organisasi tu. Ni tak tau langsung...)
Aku : Itukan kerja En. Raibah. Dia kan unit latihan. Saya punya kerja kat opis ini selama 5 tahun ialah bla...bla...bla...bla dan bla.
HR : Oooooo. Maksudnya ko ni nak jawatan saya la (Tak bara ke korang bila dengar jawapan tu)
Aku : Saya datang ni nak tau status saya.
HR : Ooo, sebenarnya ......(dia pun cerita ntah apa-apa yang tak relevan langsung)
Tetiba second bos aku nampak aku kat HR. Dia sudah dapat hidu...
HR : Sebenarnya, masa aku hantar permohonan dia ke BSM, aku tengah pening, dia asyik desak aku sebab dia nak jawatan ko. Immediate boss ko pun asyik turun naik jumpa aku. Supervisor dia pun asyik desak aku supaya bagi jawatan ko kat anak buah dia (Fuh, itu yang buat hati aku tersentak - konspirasi secara belakang-belakang).
Aku : Ok, tk
HR : Anyway aku rasa ko jangan risau. Dia buat kerja dia, ko nanti carilah apa-apa kerja yang boleh ko buat kat pejabat (aku blah dari bilik dia menuju ke bilik boss, dia ingat aku ni takde maruah kot. Dia ingat kerja kat opis ni macam kerja bertani. Sementara pokok nak membesar, pi cabut rumput. Malas aku nak dengar. Patut le orang selalu kata organisasi aku paling lembap dalam dunia - bukan aku cakap... aku terbaca dalam satu blog)
Sambung balik kat bilik boss, aku hulur le borang permohonan aku nak ke MPM. Dia terkejut bila aku nak minta kloa.
Naper?
Aku pun story le crita tu dari A - Z.
Aaa... kalu dia ambik jawatan kamu, apa jawatan kamu sekarang.... (nasib baik boss aku lebih bijak daripada HR)
Maknanya kamu dah tak berjawatan le kat sini, pelik saya. Kenapa saya sampai tak tau akan hal ini (Pelik, napa kes aku dilucutkan jawatan first boss tak tau? Aku nak percaya pada sapa....)
Takpe tuan. Saya pun dah tak de ati kat sini. Logiknya, saya ni bermasalah dan orang nak kloakan saya. (Ceh, buat drama swasta plak).
Eh, tak bleh. Lagipun tak lama lagi opis kita nak restructure balik. nanti kami appoint ko dengan jawatan baru, kamu tak bleh kloa dari sini (kembang plak bila bos cakap macam tu, rasa macam berharga plak kat opis wpun dptmen aku menyingkirkan aku)
Bila nak restructure tuan. Tahun ni ke? Saya dengar perkataan ni sejak 4 tahun lepas.
Aaaa, saya pun tak tau. Rasanya tidak kot tahun ni.
Jadi tuan, tuan sign le surat kebenaran saya ke MPM. Ini masa depan saya.
Kalu gitu kata kamu, saya terpaksa sign dengan berat hati.
Alhamdulillah, dia sign gak.
Tiba-tiba dia kol sorang officer, dia dapat tahu officer tu tgh proceed satu nama untuk satu jawatan kat opis aku. Dia nak aku potong nama orang tu dan ambil jawatan itu supaya aku tak payah minta kloa. Jadi dah dua hari dia dan officer tu asyik kol aku supaya aku ambik jawatan tu.
Jadi sekarang aku dalam dilema...
Nak minta pegawai MPM ke pegawai pemulihan..
Ughhh... aku benci betul kena buat pilihan....