Kekadang rasa geram, kekadang rasa benci tengok orang Islam. Dah tak takut dengan Allah ke?
Mana taknya, masa aku nak pi solat Jumaat tadi, aku tengok ada seorang bapa dengan bangganya membawa anak menaiki motor nak pergi ke sekolah agama petang. Anak ok dah, baju putih, tudung putih, kain hijau dan tentu dalam beg penuh buku agama. Masalahnya si BAPAK budak tu ... pasal apa plak ko pakai seluar pendek. Bilal sampai pecah anak tekak laung azan, ko bleh plak dengan selamba hantar anak. Tak pegi solat Jumaat ke????
Habis solat, pergi le kat kedai makan berhampiran masjid. Nak beli lauk sebab Mrs. Isteri malas nak masak. Lagi dahsyat. Ingat tersalah masuk kedai makan Cina. Napa cakap gitu.... sebab ramainya orang lelaki dah habih makan sambil tersandar sambil isap rokok. Yang tengah makan plak berseluar pendek; tak logik plak kalu lepas makan terus makan dengan berseluar pendek.
Eloknya, tukang sebab yang sebat 3 orang pompuan yang berzina kat penjara Kajang tu datang kat sini pi libas sekali orang lelaki yang tak solat Jumaat kat sini. Arghhhh.... sebab tu orang Islam skarang makin lemah. Solat pun tak nak jaga.
No comments:
Post a Comment