Thursday, February 18, 2010

Yang mana satu?


Ingat lagi tak kisah konspirasi politik kat opis aku? Ingat! Ok aku nak story. Masa aku tengah stress gila #$%^, tetiba ada member bagitau kat MPM ada tawarkan jawatan sebagai Pegawai Peperiksaan. Fuh, cadangan baik untuk aku cabut lari sebelum aku diperbodohkan kat opis. Palagi, aku down load borang, cari dan fotostat semua perkara secara senyap-senyap. Takut nanti ada orang tau. Kat opis aku banyak sangat yang suka jaga tepi boxer orang.

Tapi second boss aku dah dapat terhidu. Dia tau aku tengah buat kerja-kerja subversif. Dia asyik follow aku stiap kali aku berurusan dengan unit perkhidmatan. Nak tak nak, aku kena minta pengesahan daripada orang yang berlainan. Kalau tidak aku kantoi. Bukan aper, aku tak nak ada orang kacau masa aku tengah buat persediaan.

Apabila semua dah setel. benda yang paling bermasalah ialah setiap penjawat awam mesti minta kebenaran daripada ketua jabatan. Ini yang problem masalahnya. Nak kena jumpa bos! Apa justifikasi aku nak bagi, ha... (cis macam Nasir Bilal Khan punya style le plak)

Sehingga sekarang, immediate boss aku masih buat donno kat aku. Dia dah nak singkirkan aku tapi masih buat-buat tak tau. Ntah le, kekadang kita tak faham orang atasan. Apa percaturan yang dia nak buat. Nak makan ke tidak? Kalu dam haji tak makan mati jadi kena makan gak... Setiap hari aku menunggu bila dia nak pangey aku berbincang tentang pengambil alihan tugas aku dan dibagi pada budak junior 6 tahun daripada aku (6 tahun lebih junior daripada aku). Cis, aku sentap ke....

Jeng... jeng...akhirnya aku terpaksa mengadap boss. Baru nak cakap, ada je yang menyibuk masuk jumpa boss. Macam tak faham-faham orang ada personal matters. Tapi yang aku ingat, aku tanya boss.... Tuan, ari ni tuan hepi tak??? Ye le, skill aku, kalu dia trus mengadu masalah dia, aku akan angkat kaki. Bukan ape. orang yang takde mood, dia tak akan berbincang dengan tidak rasional.


Sebelum tu aku nak cita satu benda, sblum aku masuk jumpa boss, aku jumpa pegawai yang jaga bahagian perjawatan a.k.a. HR. Aku tanya soalan yang berani mati...

Aku : En. @#$, betulkan %^& telah dilantik untuk menjawat jawatan *&^?
HR : Ya, kenapa. Ko pun nak jawatan hakiki ke?
Aku : Tak, saya cuma nak tanya sahaja betul atau tidak.
HR : Betul, mulai 16 Februari 2010.
Aku : Baguslah, jadi saya nak tanya satu perkara, selepas %^& dilantik, apakah status saya di organisasi ini?
HR : Apa kena mengena dengan awak plak?
Aku : En. @#$, tau tak jawatan yang ditawarkan kepada dia ialah jawatan saya.
HR : Apa, itu jawatan kamu (jeng... jeng... jeng.... macam mana seorang yang jaga bahagian perjawatan kat opis aku bleh tak tau yang dia menawarkan seseorang personnel atas jawatan orang lain ... dia tak tau.... korang tak pelik ke? La, aku pun tak faham orang kat HR boleh buat keje macam ni)
Aku : Ya, itulah jawatan dalam surat lantikan saya. Jadi, kalu dia ambil jawatan saya, apa jawatan saya mulai 16 Feb?
HR : Sebenarnya ko kat %$%$ ni buat kerja apa ya? Aku pun tak tau. Ko bukankah latihan? (Tak berapi ke korang kalu tau orang HR tak tau kerja ko. Rasa macam sia-sia je aku belajo HR kat U dulu. Semua tipu! Dulu lecturer aku ajo, orang HR mesti tahu job spec, job discription staf dia. Baru kita tahu sama ada orang tu relevance atau tak kat organisasi tu. Ni tak tau langsung...)
Aku : Itukan kerja En. Raibah. Dia kan unit latihan. Saya punya kerja kat opis ini selama 5 tahun ialah bla...bla...bla...bla dan bla.
HR : Oooooo. Maksudnya ko ni nak jawatan saya la (Tak bara ke korang bila dengar jawapan tu)
Aku : Saya datang ni nak tau status saya.
HR : Ooo, sebenarnya ......(dia pun cerita ntah apa-apa yang tak relevan langsung)
Tetiba second bos aku nampak aku kat HR. Dia sudah dapat hidu...
HR : Sebenarnya, masa aku hantar permohonan dia ke BSM, aku tengah pening, dia asyik desak aku sebab dia nak jawatan ko. Immediate boss ko pun asyik turun naik jumpa aku. Supervisor dia pun asyik desak aku supaya bagi jawatan ko kat anak buah dia (Fuh, itu yang buat hati aku tersentak - konspirasi secara belakang-belakang).
Aku : Ok, tk
HR : Anyway aku rasa ko jangan risau. Dia buat kerja dia, ko nanti carilah apa-apa kerja yang boleh ko buat kat pejabat (aku blah dari bilik dia menuju ke bilik boss, dia ingat aku ni takde maruah kot. Dia ingat kerja kat opis ni macam kerja bertani. Sementara pokok nak membesar, pi cabut rumput. Malas aku nak dengar. Patut le orang selalu kata organisasi aku paling lembap dalam dunia - bukan aku cakap... aku terbaca dalam satu blog)

Sambung balik kat bilik boss, aku hulur le borang permohonan aku nak ke MPM. Dia terkejut bila aku nak minta kloa.
Naper?
Aku pun story le crita tu dari A - Z.
Aaa... kalu dia ambik jawatan kamu, apa jawatan kamu sekarang.... (nasib baik boss aku lebih bijak daripada HR)
Maknanya kamu dah tak berjawatan le kat sini, pelik saya. Kenapa saya sampai tak tau akan hal ini (Pelik, napa kes aku dilucutkan jawatan first boss tak tau? Aku nak percaya pada sapa....)

Takpe tuan. Saya pun dah tak de ati kat sini. Logiknya, saya ni bermasalah dan orang nak kloakan saya. (Ceh, buat drama swasta plak).
Eh, tak bleh. Lagipun tak lama lagi opis kita nak restructure balik. nanti kami appoint ko dengan jawatan baru, kamu tak bleh kloa dari sini (kembang plak bila bos cakap macam tu, rasa macam berharga plak kat opis wpun dptmen aku menyingkirkan aku)
Bila nak restructure tuan. Tahun ni ke? Saya dengar perkataan ni sejak 4 tahun lepas.
Aaaa, saya pun tak tau. Rasanya tidak kot tahun ni.
Jadi tuan, tuan sign le surat kebenaran saya ke MPM. Ini masa depan saya.
Kalu gitu kata kamu, saya terpaksa sign dengan berat hati.
Alhamdulillah, dia sign gak.

Tiba-tiba dia kol sorang officer, dia dapat tahu officer tu tgh proceed satu nama untuk satu jawatan kat opis aku. Dia nak aku potong nama orang tu dan ambil jawatan itu supaya aku tak payah minta kloa. Jadi dah dua hari dia dan officer tu asyik kol aku supaya aku ambik jawatan tu.

Jadi sekarang aku dalam dilema...

Nak minta pegawai MPM ke pegawai pemulihan..

Ughhh... aku benci betul kena buat pilihan....



No comments:

Post a Comment