Wednesday, October 31, 2012

Exhausted.....

Sepanjang minggu lepas hingga ke hari ini, aku rasa begitu penat sangat. Semua kerana tugas serta urusan keluarga.  Harap sangat minggu depan dapat duduk di opis, orang tak kacau dan boleh setel semua kerja yang tertangguh. Rimas betul apabila dua minggu tak masuk opis dan takut plak kerja berlambak di atas meja.

Dari sudut pandangan hadapan Hotel Marina Lumut

Sepanjang minggu lepas aku berkampung di Marina Resort Lumut seperti yang aku cerita dalam n3 yang lepas.Dari hari Ahad hingga hari Rabu kat sana. Hotel ni cantik dan yang paling penting aku dengan member dapat berendam dalam kolam renang. Lepas tu aku direct balik kampung mentua di Kuala Kangsar.                  

Tuesday, October 23, 2012

O&G



Minggu ni aku  ada mesyuarat penting di Best Western Marina Island Resort Pangkor, Telu Muroh, Lumut Perak. Masuk mulai hari Ahad dan dijangka akan tamat pada tengah hari Rabu ni.  Terkejut juga bila tulis hotel di Pangkor tapi terletak di Lumut Perak. Tapi apabila sampai ke kawasan ini, pergh…. Rasa tak menyesal berkampung di hotel  ini. Rupanya hotel ini terletak di atas pulau buatan manusia @ pulau yang ditambak di atas laut. Besh giler tapi kekadang cua gak takut-taku mana tau tetiba tsunami datang plak.

Dalam pada selesai makan tengah hari kat sini, tetiba terdengar ader orang panggil namaku. Apabila aku lihat sahaja, perghhh….kawan lama maser form six dulu. Dengan pakaian overall dia, sekali imbas aku dah tau dia mesti kerja kat oil & gas. Last aku jumpa dia last month rasanya; masa tu dia tengah uruskan jenazah bekas isteri dia. Actually, his ex-wife was also my best friend during my form six life at SMKKKB.

Terkejut gak apabila dia bagitau yang dia dah lebih one year stay kat hotel tersebut. Syarikat oil & gas yang support tempat tinggal tersebut. Dia cerita bahawa dia layak menyewa sebuah rumah RM 5 000 sebulan. Idea dia dan rakan-rakan stay kat hotel rasanya bijak gak sebab di hotel everything  dah ada. Pergi kerja sahaja, ada room service datang kemaskan bilik. Nak makan, turun ke bawah tak payah nak fikir tentang nak masak. Nak keluar peluh, turun bawah pergi gym dan lepas tu pi mandi kat kolam. Kekadang terfikir dalam kepala ni, agaknya berapalah gaji orang yang kerja O & G ni ????? 

Sebenarnya adik aku sendiri pun kerja O&G di off shore Terengganu. Yang aku tengok, after two months dia kerja; dia boleh beli kereta second secara cash RM 35k. Maknanya lebat jugak kerja O&G ni kan. Hmm…sebenarnya bukan gaji orang yang aku nak sibukkan tetapi yang aku nak share ialah profession baru yang tak ramai sangat guru menggalakkan anak murid ceburinya.

Malam itu masa hang out dengan member aku, dia cerita tentang peluang yang luas jika ada anak muda ingin menceburi bidang O&G ini. Dia sendiri pernah bertugas di Sudan selama 4 tahun. Kata dia ada yang bekerja kat on-shore dan ada yang bertugas di off-shore (pelantar kat tengah laut). Adik aku sendiri dahulu pernah bertugas di tengah hutan Palembang untuk mencari minyak dan sekarang dia tengah bertugas kat tengah Laut China Selatan.

Rasanya sudah tiba masanya guru-guru menyebarkan profession ini kepada murid-murid kita selain daripada memupuk minat mereka hanya untuk bertugas dalam sector kerajaan sahaja. Masih teringat kat sekolah dulu; cikgu asyik tanamkan minat dan cita-cita murid-murid untuk jadi askar, polis, cikgu, doctor, bomba, pilot dan peguam. Ini sahajalah yang diajar sampai tak terfikir kerja yang lain. Berhempas pulaslah nak kejar kerja-kerja ni sampai terlupa di dunia ni masih ada banyak kerja lain yang hebat-hebat seperti chef, shipping, akuantan, saintis, designer, innovator dan penyampai radio dan televisyen.

Yang penting, mentality untuk memandang sector kerajaan sahaja yang hebat sudah boleh dilupakan kerana bidang swasta sebenanrnya terlalu banyak yang boleh menjadikan murid-murid kita jadi insan yang Berjaya. Yang penting belajar betul-betul dan kaunselor di sekolah adakan program kerjaya yang lebih kerap dan murid-murid faham bahawa di luar itu nanti terlalu banyak peluang kerja ya yang menjanjikan peluang pekerjaan yang menjamin kehidupan.

Wednesday, October 17, 2012

She cries again....

Actually...ttetiba malam ni saya terperasan ader satu n3 saya yang tersimpan secara draft dalam box compose...camner boley tak perasan....anyway saya paparkan jugak ler....(He2 sebab dah penat menaip bahan ni)



This week my wife is not in a good mood. Pity to her but I can’t do anything because I’m also frustrated. Hu…hu…hu…hu… Why did she cry a lot this week???

Sebenonye, my wife dah terlewat bulan ni kat dua minggu. Kalau orang lain, lewat maknanya pregnant ler. Tapi seperti yang korang tau, kami dah penat menunggu baby turun dari langit bertahun-tahun dah jadi immune sebenonye. Mau tidaknya, Bulan Disember ni, dah 16 tahun kami kawen tapi baby tetap tak mau turun-turun….he…he…he…. Main kat syurga kot tu yang dia malas nak turun. Kalau ikut kiraan bulan dah 189 bulan kami tunggu anak. Kalau ikut tahun, this year dah nak amek PMR….(tapi orang umah selalu marah kalau aku cakap cam tu….dia kater macam nak nyalahkan Allah).
Easysure Pregnancy test kit
Yang menyebabkan dia menangis sebab aku gak. Aku boley sound pasal aku nak baby gak tahun ni dah suruh dia pi teran bior kola baby. (Pergh…kekadang aku ni otak biol gak tapi sebenonye tu ler cara helah bela diri nak menyejukkan hati.) Yang menambahkan lagi kesedihan dia akibat kebengongan aku bulan ni ialah rakan kami yang aku citer post yang lepas dah ader baby. Tu yang dia amat berharap sangat…..
Waiting the result anxiously...
Dalam masa yang sama, aku beli majalah Al Islam keluaran Ogos yang menceritakan buah Adam @ zuriat (yang ini aku akan citer dalam post yang akan datang) adalah buah yang dapat membantu pasangan yang infertile. Ntah camner, ader orang balik umrah tahun lepas bagi dan kami tak pernah gunakan. Pa lagi, bila kami dah minum air, harapan orang umah menjadi tinggi apatah lagi apabila dia minum sahaja, dia akan demam. Aku kalu minum tak demam tapi &*%$# (he…he…he….orang laki nak tau makna bley emel kat aku raser aper nanti aku citer…..)

My godness...it is very hard to get the Adam Fruit core

Jadi biler dah lewat, tentu dia amat mengharap….(hmmm….aku pun harap gak….) Itu yang kami beli pregnancy test kit nak cuba, pepagi lagi dia dah bangun test tapi jawapan tetap negative. Tu yang aku tengok dia dah frust giler tapi aku tetap buat muka macho. Ayat maintain cam besa tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tau. Aku tak mau banyak cakap sebab tak nak dia terluka.  Aku down betol dowh…..nak kongsi ngan saper aku tak tau jadi aku simpan jer dalam hati. Nak citer ngan kawan baik yang aku anggap cam adik sdiri, aku tgk hati dia tgh berbunga-bunga. Malaz aku nak kacau sebab sms pun dia tak balas….
Confirm negative...
 Nak citer ngan adik beradik sendiri, aku x mau sebab sepanjang aku berkahwin, tak der sorang pun pernah amek port pasal aku tak der anak. Pernah aku citer kat diaorang maser aku tgh down tapi mereka buat tak kisah ajer. Dalam hidup aku, kalu aku tgh sedey bila aku tgh down, hanya ader tiga orang jer yang slalu dapat comfortkan aku;  member aku yg sekarang jadi lecturer kat Sg Petani, member opis aku sblm dia back stabbed aku dan adik aku si one. Lately kalau aku down, aku cuma byk ngadu kat adik aku si one jer.....kira cam kaunselor ler jugak kot.... 
Hmmm....downnya aku this week...
 Ditambah frust ngan keputusan  pregnancy test, kater-kater dr maser orang umah aku buat medical check up, aku yang terlalu mengharap selepas minum air buah zuriat boley marah bini aku. Kesian, pertama kali aku tengok dia menangis sebab kena marah ngan aku. Pertama kali dia burstkan aper yang ader dalam hati dia. Oitt… selama ini aku ingat dia kuat tapi dia banyak menyimpan di dalam hati. Aku terkedu….aku dah lakukan kesalahan marah dier sampai dia suruh aku kawen laen dan hantar dia balik kg.
Jangan sedey ha...saya mau kemas rumah  sekejap...
Mak ai….aku terkedu tapi buat selamba tapi sbenonye aku jugak tak boleh tahan. Cuma kalu boley aku tak nak air mater jantan kola depan bini….bukan malu ma…tapi aku nak tunjuk kekononnya aku ni kuat sebab aku nak dia anggap aku cam Superman walaupun dalam hati ni tuhan ajer yang tau. Sedey beb, lu orang tak tau biler tengok orang ajak pi birthday anak orang, korang tengok  jer…ntah ler minggu ni aku down sangat sejak pi Ipoh hari tu……….

p/s sian bengkak mater dier…..



Friday, October 12, 2012

TAKLIMAT PPPM 2013 - 2015

Hari ini kami telah diarahkan ke sebuah sekolah bagi menghadiri Taklimat Pelan Pembangunan 2013 - 2015 peringkat daerah. Kalau nak ikutkan hati macam malas sebab badan letih betul minggu ni tapi apabila difikirkan saya tak pernah mendengar secara terus berkaitan Pelan Pembangunan ini, maka saya gagahkan juga kaki ke SKK. Saya difahamkan bahawa taklimat ini diwajibkan kepada semua pegawai dan staf di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Malaysia.

Alhamdulillah, dari pagi sampai tengah hari hujan turun dengan lebat. Suasana semakin sejuk dalam Bilik Mesyuarat SKK sambil mendengar hala tuju KPM sehingga selesai tiga gelombang. Fahamlah sedikit apa yang ingin dicapai oleh KPPM dalam usaha untuk mentransformasikan bidang pendidikan di Malaysia.

Saja nak share dengan sesaper yang baca :

Transformasi KPM

1.  Memperkukuhkan sistem penyampaian.
     - kata penceramah, kami terletak di bahagian ini kerana kami kumpulan perantara antara sekolah dan
       pihak atasan.
2.  Menambah baik produktiviti / sumber.

Gelombang Pertama  (2013 - 2015)
Gelombang Kedua (2016 - 2020)
Gelombang Ketiga (2021 - 2025)

Adalah dikatakan peruntukan kepada KPM antara yang tertinggi dalam belanjawan sekolah menunjukkan kerajaan amat memandang berat dan mengambil perhatian penuh kepada kementerian yang bertanggungjawab memastikan generasi akan datang menjadi generasi yang benar-benar boleh menjadi pemimpin yang boleh membawa negara ke arah negara maju.


Lewat tengah hari, program tangguh sebentar dan kami ramai-ramai pi kenduri kahwin anak PK Kokurikulum SKK. Besh gak pi kenduri dalam hujan dan saya rasa inilah kali kedua yang saya attend kenduri dalam hujan lebat....yang pertama dahulu program di Kedah (sepupu orang rumah dapat orang Changloon).

Pukul dua petang, kami sambung balik bagi meneruskan bab-bab dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sebelah petang kami mulakan dengan Bab 6..

Baiklah....nanti saya kongsi apa yang saya faham tentang PPPM dengan semua orang ya....sekarang nak dengar taklimat terlebih dahulu.

PERTUKARAN GURU 1 JAN 2013 - Part 1


Alhamdulillah, hari ini hari akhir saya berada di bandar Ipoh. Dah naik kembang idung dan naik merah pipi sebab menahan kesejukan air cond yang sangat sejuk. Dengan berkat Basmallah dan petunjuk daripada Allah, saya doakan yang saya telah membuat pemilihan yang betul dalam menyokong pertukaran guru-guru bagi tahun 2013. Kalau ikutkan hati rasa nak ambil semua yang memohon bertukar terutama daripada Sabah dan Sarawak tapi tangan masih terikat. Daerah saya sebenarnya masih mengalami lebihan guru. Hmmm.... kalau lebih nanti nak kena redeployment plak.

Bila baca alasan nak bertukar, rasa amat sedih apabila membaca ada kebanyakan guru yang telah bertahun-tahun tinggal terpisah dengan suami dan hanya bertemu dengan suami pada hujung minggu. Ada yang keguguran kerana selalu berulang alik dari Johor ke Selangor. Tapi nak tolong macam mana, sekolah-sekolah di daerah ini mempunyai lebihan body dan lebihan opsyen.

Apabila stress nak layan sistem e-GTukar dan terlalu menghayati masalah guru-guru, saya pun rasa tertekan jugak....so di bawah ni lah tempat saya mereleasekan tension...hu...hu...hu...ahak...ahak...ahak...

Hilang stress apabila lepak kat sini...