Tuesday, October 2, 2012

Bila jiran buat kenduri kawen?????



Minggu lepas 30 September 2012, jiran belakang rumah aku buat kenduri kawen anak bongsu dia. Yang aku tau anak bongsu dia ex-UIA buat accountancy tapi Cuma seskali-sekala balik dan aku Nampak muka dia. Isteri dia dengar khabar orang Tanjung Malim…. Ini majlis kedua yang dibuatnya …yang pertama buat di FRIM anak no 2 – perempuan.
Ni gambo hiasan jer...ni umah sepupu kitaorang kat Jaybee...

 
Kay….yang aku nak citer ni bukan pasal anak dia kawen. Tapi yang aku nak citer ni ialah bagaimana perasaan korang kalu jiran bertemu pintu belakang buat kenduri kawen anak dia, korang boleh tak dijemput. Jeng…jeng…jeng…tak ker pelik…musykil betol aku dibuatnyer. Tapi aku bersangka baek dengan jiran, mungkin dia terlepas pandang or namer kitaorang dah terkloa daripada senarai jemputan kot…..ahak2
"Ha ...alah... uncle ni...x dijemput pi kenduri pun dah nak sentap....panaz..."


Sebenonye kami dah tau yang depa nak buat majlis anak dier daripada jiran2....manakan tidak, anak sulung dia bercerita pada orang ramai maser nak beli nasi lemak kat warung depan rumah. Terkejut gak orang umah biler aku bagitau jiran belakang nak buat kenduri. May be sari dua lagi d epa akan datang menjemput. Tapi sehingga hari Sabtu  a day before majlis, tak der saper datang jemput; depan umah diaorang dah terpacak canopy; aku dah tak senang hati. 


"Naper keluarga abang x jemput jiran belakang rumah ya????"

Tanya pendapat adik aku yang otw ke Kuantan sama ada nak pergi atau rumah jiran tersebut ataupun tidak. Jawapan yang diberikan tidak dapat menenangkan hati kami berdua. Persoalannya....bolehkah kami tetap datang membantu majlis atas alasan mereka jiran ....tetapi aku takut satu....maybe dia memang tak nak jemput kami atas alasan yang dia sendiri tahu....kang kalu kami pergi gak tentu tuan rumah jadi serba salah. Aku plak pernah mendengar ceramah agama bagitau, kalau kita pergi jemputan tanpa dijemput, haram hukumnya.....pergh...
Makan nasi tuan rumah kalau x dijemput haram ....tak mahu ler kalu haram....


Jadi nak menyelamatkan keadaan, pagi Sabtu aku ajak orang rumah chow ke Shah Alam. Actuallynya, maser hari Jumaat tu aku dah tempah Hotel Quality Shah Alam; in case both of us are not invited to the wedding ceremony. Jadi nak mengelakkan jiran2 yang dijemput tertanya2 naperkami berdua tak pergi kenduri dan menimbulkan fitnah; baek kami lepak kat Hotel Quality....selamat keadaan dan at least tak terasa ler hati sebab jiran tak jemput kenduri.....He2 duit pun selamat....ahak2

"Oit...pehal dia tak datang kenduri jiran dier ni....hmmmm mesti jenis tak suka campur masyarakat kot"

Jadi kepada ssaper yang buat kenduri....pastikan jott down senarai jemputan agar jangan sampai ader yang tertinggal especially your neigbours.......

Monday, October 1, 2012

Erti Persahabatan - Part 2



Masuk maktab….aku bertekad tak mahu diperbodohkan lagi. Tapi siapalah kita sebab pasti ingin memerlukan sahabat baik untuk berkongsi masalah dan perasaan. Suka duka dan sama-sama belajar erti kehidupan. Nah aku terlupa bahawa aku pernah terkena dan semasa dimaktab aku terlupa lagi. Aku masih dengan kelemahan aku….berkorban apa sahaja tetapi akhirnya aku tetap ditinggalkan. Kekadang sedih masa di maktab, maser mereka ader masalah, akulah tempat mereka mengadu namun apabila mereka bergembira, sudah pasti aku bukanlah orangnya untuk diajak bersama-sama. Pernah ditinggalkan di pekan Ipoh apabila member berjumpa dengan rakan lain; collection rumah sewa dibelikan rokok walhal kamulah penyumbang terbesar dan sepanjang dua hari tidak menjamah nasi.

2 ½ di Perak, mengajar aku bahawa semua manusia sama. Ohhh….bukan mudah rupanya mencari rakan yang boleh menjadi sahabat yang sanggup bersusah payah dengan kita dan yang paling penting bersahabat dengan kita tanpa ader sebarang hidden agenda di samping akan bersama-sama dengan kita pada saat suka dan duka. Kekadang terfikir susahnya untuk mendapat sahabat kerana mungkin diri ini sendiri membawa aura negative.

Maktab ditinggakan dan kawan-kawan mulai dilupai. Tiada banyak kenangan manis yang boleh diingati bersama-sama seorang kawan. Sahabat masih belum ditemui dan aku masih dengan perangai lama….terlampau baik dengan orang sehingga orang menggunakan kesempatan ini….desperatenya untuk mencari seorang manusia yang bernama sahabat.

Sepuluh tahun di sekolah pertama, pergh….siksanya ditikam dari belakang. Banyak betul mengenal erti berkawan. Kawan ramai tapi setakat berkawan sahaja. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk hanya berkawan dengan sesaper apatah lagi apabila aku ditindas oleh seorang guru besar, tiada siapa pun dalam kalangan rakan sekolah yang ingin membantu. Tak mengapa, aku belajar menyelesaikan masalah sendiri dan aku isi masa lapang dengan menyambung belajar di ITM. Di sana, aku lone ranger, datang kuliah dan balik. Kawan….entah sorang pun aku tak kenal janji boley grad. Hmmm….happy gak….

Tak lama di sekolah tersebut aku berkenalan seorang guru yang baru melapor diri di sekolah cina…. Daripada dia aku mengenal erti apa itu persahabatan. Kawan yang susah senang bersama…selalu beri advise pada aku bila aku perlukan nasihat dan selalu bantu aku bila aku susah dan akan jadi pendengar yang setia apabila aku ader masalah. Sama gelak, sama bersedih, sama berkongsi wang, sama memecah kebuntuan masalah, sama memikirkan cara untuk menjadi guru kreatif, simpan banyak rahsia antara kami berdua, sama menyimpan cita2 dan tidak pernah berkira. Daripada die raku belajo banyak pasai kereta dan bela motor. Dia motor RXZ (merah) aku moto Panther (hijau)….

Yang paling besh apabila isteri kami juga berkawan baik. Dulu mana ader aku, mesti ader dier dalam apa jua aktiviti daerah….. He2 jgn citer ngan orang tau sebab kami kawen berkongsi baju Melayu. (Tapi dia kawen aku tak pi sebab sen tadak) tapi maser aku nak kawen dia bawa aku ke rumah tunang aku untuk hantar barang kawen (he…he…siap tong2 duit nak turun KK sebab gaji ciput) Sebab dia lebih muda daripada aku; aku anggap dia cam adik aku jer …..

Paling besh dalam hidup aku apabila aku berjaya memujuknya sambung belajar setelah berminggu2 memaki hamun, menkaunseling dan dia memberi persetujuan di tepi longkang depan rumah aku. Sangat besh….dia sambung belajar PKPG twin program dengan UUM. Maser tu aku still nak menghabihkan DPA. Part paling perit dalam hidup aku ialah apabila aku tak boleh nak bantu dia dengan wang ringgit Cuma sekadar nasihat apabila dia sambung belajar, gaji separuh dan jumlah potongan telah menyebabkan dia dah tak bergaji. Tapi aper yang paling aku terharu sehingga meleleh air mater jantan; ayat dia yang dia akan kenang aku sehingga ke akhir hayat yang akulah orang yang mem buka lembaran baru dalam hidup dia walaupun result SPM dia tak baguih. Yang tambah aku sedih apabila dia cerita kisah bapa dia ajak pi naik motor kelilin kampong …. Siap kali jumpa org kampong dok peleceh dia

“Hang tengok anak aku, dulu maser aku suh ngaji dia tak mau; la ni dah besaq dok seboq nak ngaji kat Sintok….”

Sahabat aku cukup malu biler pak dia usung dia keliling kampong. Tapi aku dok nasihat kat dier, tu bukan sindir tapi cara orang tua nak berbangga sebab anak dia dpt ngaji kat U… anak pertama plak. Hmmmm akhir Not paham maksud ayah dia.

Tak lama kendian, dia habeh blajaq. Kendian dia sambung buat Master. Aku tak buat master lagi. Dia dapat tawaran jadi lecturer kat Kolej Komuniti dan bermulalah kami berpisah. Aku di Selangot dan dia kat Sungai Petani. Mereka berpindah dan aku mulai tidak mempunyai sahabat. Walaupun begitu, persahabatan masih terjalin dan aku faham dia semakin sibuk kerana dia seorang Ketua Jabatan di Kolej Komuniti tersebut dengan Gred DG48. Aku akan sentiasa doakan yang kawan aku ini aku terus Berjaya dan terus Berjaya.

Hmmm…. Ader satu yang paling aku benci tentang dia dulu ialah….sibuk nak jadi askar dan sanggup berenti cikgu kalu dapat jadi askar. Tak dapat jadi askar, dapat jadi wataniah pun jadiler. ….pergh…panaz….tak der kerja laen ker….

Dia pergi aku berpindah ke organisasi sekarang. Mencari pengalaman baru.  Sementara itu aku sambung belajo di UiTM…buat degree dan Master….kawan???? Ader tapi sahabat masih belum ditemui. Di organisasi baru ni; aku berkenalan dengan seorang ustaz yang baik. Aku mula nak berkawan dengan dia dan mula belajar bersahabat. Mula berkongsi masalah, mula berkongsi pendapat dan sentiasa bertukar2 fikiran.

Namun kusangka  panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Orang yang banyak menasihati aku, banyak mentarbiahkan aku, banyak, banyak kaunsel aku maser tengah kesedihan; telah sanggup menikam aku daripada belakang. Kata2 dia di pantry begitu menghiris perasan dan akan aku ingat sampai bila2.

“Aku terpaksa lakukan perkara ini kepada kau kerana kalau aku tak buat perkara itu; aku sebenanrnya menganiaya diri aku dan isteri aku. Tak kan aku dan isteri aku yang terpaksa bersusah payah plak …..”

Ayat itulah yang menyebabkan aku tidak boleh berfikiran waras kerana seorang kawan yang aku mulai anggap sebagai sahabat sanggup menikam dan mengelurkan perkataan tersebut. Pergh…. Ternoktahlah suatu persahabatan……Aku kembali lone ranger…. Aku perlu belajar semula mengenal manusia dan bersikap prejudis terhadap semua orang yang ingin berkawan dengan aku. Streotype telah bermula……

Setelah berpindah ke bangunan baru, aku jadi seorang yang terlalu menilai kawan apatah lagi pada maser itu berlaku dalam penstrukturan dan pada masa ini aku lihat semua orang dengan perangai masing2. Alhamdulillah….siapa sangka tetiba aku dapat berpindah department sebaik sahaja aku selesai Master aku. Beshnyer dapat meninggal datu department yang berkumpulnya kawan2 yang hipokrit.

Dalam pada masa yang sama, adik2 aku sudah besar2. Barulah aku perasan, aku bukanlah abang yang menjadi favoritisme dalam kalangan adik beradik. Ngapa ya….yang pastinya aku hanya akan diIibatkan apabila berlaku masalah. Kalau tidak …hmmmm entah ler…. Aku jadi hidup aku semakin kosong….dah ler anak tak der, kawan baik tak der. Orang umah aku ader sahabat baik dia sejak di sekolah menengah tempat dia berkongsi masalah. Aku…. Ntah tak der saper2.

Ader kawan yang samer belajo master hanya akan hubungi aku apabila ader perkara yang ingin diminta tolong. Kalau tidak, sms ker; telefon… haram dia balas atau angkat. Kalau balas pun pendek2 cam x nak bercakap. Tapi kalu perlukan pertolongan, tak kira tengah malam; subuh buta, tengah hari….dia akan telefon atau sms. Entahler….ini lah yang aku cakap perkara aku paling tidak minat iaitu berkawan kerana hidden agenda. Tak bolehkah kalau taka der aper2 yang perlu kau minta tolong, kita berkawan cam biasa, telefon berborak sekali sekala…sms balas…barulah itu namanya seorang kawan yang baik. Bukankah tidak seronok kalau kalau rakan kita bersifat prejudis…..apabila nama kita appear kat hp rakan….dia akan berkata

“ Hmmm, ni ader ler nak minta tolong ler….”

·         Kebiasaannya kalu aku dah cap kawan jenis cenggini, alamat ler, nombor dia akan aku delete ler gamaknya….kawan yang tak ikhlas…

Dua tahun lepas ada seorang member baru ditawarkan bekerja di opis aku. Aku tak amek port sangat kat dia sebab aku malas nak baik sangat dengan orang. Aku malas peristiwa hitam berulang semula. Tetapi setiap hari aku raser sangat tak besh dok kat bilik baru di department baru, Hari2 citer pasal anak….anak….anak…..padahal satu bilik tu semuanya lelaki. Kekadang ader kater2 mereka yang menghiris perasan bagi orang yang tak der anak cam aku.

Suatu hari aku perasan yang budak baru ni, walau pun perangai macam bebudak tapi kadang2 kata2 dia macam orang yang cukup berpengalaman. Lama aku perati dia tapi dia tak perasan. Aku raser dia boley dijadikan kawan baru sebab ader sekali dia menasihati aku tentang anak…. Kepantangan aku ialah apabila orang sekolahkan aku dan aku boleh terpana, maka aku akan berusaha berbaik dengan dia dan akan menilai dia. Entah…itulah perangai aku sejak di bangku sekolah. There must something special about this guy….do not judge a book with it’s cover…..

Jadi salam perkenalan dengan bersalam dengan dia tapi aku akan garu tapak tangan dia…..Tak lama kemudian kami berkawan, dia ader mempunyai beberapa ciri dengan sahabat baik aku di Sungai Petani.

Yang paling ku benci,,,,dia ni asyik nak jadi Imigresen padahal dah ader kerja tetap….pergh panaz…

Aku mulai berkawan baik dengan dia, banyak perkara yang aku berkongsi dengan dia tapi dia ,,,,,….,; dia banyak menasihati aku dan menkaunsel aku biler ader problem espc bile aku stress   pasal x der anak. Aku mulai nak mencuba berkongsi suka duka hidup aku dengan dia sebab perangai dia yang suka ajar aku tentang computer, tentang kereta mengingatkan aku tentang sahabat aku Not. Dia tak kedekut ilmu dan bile raku ader masalah, dia adalah pendengar yang setia.

Aku mulai menganggap dia seperti adik aku walaupun aku tau dia tak pernah anggap aku cam abang dia (he2…..mungkin sebab dia anak sulung kot). Tak pe lah as long aku boleh jadikan sahabat baik aku seperti aku dengan Not. Oleh itu aku paksa dia sambung belajo dan alhamdulillah, sejarah Not berulang kembali kepada adik aku ini. Rasa bangga apabila aku memegang surat tawaran dia menyambung belajar OM di UiTM (raser cam bapak2 la sangat). Biler dia nak peksa, aku plak yang risau. Selain daripada orang rumah aku, dia adalah anatar orang yang sanggup aku baca Yassin dan solat hajat supaya lulus ngan cemerlang….kan aku cakap dah cam bapak2 plak biler anak amek periksa.

Setelah setahun aku berkawan dengan dia, aku mulai sedar bahawa ……

Tanda Anxiety Disorder ker???



Kenapa ya…..aku sekarang ada satu perangai yang pelik….Aku concern sangat pada semua orang yang aku sayangi. Dulu apabila abah cerita, aku selalu tak amek port sangat…. Tapi sekarang apabila aku mengalaminya barulah aku tau bahawa inilah apa yang abah aku rasakan. Aku concern sangat pada keselamatan mereka, sakit pening mereka, kesusahan mereka dan ntah aper2. Korang ader raser cenggitu tak….

Dah selamat sampai ke tempat tujuan,,,,
Ader duit nak makan ker…..
Jumpa ke tempat yang nak ditujui ker….
Perut tu sihat lagi ker……
Besk ker tempat yang ko pergi ker…
Ok ker kereta yang kau bawa….
Boleh percaya ke pakwe baru kau tu…..

Kekadang aku tak faham dengan abang atau adik2 aku……kekadang siap pesan supaya suruh call atau text sms…haram dibuatnya walaupun harga call 30 saat tak sampai 30 sen dan text sms paling mahal pun setakat 10 sen jer…

Apa la salahnyer hantar mesej

“Abang, orang dah sampai pelantar minyak….”
“Bang, tempat ni besh dan semuanya dalam keadaan terkawal”
“Alhamdulillah kereta tak meragam kat tengah jalan…”
“ Kami otw balik,,,,bang tolong doa kami selamat di perjalanan”
“Bang, kitaorang dah sampai Kuantan dan dah check in kat hotel Vistana…”
“Ok bro duit yang ko bagi enough…thanks”
"Wow...besh giler Gambang Resort ni...."
“Oit, aku dah sampai Trengganu, tengah tunggu flait ke pelantar…”
“ Orait bang, exam tadi dpt jawab….lega “
“ Hmmm….aku balik lewat sket sebab pakwe aku ajak teman pergi National Library…”
“Yez… dah jumpa UitM sect 17…..so dah boley join kuliah….”

Sebenornye benda ni simple tapi banyak makna sebab walau pun dalam sebaris namun dia melegakan hati abang yang tunggu kat rumah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan adik2nya yang berada di luar. Tapi adik2 yang kat luar hampeh…..

Kekadang maleh nak pikio pasal benda2 gini tapi kita risau pertemuan kita sebelum mereka bertolak, itulah suara terakhir yang kita dengar…..???

Erti Persahabatan.... Part 1



Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi dan mata ini masih belum mengantuk. Ntah mengapa tetiba aku terasa ingin berbicara. Sudah agak lama tidak mencoret sudah pasti  banyak perkara ingin diluahkan di atas paparan blogku ni. Malam ini aku tersentak dan amat terasa apabila terbaca sesuatu di fb seorang rakan. FB itu mengajar aku banyak perkara tentang erti suatu persahabatan. Maksud rakan di mata kita dan maksud erti persahabatan di mata rakan kita sendiri.

Sejujurnya….,. semenjak dari kecil aku memang tidak pernah mempunyai sebarang kawan. Mungkin kerana sudah lumrah perangaiku yang pendiam dan lambat untuk warm up menyebabkan aku tidak digemari oleh mana-mana rakan. Semasa di darjah satu, aku ada seorang kawan yang setiap pagi akan bertukar roti canai yang terendam dalam kuah kari kepadaku kerana dia sudah bosan asyik makan roti canai kerana ayahnya mempunyai restoran roti canai. Walau bagaimanapun dia dengan kawan-kawan lain akan bermain dan aku stay sendirian.

Dua tahun di Sabah, aku masih belum lagi bertemu dengan sebarang rakan. Adapun rakan bernama Azmi tetapi kesihatannya tidak mengizinkan dan selalu tidak boleh kloa bermain. Akhirnya aku hanya pandai bertenggek di atas pokok jambu batu sambil menghabiskan buah jambu dari yang kelat hingga yang dah berulat. Di Sabah, aku banyak menghabiskan masa di kebun sayur ibu di belakang rumah atau bagi ayam makan atau main sorang-sorang di bukit berhampiran tasik. Di sana aku memasang angan-angan untuk menjadi pengembara di padang pasir dan cita-citaku ingin menjarah pyramid.

Pindah ke Melaka semasa darjah 4, tiada orang mahu berkawan dengan ku. Aku habiskan masa di sekolah dengan menyiram pokok sayur di belakang kantin sekolah(masa itu sekolah diwajibkan menjalankan program buku hijau) dan duduk terperuk di dalam library membaca buku. Sikap aku yang terlalu pembersih juga menyebabkan aku tidak suka bermain seperti orang lain. Masakan tidak, di leher terdapat sapu tangan supaya kolar baju supaya tidak berdaki. Mudah sahaja nak cari aku, kalau tidak di bawah pokok tengok orang bermain, pasti aku akan berada di library dengan buku Nodi, Tom Sawyer, Hikayat 1001 Malam dan Gulliver’s Travel. Petang aku akan habiskan masa di tepi pantai mengutip kepah untuk dimasak (rumah aku berhampiran dengan pantai) atau sibuk menanam ubi dan bayam di belakang rumah. Nak main dengan jiran, abah tak bagi sebab takut kami bergaduh atau masuk rumah orang. Hmmm….saper tak kenal adik beradik aku masa dulu, terkenal dengan anak-anak yang baik hasil “didikan” abah yang tak bagi kami bercampur dengan anak orang lain takut kami membuat onar di rumah orang.

Semasa di darjah 5 aku cuba berkawan dengan seorang kawan yang sangat tinggi….he2. Mafirihan namanya. Sangat baik dengan aku ….tapi tak lama kami dapat berkawan sebab Mafirihan asyik demam dan akhir sekali kami diberitahu oleh guru kelas kelas bahawa dia mengidap lukemia. Arghhh penyakit apa itu….alhamdulillah berkat pembacaan di library slalu; aku tau bahawa penyakit itu amat merbahaya dan aku tau kawanku ini tidak lama. Apatah lagi pada masa itu, setiap kali aku datang melawat dia di belakang rumah kedai yang menjual jeruk betik, ibunya asyik mendemah dengan daun sirih yang dilayur atas asap kemenyan. Akhirnya, kawan yang hendak dijadikan rakan, kembali juga ke rahmatullah. Aku habiskan dunia sekolah rendah tanpa ada seorang pun kawan baik……Dahsyatkan….

Tamat di sekolah rendah, aku ditawarkan ke asrama penuh di negeri penuh adat. Pergh….5 tahun di sana aku tetap belajar sendiri. Aku adalah student yang tidak dikenali oleh rakan-rakan. Ha2 senang sahaja nak tau korang dikenali di asrama ataupun tidak ialah adakah korang ader nick name ataupun tidak. Aku ….x der…. yang ader nama yang aku cipta sendiri disebab aku mula minat menulis. Kenapa menulis sebab aku seorang dan tiada ada apa kerja yang boleh diisi selain daripada menulis. Kalau ader pun kawan di sekolah…. cukup dua tiga bulan mereka akan chow sebab aku seorang yang pendiam, x happening dan yang penting x der aper pun yang besh pun ttg aku. Hmmm….
Lagi satu kumpulan yang mahu berkawan dengan aku sebab mempunyai hidden agenda; di sinilah aku belajar mengenal manusia yang berkawan dengan aku bukan kerana ingin bersahabat tetapi tidak lebih dari ingin menggunakan aku demi kepentingan mereka. Sikap hipokrit itu menyebabkan aku mula berfikir bahawa lebih baik aku menganggap mereka sebagai kawan yang easy come easy go….. Selesai 5 tahun, aku masih belum bertemu mana-mana kawan yang boleh begelar sahabat. Kah2 terbukti sekarang…persahabatan di dalam alumni sendiri sekarang menjelaskan siapa diri ini di mata batch aku….Semasa Form 4 dan Form 5; senang sahaja nak cari aku, kat bilik percetakan, bilik redaksi ataupun di makmal computer sampai pukul 4 – 5 pagi ….sorang2….

He2…orang panggil aku pada sebelah malam untuk satu ahaja…..jeng…jeng…jeng…. tukang hantar mereka balik ke asrama sebab mereka takut….baru aku tau yang aku ni sorang yang berani di asrama. Orang citer hantu aku buat derk shj. Kamu pernah mencangkung kat belakang dewan makan yang depa kater berhantu nak tengok naper anjing ramai2 menyalak… sorang2 tu. Aku pernah lepak depan gym yang depa kater ader hantu yang lompat kat atas tilam. Aku pernah sorang2 baring kat grand stand sambil bakar kertas yang aku lipat macam kipas dan sok malam ustaz @ warden buat bacaan Yasin sebab Nampak penanggal kat padang yang berterbangan.

Form six dua tahun, aku ingin mengubah cara dan corak kehidupan. Aku mula membuka cara dan corak penghidupan. Aku mula belajar untuk berkawan namun masih lagi sia-sia untuk mancari sahabat.Aku belajar sesuatu…..kelemahan aku yang paling nyata ialah aku mudah kasihan dengan orang. Dalam usaha aku ingin berkawan dan mencari sahabat, aku rela berkorban untuk kawan hatta aku sanggup mengenepikan hak dan kepentingan diri sendiri, Demi persahabatan, aku sanggup luangkan masa dan wang ringgit kepada kawan-kawan. Aku tak kisah, apa sahaja mintaklah, aku sanggup berkorban biarkan aku tahu aku yag akan menderita. Kenapa….sebab aku mahu mencari sahabat dan bukan rakan atau kawan.

Malangnya, kelemahan inilah yang ambil kesempatan oleh rakan-rakan. Ramai yang menikam belakang, yang berkawan tanpa keikhlasan dan paling penting sanggup menganiayaku. Mudah sahaja untuk menilai erti suatu persahabatan, semasa memerlukan aku….telefon akan berdering ajak kloa kerana ada sesuatu yang inginkan dan setelah selesai apa yang diinginkan,,,,apabila aku minta tolong….panggilan telefon pasti tidak akan berjawab. Akhirnya aku tersedar dan berjanji akan memastikan yang aku tidak terkena lagi. Arghhh….desperatenya untuk mencari sahabat. Habis form six …still I do not have any bff. Akhirnya semua membuat haluan masing2….Sahabat…..ntah di mana????