Wah, dah lama aku tak menulis! Nampaknya mulai minggu depan aku kena start menulis semula. Ada banyak cerita yang aku nak sembangkan sabagai tatapan memori masa akan datang. Next week ler aku start menulis.
Tuesday, September 14, 2021
Monday, June 3, 2019
Balik raya
Raya datang lagi. Tomorrow is the last day for Muslim fasting. Tak perasan, kejap jer masa berlalu, dah 29 hari kita berpuasa. Kalau campur pose Syawal, maka 7 days to go.
Rasanya pose ni paling teruk dalam sejarah. Rasanya x sampai sepuluh kali ke masjid untuk bertarawikh. Quran baca pun tak sampai sejuzuk.
Nasib baik ada program khatam tadarus kat sekolah, kalau tak lagi lebo.
Yang beshnya, setiap kali nak tadarus, budak- budak terpaksa cari aku...Cikgu mgaji cepat.
Perghhh...dah rasa jadi budak jahat,n pun nak kena suruh....

Saturday, March 3, 2018
Relex sat kat Sungai Perak
Hari ni balik Kuala. Cam biasa ken balik awal bulan untuk pastikan ubat mother in law cukup untuk sebulan. Alhamdulillah, tak sangka berkat ada membership kat farmasi tu, ubat ayah murah plak kat farmasi tu. Beza RM 28. Dua kotak RM 298.00 jer.
Hajat hati nak pi makan cendol, sekali tengok semua kedai dah tutup. Last2 pi minum coffee hazelnut kat tepi Sungai Perak menjelang senja. Cantik gak, dah macam kat Vietnam dulu masa kitaorang ke sana.

Friday, December 29, 2017
Sesi Persekolahan 2018 sudah menjengah...
Tinggal 3 hari lagi persekolahan 2018 akan kembali menjengah. Sepanjang minggu ini, aku berkampung di sekolah bersama guru-guru. Cuma aku tak sepenuhnya berada di sekolah sebab terpaksa berlari ke Hospital Selayang sebab ayahku terpaksa dimasukkan ke wad Surgical 4B.
Alhamdulillah, sekolah yang ditinggalkan berjalan seperti biasa. Penolong-penolong kanan yang hebat terutama Mr. Aimy yang bekerja keras membantu aku menjaga sekolah. Cikgu-cikgu yang hebat, tidak perlu dipantau tapi terus dengan perancangan yang telah dibuat. Sehingga petang tadi, semua mesyuarat panitia bilangan pertama telah siap dilaksanakan. Tinggal mesyuarat kewangan sahaja yang tidak berlangsung kerana aku tak der masa tu.

Padang di atas yang selama ini sunyi akan kembali gembira. Sebenarnya aku tak sabar nak tunggu 1675 orang anak murid aku kembali ke sekolah terutama bebudak 6 Amanah yang comel-comel dan tak reti nak berenti bercakap. Walaupun agak sedih 10 orang murid kesayanganku (dua tahun bersama-sama mereka ), terpelantik ke kelas lain. Apa nak buat, dah banyak kali pesan baca buku betul-betul tapi korang buat dunno jer....ha kan tahun ni kita tak dapat bersama-sama.
Apa-apa pun, jangan cakap cikgu tak payung ya...
Monday, September 12, 2016
Bihun, ketapi lama dan ETS
Pagi ni aku bertolak balik dari Kuala Kangsar jam 7.40 am menuju ke Tanjung Malim. Esok dah nak kerja so kena balik ler pagi ni.
ETS hari ni sampai on time. Lega sb turun je ke platform cuma kena tunggu dalam 5 minit. Itu pun tetiba ETS dah ada kat depan mata. Tak ada pengumuman cam selalu baggitau keretapi is approaching platform. Dah ler keretapi senyap. Teringat suatu masa dulu masa kecik2. Kami selalu kena naik ketapi setiap bulan nak pergi Kuala Lumpur. Masa tu adik duduk di Hospital Kuala Lumpur sampai setahun. Mak temankan dia. So hujung bulan, bila dapat gaji jer, bak mesti bawa kami naik ketapi.
Zaman tu, tiket ketapi keras giler. Kecik dan kloa dari satu mesin. Kami selalu naik ketapi dari stesen ketapi Taiping. Ketapi datang dari Butterworth. Setiap kali ada ketapi nak lalu stesen ketapi, station master akan turun dan naikkan satu alat. Kata ayah, alat itu yang akan betulkan landasan sama ada ketapi akan ke platform 1 atau 2. Jadi setiap kali station master betulkan alat tu, aku dan abang akan bergegas angkat beg ke tepi landasan. Tapi yang tak bestnya, yang lalu ketapi barang yang bawa simen atau barang2 kilang. Itulah kerja kami setiap kali station master betulkan alat tersebut. Yang peliknya ayah tahu plak bila masa dia akan bangun untuk angkat barang. Dulu aku takjub tgk ayah, setiap kali dia angkat barang mesti ketapi sampai. Dulu2 aku anggap ayah macam superman, dia tahu jer bila ketapi nak sampai. Hebat kan...
Hmmm.... Dah besar baru aku tau. Patut ler dia tahu sebab dia tahu pukul berapa ketapi akan sampai kerana waktu dah ada kat tiket dan satu lagi, setiap kali ketapi passenger nak mai, station master akan bersedia dgn satu beg kecik yang bergelung. Dia akan hulur kat drebar ketapi dan drebar akan sauk. Rupanya itu ialah kebenaran utk driver melalui.stesen mereka.

Monday, August 22, 2016
Penatnya mengajar...
Penatnya mengajar....
Soalan yang sendiri tanya dan sendiri jawab.
Ha...ha...ha...
Baru je lepas mengajar. Walaupun sekarang dah jadi guru besar tapi tetap kena mengajar. Setiap minggu aku kena mengajar 10 waktu Bahasa Melayu. Kalau ikutkan aku kena mengajar 6 waktu jer tapi dah cikgu opsyen BM dah kurang... so mengajar jer.
Nak ikutkan kerja-kerja pentadbiran tu banyak tapi kalau sehari tak jumpa budak rasa cam tak best ler plak. Dapat plak kelas yang dari mula masuk sampai kloa, tak berenti-renti nak bercakap.
Hari ni aku ngajar cara-cara nak jawab soalan petikan kerana minggu lepas buat ujian cuma seorang jer dapat A. Perghhh....
Bagi soalan petikan, bacanya tidak tapi jawapan confirm ada. Ajar cari klu, ajar tengok pengganggu, ajar nak banding-beza jawapan yang paling tepat. Hmmm...nampak cam ok...tak per next week nak try test lagi, Ikut tak cakap aku....
Soalan yang sendiri tanya dan sendiri jawab.
Ha...ha...ha...
![]() |
| Pembelajaran tentang mesin basuh bermula daripada dalam mesin basuh... |
Nak ikutkan kerja-kerja pentadbiran tu banyak tapi kalau sehari tak jumpa budak rasa cam tak best ler plak. Dapat plak kelas yang dari mula masuk sampai kloa, tak berenti-renti nak bercakap.
Hari ni aku ngajar cara-cara nak jawab soalan petikan kerana minggu lepas buat ujian cuma seorang jer dapat A. Perghhh....
Bagi soalan petikan, bacanya tidak tapi jawapan confirm ada. Ajar cari klu, ajar tengok pengganggu, ajar nak banding-beza jawapan yang paling tepat. Hmmm...nampak cam ok...tak per next week nak try test lagi, Ikut tak cakap aku....
Saturday, December 5, 2015
apabila terima musibah, bersyukurlah....
Malam ni saja nak berkongsi dengan tuan2 apa yang saya hantar kat member2 satu sekolah dengan saya base kpd cerita sebenar...
Hari ini belajar satu perkara, stiap benda yg Allah beri pasti ada hikmahnya.
Sampai ke kg ptg tadi, badan belum lagi hilang penat memandu; ketika membelek hp, anak saudara yg berlari terlanggar hp lalu melayang terhempas ke lantai langsung padam. Stlh diambil, cuba dihidupkan gagal. Darah mula menyirap. Dalam minda, duit lagi. Nak marah, budak tu dah cabut lari.
Buka blkg, kloakan bateri dan cuba hidupkan.
Pergh nyala spt biasa. Tetiba perasan, hp yg sudah sbln nada dering tidak boleh digunakan, tlh kembali spt biasa walhal ramai pakar cuba membantu membetulkan dan kedai hp minta ditinggalkan sminggu dua utk dibaiki.
Alhamdulillah, sesungguhnya besar rahmat Allah.
Kesimpulan daripada cerita ini ialah:
1. Kalau berlaku apa2 tragedi dalam diri kita, jgn lekas marah tetapi hendaklah bersyukur.
2. HP GB skrg dah ada balik nada dering.
Dan akhir sekali
3. Kalau hp tn2 slps ini ada masalah, jgn lekas hantar ke kedai atau tukar yg baru; minta anak saudara tolong hempaskan ke lantai dan insya Allah hp akan baik semula.
😎😎😎

Tak duduk kat PPD lagi...
Mungkin ramai tak perasan kot lama saya tak menulis dan saya dah tak bersembang pasai urusan pertukaran guru. Rasanya dekat 1 tahun lebih. Semua ini bukan kerana saya dah malas tapi sbenarnya dah amat sibuk dgn kerja2 baru di sekolah.
Bebenonya saya sekarang dah balik ke sekolah. Balik ke sekolah asal sebelum saya maauk ke PPD. Dia tak diam hampir 10 tahun saya berkelana di PPD dan akhirnya kembali ke tempat asal. Rasanya setelah berkali2 mohon utk balik ke sekolah tidak dilayan, namun masa kita ada projek nak diselesaikan; arahan tukar telah berkuatkuasa.
Saya tinggalkan PPD mulai 21 Novembee 2014 dan sehingga entri ini ditulis, saya telah berada selama 1 tahun 14 hari do sekolah. Ada sesetengah pembaca yang secara personal minta bantuan saya tentang pertukaran, mana yang saya boleh bantu saya akan bantu. Tetapi tak banyak yang boleh dibantu kerana saya dah lama tinggalkan medan pengurusan guru dan sistem sekarang lebih advance dengan menggunakan sistem trafic light.
Malah bukan sahaja pembaca yang terkeliru malahan ada cikgu2 di daerah saya masih ingat yang masih bertugas di PPD dan meminta tolong. Tu lagi dahsyat sb dah dua pegawai bertukar tempat saya tetapi ada yangasih tak tau. Nak kata pelik tak pelik, nak kata tak pelik rasanya pelik ler jugak.
Apa pun, lepas ni cerita saya akan lebih berpihak kpada ilmu pengurusan yang rasanya itulah yang saya belajar dari diplona, first degree, second degree dan sambung NPQEL. Hmm.... Harap2 pandangan serta tulisan saya akan membantu siapa sahaja yang terbaca blog saya dan yang baik diambil sebagai perkongsian manakala yang tak baik, baca sahajalah buat mengisi masa lapang.

Friday, October 16, 2015
JUMLAH PELAWAT :
Saya tried jenguk kat jumlah pelawat sehingga kini, pukul 3.51 am 17th October 2015...jumlah yang telah melawat :
Keseluruhan : 5468 (Fullamak....kalau buat rumah terbuka Hari Raya maknanya ramai gak yang dah datang melawat).
Kalau satu orang lawat bagi singgit...dah banyak gak duit saya dapat.
Antara perincian negeri yang pernah melawat :
Malaysia 4659
USA 403 (pergi pun tak pernah, tapi Nasi Goreng USA ada ler order selalu)
Australia 55
Singapura 15
India 4
Frech 4 (Ca va monsieur?)
German 3
Brazil 3
Indonesia 59
Belgium 57
China 44
Rusia 26
Dan banyak lagi negara lain yang datang melawat. Belarus pun ada...
Depa faham ke apa yang saya tulis or might be mana yang rajin akan copy dan paste kat Google Translator.
Kalaulah salah seorang pengunjung blog ni orang kaya, tetiba dia masukkan duit dalam account sebagai wasiat sebelum dia meninggal....perghhh.... maklumler Ringgit Malaysia tengah rendah ni.

LAMA BENAR TAK MENULIS.....
Rasanya....dah lama benar saya tak menulis. Last entri pun tahun lepas. Malas benar nak menulis padahal apa yang terlintas di otak ni, di hati ni, di benak ni bersimpang siur macam kenderaan berebut nak pi kerja awal pagi.
Ntah camner pagi ni, boleh terjaga dan menjenguk blog ni. Bayangkanlah.....berbulan-bulan rumah tak dijenguk, dah macam-macam benda ada kat dalam. Rupanya ramai yang pos soalan dan pertanyaan tak berjawab. Sesaper yang ada bertanya, dan saya tak balas; maaf ya. Jangankan membaca, buka blog pun tidak. ... Rasanya ini semua angkara telegram dan Whatsapp ler ni.
Korang bayangkan, last masa saya tulis, si Naufal ni langsung tak der kat dunia ni, sekarang dah besar panjang. Anak sulung adik perempuan. Budak ni saya panggil vacuum cleaner .... ngeh...ngeh....ngeh (Mak dia tak tahu). Pusing merata satu rumah. Bawah meja, dapur, atas tangga, bilik air, ruang tamu dan dapur. Seluar dia habis kotor dengan habuk lantai. Sebab tu saya panggil dia vacuum cleaner.
Rasanya, sudah tiba masa nak mula menulis semula. Menulis ni hobby masa sekolah menengah. Bila dah lama terhenti, rasa macam stress ler plak..... Sesekali menulis, boleh gak mengisi masa lapang dan berkongsi apa sahaja pada sesiapa yang membaca.
Ehhh.... lupa nak tengok, berapa ramai orang singgah kat blog ni ya????
Ntah camner pagi ni, boleh terjaga dan menjenguk blog ni. Bayangkanlah.....berbulan-bulan rumah tak dijenguk, dah macam-macam benda ada kat dalam. Rupanya ramai yang pos soalan dan pertanyaan tak berjawab. Sesaper yang ada bertanya, dan saya tak balas; maaf ya. Jangankan membaca, buka blog pun tidak. ... Rasanya ini semua angkara telegram dan Whatsapp ler ni.
![]() |
| Naufal pun dah sambut birthday... |
Rasanya, sudah tiba masa nak mula menulis semula. Menulis ni hobby masa sekolah menengah. Bila dah lama terhenti, rasa macam stress ler plak..... Sesekali menulis, boleh gak mengisi masa lapang dan berkongsi apa sahaja pada sesiapa yang membaca.
Ehhh.... lupa nak tengok, berapa ramai orang singgah kat blog ni ya????
Sunday, July 13, 2014
Ramadan Kareem
| Ini air kat Vietnam, penting sangat kerana risaukan tahap kebersihan air paip mereka. |
Diam-tak diam, hari ini dah masuk 15 Ramadan. Alhamdulillah, saya diberikan kesihatan yang baik bagi menjalani ibdah puasa pada bulan ini. Walaupun pada mulanya terdapat kerisauan kerana sejak bulan Februari saya mengidap sakit dalam perut.... agaknya gastrik kot. Nanti saya berkongsi dengan rakan-rakan pengalaman mengalami serta cuba mendapatkan rawatan sakit perut tersebut. Alhamdulillah, doa setiap hari agar Allah permudahkan urusan berpuasa dengan menghilangkan sakit tersebut diperkenankan oleh Allah.
| Bersyukurlah, kat Malaysia air mineral masih lagi dijual bawah RM2.00 |
Dalam bulan puasa ni, air adalah amat penting apatah lagi bulan pose kali ini, hanya dua kali sahaja hujan turun. Itu pun dapat tahu hasil pembenihan hujan. Orang kata ini disebabkan oleh El Nino. Entahlah. Kalu solat Tarawikh kat surau, nak tunggu selesai, air peluh meleleh kat paha, ketiak dah macam air terjun. Pada yang tak suka minum air, anda kena minum gak sebab terbaca kat paper, kurang air akan menyebabkan batu karang senang terbentuk. Dan ada sekali tu tengok kat TV Al Hijrah, siri talk show yang pada waktu pagi; Dr yang ditemu ramah maklumkan bahawa kita wajib minum banyak air. Penanda arasannya ialah, pastikan air kencing yang kuning bertukar menjadi jernih selepas kita berbuka puasa.
| Nampak sedap kan... tapi sejak perut kena gastrik; tengok jer ler. Lagipun saya pun bukannya makan pedas. |
Alhamdulillah, azam untuk mengurangkan ke bazar Ramadan masih terjaga. Setakat ni, baru tiga kali pergi. Sekali tu sebab nak menghayati suasana bazar di sebelah opis, sekali tu pergi sebab nak meraikan budak pelatih industri yang ayahnya berniaga di bazar dan sekali yang akhir tu sebab orang umah teringin nak makan murtabak. Dengar macam-macam cerita pasal bazar. Member seopis dua tiga hari berak-berak, adik pompuan sampai seminggu laki bini cirit birit dan member depan meja kat opis cerita, on the way balik singgah beli lauk kat bazar Ramadan, sampai umah buka plastik nak hidang, semuanya basi. Ikutkan hati kata dia nak pusing balik nak tonyoh kat muka peniaga; tapi mikirkan nak pusing dekat 15 km, hmmmm tak yah ler kata dia. Tugas dia, whassap kat member nama kedai dan lokasi agar kawan- kawan tak terkena.
| Tengok member baik saya makan, seb baik sudu tak boley makan. |
Macam biasa, rutin berbuka. Minum susu omega dengan kurma 3 biji, terus solat Maghrib dulu. Lepas tu baru makan. Setakat ni, baru sekali kami makan nasi, itu pun masa pi umah mak. Layan gak nasi sebab mak hanya masak nasi. Kebiasaannya, kami makan kuih, mi atau cokokok ikan bilis. Start puasa ari tu berat badan 82.7 kg, setelah sekian lama tak menimbang. Berat giler, padan ler nak naik tangga dah tak larat. Semalam timbang berat dah jadi 80.6 kg. Ok gak. Tapi berat saya sebenarnya 78 kg jer.....hmmm banyak lagi nak kena kurangkan ni.
SEMOGA TAHUN NI DAPATLAH SAYA BERTEMU DENGAN MALAM LAILATULQADAR !!!
Thursday, April 17, 2014
Sekali duit terbang da....
| VIOS kesayanganku.... |
Hari ini saya sambung cuti lagi. Alhamdulillah, pagi ni kurang sikit sakit perut. Semoga Allah berikan kesembuhan kapada saya. Jadi hari ni saya lajak ke Pusat Servis Toyota untuk servis 80 000. Difahamkan kali ini major servis. Member-member kata kalau major servis ni banyak kena dibetulkan. Semalam call servis center, dia bagitau kena dalam RM 400. Pagi ni dia maklumkan semuanya dalam RM480.00 ok ler, seb baik malam tadi dah kloakan duit RM 1000.
Dalam masa yang sama, adik saya yang kerja di Bank Muamalat dan suami ajak mak, ayah dengan adik bercuti di Cameron Highland. Suami dia dapat apartment 3 bilik di Strawberry Park. Macam best jer nak pergi. Depa pun ajak join sekali. Ok gak sekali sekala berehat apatah lagi nak recover daripada sakit ni.
Dengar khabar adik dari Shah Alam pun akan join malam ni right after wife dia touch down kat KLIA pukul 4 petang karang. At the same time plak, esok mak dan ayah tak pergi kursus haji jadi sok macam malas plak nak pergi kursus haji.
| Lepas peluang nak kejar kabus.... |
Tengah sedap buat kerja tetiba Zaidi call. Mak ai.... dia bagitau 4 perkara lagi kena tambah.
1. Brake pad dah haus.
2. V - Belt dah merekah
3. ATF oil kena tukar sebab dah kotor sangat.
4. Cap dan hose filter air cond dah pecah.
Hmmmm.... encik semuanya RM 1220.80
Hu hu hu hu.... kensel nak pergi Cameron Highland sebab duit dah terbang...... Yang perit lagi sebab 28 April ni road tax dan insurans kereta habis ler plak....
Wednesday, April 16, 2014
Eksiden
Pagi ni saya terjaga pukul 5.15 pagi. Perkara pertama yang dicapai ialah hand phone untuk jenguk whassap. Tersentak apabila ada rakan post berita kemalangan pukul 4.00 pagi. Awalnya mamat ni hantar; tak tido ker atau memang dia sedang bertugas sebagai wartawan meja jenayah.
Dua kali sentak apabila meneruskan pembacaan apabila mengetahui yang mengalami eksiden itu ialah YB Karpal Singh, MP Jelutong. Mati di tempat kejadian apabila Alphardnya berlanggar dengan sebuah lori yang menukar jalan tanpa memberi isyarat kat PLUS Gunung Tempurung. Dikatakan pembantu peribadinya turut meninggal dunia.
Anak dan pemandunya dalam keadaan parah. Mayat telah dihantar ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Beberapa perkara yang terlintas dalam kepala otak ni,
1. Bukit Tempurung memakan korban lagi, mengapa ya?
2. Naper ler YB tak naik flaight jer, kan KL pi Penang tu jauh dan esok paginya dah ada court case?
3. Mesti Alphard tu dipandu laju dan maybe semua tengah tido dan driver drive sorang2 dan termengantuk.
Apap pun, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perkara ini boleh terjadi. Tapi kalau betul lah pemandu lori itu tak bagi isyarat; memang teruk betul. Saya sendiri pernah kena seperti hal ini, naik mencicit menahan brek untuk mengelakkan lori dan satu lagi lori treler rosak di tepi lebuh raya. Memang dia pasang lampu amaran tetapi agaknya lampu penuh habuk dan kelipan tidak begitu terang. Mata kita sudahlah kuyu memandu jauh. Seb baik orang umah jerit sebab nampak, kalau idak dedua dah jadi arwah. Bayangkan 100 km/j punya kereta menghentam belakang treler.....

| Inilah jarak selamat kalau kita nak memandu... |
CUTI SEPANJANG MINGGU...
Minggu ni saya bercuti sakan. Hari Isnin hari tu pergi Klinik Kumar; kilinik pakar. Doktor bagi cuti hari Selasa dan Rabu untuk saya melawaskan perut. Setelah di x-ray dan scan, doktor berpendapat simptom yang ada pada perut saya bukan simptom gastrik atau ulser. Dia dia juga scan dan dapati setakat ni tidak ada sebarang stone kat hempedu. Alhamdulillah.
Dia beri ubat supaya saya mengosongkan perut dan berpendapat saya mengalami sindrom usus besar yang malas. Dia ada sebut dalam bahasa perubatan tapi apa ntah....panjang no. Dia minta saya cuba dengan mengosongkan perut, usus kecil dan usus besar iaitu kaedah nyah toksin. Nanti hari Isnin datang untuk x ray semula. Dia nak tengok ada tak perbezaan.
Hari ni saya ambil cuti lagi sebab rasa nak relex dan hilangkan stress. Doa saya agar ada perubahan yang Allah akan berikan kepada saya melalui perantaraan ubat Dr. Kumar ini. Sebenarnya rasa senak perut yang rasa kembung ni dah saya hadapi selama hampir 2 bulan. Setiap kali pi hospital, dr on duty cuma beri Magnesium Trisc dan Ratindine sahaja. Perut masih lagi berangin. Alhamdulillah, dengan ubat yang Dr. Kumar ada sedikit perubahan cuma angin masih banyak lagi keluar secara sendawa.
Esok, saya memang dah minta cuti rehat sebab nak pi servis vios. Mulanya nak pi petang tapi sevice center bagitau 80 000 km; major service. "So sir, you've to come from morning ya...." Major service maknanya duit kena sedia banyak dan dalam masa yang sama minggu depan road tax dan insurance keter vios dah kiok. Mak ai.... banyak nyer nak kena sediakan duit.....

| Kalau tau beli keter cam Ajiq, for sure x payah bayo road tax dan insurans... |
Sunday, April 13, 2014
Whassap dan Telegram....
| Hmmm....naper ler tak ader orang nak whassap saya ni... |
Baru saya perasan, antara penyumbang utama kenapa saya kurang menulis di blog ini adalah kerana demam whassap dan telegram kot. Semenjak dua menjak ni, saya asyik melayang whassap sahaja. Telegram saya dah tutup sebab rasanya dah terlalu banyak membuang masa.
Ada sekali tu, boleh berwhassap dengan member yang nak tunggu flight nak ke Vietnam sampai pukul dua. Sok paginya, maser hantar parents pi Kursus Asas Haji; mata dah tak boleh nak buka langsung. Apa yang pasti sejak ada dua benda ni, orang pun dah kurang layanz FB. Orang umah saya pun dah kurang buka FB dia sebab dah banyak group kat dalam HP dia.
Saya ni bukan suka sangat layanz whassap tapi minat jadi silent reader. Tapi kekadang yang saya hangen apabila ada orang memasukkan kita secara tanpa kebenaran dalam group. Nak kita left group, dah tak sampai hati jadi ikutkan sahaja. Itu yang letih apabila semua group bersembang, dah naik berat hp kita. Ada sekali tu, separuh hari tak buka whassap....lebih seribu entri orang hantar.
Tu belum lagi yang setakat hantar jari ler. emoticons ler, hantar he2...sahaja. Paling saya takut kalau ada yang hantar gambar lucah kat whassap. Tak pasal anak buah buka habih mata diorang. Walaupun dah bubuh pass word, pandai plak depa buka. Ditujunya bahagian gallery.
Yang letih dok bacer satu group ni yang dok cerita nak kawen dua...tiga dan empat. Maka bergaduh ler puak pompuan dan laki dalam group. Sok gaduh lagi....lusa bertengkar lagi. Hmmmm.... nak kawen...kawen ler...cakap berdegar2 kat whassap tapi buatnyer tidak.
Apabila malam Jumaat...maka keluar ler gambor pompuan yang separuh bogel....balik pintu....atas katil...ler dan dengan pelbagai aksi. Ayat biasa...bang ...malam Jumaat ni bang... jangan balik lewat....aduh...macam bebudak...yang busannya....semua group hantar yang sama....perghhhh...macam takder benda laen nak hantar kat whassap....
Dah lama saya tak menulis...
Ya Allah, baru saya perasan yang saya sudah lama tidak menulis dalam entri ni. Sebenarnya banyak idea nak menulis tapi kerja banyak sangat kat opis. Setiap malam kalau balik ke rumah, rasa lelah sangat. Entahlah, rasanya macam banyak benor kerja yang perlu dilakukan di opis. Apatah lagi apabila musim ISO datang lagi.
Musim pertukaran datang lagi. Kali ni saya berdoa agar ramai yang akan mohon keluar dari daerah saya supaya saya dapat opsyen yang saya inginkan. Terdapat beberapa opsyen yang amat kami perlukan bagi membantu sekolah. Selain itu, dah menjadi kelaziman daerah ini, kalau pengetua sokong, opsyen tidak kritikal serta amat diperlukan di daerah ini; kami akan akan lepaskan keluar. Kalau tak, rasanya sukar untuk kami lepaskan kerana kepentingan murid-murid adalah keutamaan kami.
Risau, kami lepaskan; daerah / negeri lain terima....sekali pengganti tak ada. Menganga bebudak nak belajo kerana cikgu tak ada yang masuk. Beban minit guru akan bertambah dan guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar anak-anak kita. Hmmm....
Kepada mana-mana yang sedang pulun mengisi e-GTukar, selamat memohon dan jangan lupa untuk baca Bismillah dan disertai dengan doa supaya Allah mempermudahkan urusan. Amin....

| PASAR DI CAMBODIA MASA MELANCONG TAHUN 2013 |
Monday, January 27, 2014
Mesyuarat di d'Muara Sungai Dorani.
Dari semalam kami pegawai perhubungan berkampung di resort ini untuk bermesyuarat kali pertama bagi tahun 2014. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Jo membincangkan pelbagai perkra berkaitan isu-isu berkaitan pethubungan di sekolah. Perghhh....banyak sungguh perkara. Ucapan pengerusi sahaja dari pukul 9.00 am pagi dan selesai pukul 5.00 pm.
Paling banyak yang kami bincangkan berkaitan isu-isu persekolahan murid bukan warganegara. Bayangkan setelah proses pembersihan dan semua sekolah telah alert dengan masalah ini, permohonan untuk murid bukanmwarganegara meningkat secara mendadak. Difahamkan untuk kemasukan bg tahun 2014 ermohonan melebihi 1400 permohonan. Itu belum lagi rasanya masih terdapat murid bukan warganegara yang masih berada di sekolah.

Wednesday, September 18, 2013
Appoinment abah....
Hari abah saya ader appointment kat sebuah poliklinik kerajaan. Sampai sahaja ke poliklinik tersebut, naik buntang bijik mata tengok ingat kita paling awal. Sekali tengok kereta bersusun kat tempat parkir sahaja sampai berlapis. Sehingga n3 ni ditulis jam menunjukkan pukul 11.15 pagi dan abah belum mlepasi zon check darah. Lepas ni nak tunggu result darah dan selepas tu barulah boleh jumpa doktor. Tak tau la bila dia boleh jumpa doktor. Mata dah ngantuk giler ni dengan udara dalam poliklinik yang anat berharap dengan kipas sahaja.
Sepatutnya klinik ni mempunyai 5 orang doktor barulah dr yang bertugas tak stress. Tu blum kira doctor on duty dah break ke belum. Ini dua bilik sahaja yang berfungsi. Kat luar ni radanya ada dalam 200 orang yang menunggu. Camner ler dr banyak yang mohon nak cabut lari. Air cond x berfungsi, patient dengan bermacam macam penyakit, mana nak dengar, mana nak fikir dan mana nak prescribe ubat.....apapun dah x der duit dan x mampu buat kat private hospital, maka mengadap ler situasi yang membosankan ini.

Friday, August 2, 2013
Raya datang lagi...
Raya datang lagi seperti tahun-tahun lepas. Ramai yang telah mula bersalam-salaman dengan rakan-rakan sebab start hari ni mereka dah nak bergerak ke kampung halaman masing-masing. Cam biasa, saya tak ambil cuti sebelum raya sebab orang rumah ajak balik raya kedua. Ini adalah disebabkan selepas tu dia akan bercuti selama seminggu kat kampung.
Satu yang besh tentang balik raya kali ini ialah saya balik semula ke Kolompo sorang-sorang dengan menaiki bas Tranasional (betoi ker ejaan cam salah jer). Sebenonye saya dah tak sabo nak naek bas....turun kat kat Pudu Raya (sangat nostalgic sebab dah lamer giler tak turun Pudu Raya) Last pi Pudu Raya zaman kat maktab dulu biler balik dari Ipoh dan kena turun kat Pudu Raya.
Adik bagitau, lepas turun di Pudu Raya kena pi belakang cari LRT. Lepas amek tiket ke KL Sentral dan sambung ngan komuter. Turun kat stesen komuter seterusnya, naik teksi ke rumah mak dan sampai kat umah nanti, minta adik pi hantar ke rumah saya. Mak ai, berapa banyak ler kenderaan yang akan digunakan....terujanya nak tunggu 13 Ogos 2013.
K, nak balik dulu....
p/s Ari ni asyik senyum sorang-sorang sebab ramai puji saya hensem sebab pakai ketayap putih. Ader member sound, buat pertama kali dalam hidup dia lihat muka saya berseri-seri seperti orang yang beriman....mak ai dahsyat punya statement....

| Kalau pakai topi yang beli kat Vietnam tak hensem ker??? |
Thursday, August 1, 2013
6 hari lagi nak raya...
Ha….ha… Ketika berita ini ditulis, raya tinggal lagi
enam hari untuk menjengah. Tak sangka cepat sangat masa berlalu sehingga tak
perasan dah lebih 3 minggu kita berpuasa.
Nak tengok amalan, macam last year gak, tak bertambah cuma sesekali
termalas nak pergi tarawikh sebab ngantuk sangat. Kekadang pelik gak naper ler mater kalu lepas
Maghrib jer dah melekat dua klopak mater.
Kalau tak layan, perghh… maser solat Tarawikh pun
bley lajak ke depan maser imam baca Fatihah.
Apatah lagi kalau dapat imam yang bacer surah panjang-panjang. Memula, otak ligat berfikir itu dan ini, esok
kat opis nak siapkan kerja aper, lepas solat nak pi makan kat maner, hujung minggu
ni jadi tak nak beli baju raya AEON ler, PKNS ler dan entah maner-maner tempat
boley appear maser tengah solat. Biaser
ler solat tak pernahnya nak kusyuk.
Orang kata maser bulan puasa semua setan dah kena ikat, maka …..rupa-rupanya
kita yang setan….ha…ha…ha…
Apabila fikiran melayang-layang tetiba suara imam dah tak terdengar, badan rasa terhoyong hayang....badan tak bley dikawal dan kakipun terdorong ke depan. Amek kau...orang laen elok jer dalam satu saf awak sorang sahaja yang berada di hadapan. Itu pun naseb baek tak menyembam kat orang laen. Teringat ari tu tengah elok jer awak baca tahiyat akhir, tetiba terasa ada orang lentok kat bahu ...baek punyer....rupanyer dia bley tertido kat bahu. Tak sampai ati ler plak nak kejut dia bangun tido. Dalam ati terfikir kalu awek gagah ler gak tapi diamkan jer. Sambil-sambil doa ler gak jangan sampai yang tido kloa air liur suda...ha3 kalau tak jenuh nak pi basuh.....Yang beshnyer....awak dah siap bagi salam ke kiri dia maseh lagi sdap tido....
Setelah berdehem...baru dia tersedar.....merah padam muka tapi demi mempertahankan maruah dia awak buat slamber jer....he...he...he....
Naper entri kali ni papar gambar makanan ya?????
| Ini makanan orang Vietnam, actuallynya kalu kat Malaysia; buat lempeng intinya taugeh dan carrot. RM 19.90 |
Apabila fikiran melayang-layang tetiba suara imam dah tak terdengar, badan rasa terhoyong hayang....badan tak bley dikawal dan kakipun terdorong ke depan. Amek kau...orang laen elok jer dalam satu saf awak sorang sahaja yang berada di hadapan. Itu pun naseb baek tak menyembam kat orang laen. Teringat ari tu tengah elok jer awak baca tahiyat akhir, tetiba terasa ada orang lentok kat bahu ...baek punyer....rupanyer dia bley tertido kat bahu. Tak sampai ati ler plak nak kejut dia bangun tido. Dalam ati terfikir kalu awek gagah ler gak tapi diamkan jer. Sambil-sambil doa ler gak jangan sampai yang tido kloa air liur suda...ha3 kalau tak jenuh nak pi basuh.....Yang beshnyer....awak dah siap bagi salam ke kiri dia maseh lagi sdap tido....
Setelah berdehem...baru dia tersedar.....merah padam muka tapi demi mempertahankan maruah dia awak buat slamber jer....he...he...he....
| Nasi Goreng Phataya kat Vietnam - RM 29.90. Tom Yam dia ....pergh sedap giler... |
Naper entri kali ni papar gambar makanan ya?????
Subscribe to:
Posts (Atom)