Hmmm....naper ler tak ader orang nak whassap saya ni... |
Baru saya perasan, antara penyumbang utama kenapa saya kurang menulis di blog ini adalah kerana demam whassap dan telegram kot. Semenjak dua menjak ni, saya asyik melayang whassap sahaja. Telegram saya dah tutup sebab rasanya dah terlalu banyak membuang masa.
Ada sekali tu, boleh berwhassap dengan member yang nak tunggu flight nak ke Vietnam sampai pukul dua. Sok paginya, maser hantar parents pi Kursus Asas Haji; mata dah tak boleh nak buka langsung. Apa yang pasti sejak ada dua benda ni, orang pun dah kurang layanz FB. Orang umah saya pun dah kurang buka FB dia sebab dah banyak group kat dalam HP dia.
Saya ni bukan suka sangat layanz whassap tapi minat jadi silent reader. Tapi kekadang yang saya hangen apabila ada orang memasukkan kita secara tanpa kebenaran dalam group. Nak kita left group, dah tak sampai hati jadi ikutkan sahaja. Itu yang letih apabila semua group bersembang, dah naik berat hp kita. Ada sekali tu, separuh hari tak buka whassap....lebih seribu entri orang hantar.
Tu belum lagi yang setakat hantar jari ler. emoticons ler, hantar he2...sahaja. Paling saya takut kalau ada yang hantar gambar lucah kat whassap. Tak pasal anak buah buka habih mata diorang. Walaupun dah bubuh pass word, pandai plak depa buka. Ditujunya bahagian gallery.
Yang letih dok bacer satu group ni yang dok cerita nak kawen dua...tiga dan empat. Maka bergaduh ler puak pompuan dan laki dalam group. Sok gaduh lagi....lusa bertengkar lagi. Hmmmm.... nak kawen...kawen ler...cakap berdegar2 kat whassap tapi buatnyer tidak.
Apabila malam Jumaat...maka keluar ler gambor pompuan yang separuh bogel....balik pintu....atas katil...ler dan dengan pelbagai aksi. Ayat biasa...bang ...malam Jumaat ni bang... jangan balik lewat....aduh...macam bebudak...yang busannya....semua group hantar yang sama....perghhhh...macam takder benda laen nak hantar kat whassap....
No comments:
Post a Comment