Monday, August 22, 2016

Penatnya mengajar...

Penatnya mengajar....
Soalan yang sendiri tanya dan sendiri jawab. 
Ha...ha...ha...

Pembelajaran tentang mesin basuh bermula daripada dalam mesin basuh...
Baru je lepas mengajar.  Walaupun sekarang dah jadi guru besar tapi tetap kena mengajar.  Setiap minggu aku kena mengajar 10 waktu Bahasa Melayu. Kalau ikutkan aku kena mengajar 6 waktu jer tapi dah cikgu opsyen BM dah kurang... so mengajar jer.

Nak ikutkan kerja-kerja pentadbiran tu banyak tapi kalau sehari tak jumpa budak rasa cam tak best ler plak. Dapat plak kelas yang dari mula masuk sampai kloa, tak berenti-renti nak bercakap.

Hari ni aku ngajar cara-cara nak jawab soalan petikan kerana minggu lepas buat ujian cuma seorang jer dapat A. Perghhh....

Bagi soalan petikan, bacanya tidak tapi jawapan confirm ada.  Ajar cari klu, ajar tengok pengganggu, ajar nak banding-beza jawapan yang paling tepat. Hmmm...nampak cam ok...tak per next week nak try test lagi, Ikut tak cakap aku.... 

No comments:

Post a Comment