Tuesday, May 22, 2012

Disengat Lebah

Pergh...hari Ahad lepas hari yang malang bagi diri saya. Ketika nak ambil makanan di gerai yang %^&;*$, tetiba terasa ada sesuatu yang merayap di leher.Dengan spontan saya menepis benda merayap. Zasss... ada sesuatu yang menyengat tangan saya. Dengan segera saya memandang ke arah tangan...mak...besarnya lebah sedang menggigit tangan.


Dengan segera saya pun cuba menyentap lebah tersebut namun dia melawan. Dengan sekuat hati saya cabut dan penyek lebah tu (nyesal plak...patut amek gambar dulu sebelum dipenyek). Tak sampai seminit kemudian, bisa mula menjalar di sepanjang jari manis tangan kanan. Rasa nak tercabut sendi jari manis. Kemudian rasa sakit semakin menjalar ke seluuh tangan. Rasa panas campur pedih mulai bergerak. Orang rumah paksa pergi klinik tapi malas sebab tak nak kena inject di ponggong ...ha3.


Malangnya, selepas Maghrib; kesakitan semakin kuat sehinggakan tangan rasa macam nak tercabut. Akhirnya terpaksa surrender dan minta orang rumah hantar. Oleh kerana dah hujung bulan, kami tak pergi kilinik biasa sebab orang rumah kata klinik tu mahal kalau malam dan apatah lagi yang bertugas ialah doktor lo cum. Kami memilih Klinik Murni; last sekali saya pergi klinik tu ialah pada tahun 2008. 


Doktor Zabidi spray jari manis dengan ubat bius. Dia tanya sengat tapi saya bagitau dah tak der maser saya tarikh lebah dari tangan. Nasib baik tak kena inject. Doktor caj RM 22 dan dia prescribed Serrin (hilang bengkak), Somin (alahan) dan Pontalon (tahan sakit). Tapi dalam banyak ubat tu saya tak ambil Serrin sebab klinik bagi tau ubat tu boleh menyebabkan ngantuk.


Jari manis saya yang semakin membengkak..

Esoknya saya pi ke Pangkor untuk mesyuarat dengan tangan yang membengkak. Sakitnya untuk menggunakan tangan tu. Lewat petang, daripada sakit...tangan mulai berasa sangat gatal. Tergaru-garu cam orang kena kurap. Gatalnya tak terkata. Maka sambil mesyuarat, asyik tergaru-garulah tangan kanan. Orang kata kalau dah mula rasa gatal maka tandanya dah naik baik....hmmm....


Warna merah mulai kelihatam setelah digigit dek lebah durjana.....

No comments:

Post a Comment