Sunday, May 6, 2012

Bercuti ke Port Dickson - Part 2

Pagi ni bangun terlewat sebab malam tadi lewat tidor, ntah naper susah nak tido padahal dah amek ubat batuk. Mater dah rapat tapi tak bley nak lelap. Maybe sebab terasa tido tempat berhantu; mau kan tidak, satu blok tu kami berdua sahaja yang tido. Tu ler terlalu terpengaruh ngan filem hantu...pergh...raser cam kat sliding door tu ader Fredy plak...ha2

Sliding door ni yang raser bagai nak tercabut ditiup dek angin.
Ruang tamunya amat luas dan seronok buat kerja kat sini. Apa yang besh sangat kat rumah ni ialah CD tuan rumah. Walaupun klasik tapi besh sangat nak dengar. Semuanya tuan rumah beli daripada Readers Digest. Cuma boleh dengar kat lap top...pergh...nak copy tak boleh plak. Pandai btol jorang block.

Dari kejauhan kelihatan hujan tengah turun ngan lebatnya.
Sementara menunggu hujan turun, lepak kat balkoni tingkat 10. Pergh ... beshnyer kalau dapat beli rumah kat sini. Stress je boley tengok laut....boleh tengok pokok...boley tengok monget @ monkey @ ketek...Ha...ha...comey dan sronok nengok monyet lompat dari satu pokok ke satu pokok....


Hujan mula berhenti dan laut sudah mulai terserlah.
Bila hujan berenti, nampak cantik sahaja nampak laut. Tenang dan cerah....mmmm orang umah ajak mandi tapi saya memang tak berapa suka sangat mandi kat laut sebab badan melekit...kalau kat kolam besh ler...kena plak mandi cuma dua orang jer...siap main papan gelongsor bebudak plak....cuma kekadang bila mandi kat kolam ni badan mesti cam berminyak plak....

Korang nampak jalur air terjun dari atas bumbung.
Korang nampak tak kereta yang parkir kat tepi laut. Daripada semalam banyak kereta....maknanya ramai gak yang tido kat pantai, dalam khemah ataupun dalam kereta. Hujan lebat dan angin yang kuat, terfikirlah camner ler depa boley tido dalam keadaan ribut yang bertiup kencang ...hmmmmm....


Sudut pandang ke arah dapur apartment ni...
 
Sepanjang hari saya lepak di dalam apartment sahaja. Selain itu, dok kat kerusi kat meja makan tu sambil buat quiz communication..he2. Apabila diperhatikan, luas sahaja dan macam besh sangat kalau dapat beli rumah ni. By the way, peratika gambar lukisan kat bawah ni. Sangat cantikkan. Pergh... patutlah ...tuan rumah ni Pengarah Antikuiti dan pastilah dia meminati seni kreatif dan kreativiti....raser macam nak tiru sahaja.
Lukisan ini menggambarkan minat tuan rumah..
Pagi ni solat Subuh kul 7.00 am tapi matahari tak muncul lagi sebab hujan turun ngan lebat sangat diikuti dengan angin yang amat kuat. Raser cam nak pecah sliding door. Cuba buka sliding door tapi angin yang kuat terasa cam nak tercabut plak apartment tempat saya menyewa. Tengok dari kejauhan ombak menghempas pantai dengan deburan yang kuat...pergh jiwang la plak.
Korang boleh nampak tak deburan ombak menghempas pantai?

No comments:

Post a Comment