Sunday, March 21, 2010
X De Baby (Siri 3)
Last two weeks, aku joint le Mesyuarat Buka Tender. Sebenonye aku ni malas nak joint sebab mesyuarat tu memakan masa yang lama dan aku tau kalau dah lama, cerita yang bagus ialah crita pasal anak. Tapi alhamdulillah, setelah dua hari, tak de siapa pun cerita pasal anak. Aku ni nama je laki, tapi ati sensitif gak.
Fuh, hari Khamis menjelang. SPM kloa. Semua ahli mesyuarat (terdiri drpd cikgu2 dlm daerah) sibuk call anak masing2. Anak orang ni dpt 2A, 10A bla...bla...bla....
En. Arain call lah anak. Anak dapat SPM brapa?
Fuh, temperature naik ler palagi. 1. Aku yang masih muda ni dia hengat ada anak umur 18 tahun kot. 2. Yang kdua, depa dah tanya soalan yang aku tak suka orang tanya aku.
Telefon la... Nak gak kami tau.
Ada seorang cikgu tu tau status aku. Dia pun mula buka mulut....
Sebenarnya kak, En. Arain ni...
Saya punya anak kecik2 lagi, belum ada yang ambil SPM .... sambil ketap gigi.
Cikgu tu dgn member baik aku terbliak tengok aku. Biarler ....
Ok le tu, tak lama lagi merasa ler perasaan ada anak ambil SPM. Kita ni, benda-benda macam ni le yang sronok. Saat menggembirakan hati... Orang yang tak ada anak, memang tak merasa la perasaan macam kita ni. Tak de thrill...
Fuh ini sudah lebih .... (Aku kna fire dan aku mesti fire balik - hukum Ultraman)
Aha la kak... ini lah keseronokan kita, ada anak-anak. Pandai-pandai. Mana tau nanti dia lebih pandai daripada kita, boleh larikan harta kita, gaduh rebut harta, boleh hantar kita ke rumah kebajikan, boleh gaduh adik beradik sebab suma tak nak jaga kita sebab kita kencing merata.
Orang yang tak de thrill tu, anak tak de, duit banyak, harta banyak, sunyi, dapat beribadah, dapat duduk rumah orang tua swasta yang mahal-mahal, ataupun tidak, pergi ke pondok agama swasta untuk beribadah. Kita yang banyak anak ni bolehlah lepak kat Rumah Seri Kenangan, pakai pampers pagi raya, tunggu anak-anak yang pandai-pandai tapi duduk kat obe si....
Astaghfirullah... selisih malaikat 44. Saya doa kalau nak jadi gitu, biarlah terus mati.... (mereka terus tukar topik pasal nak mati cepat tak nyusahkan anak-anak dan menantu)
Puas hati aku sambil mata menjeling pada member baik dan cikgu yang tau aku tak de anak; mereka je yang tau aku sindir 6 orang cikgu yang tak reti bahasa tu....
Ha...ha...ha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletefuh... berasap seh baca...
tu ler... bila ramai interaksi dengan kaum banyak mulut.. banyak le hati terluka.
Suami saya kata dia boleh kawal perasaan.. ye la tu.. dia tak dikelilingi makhluk2 tuhan tak de perasan boleh le cool..
satu opis dalam 5 orang semua lelaki. Eden ni ha... hari-hari rasa nak jadi harimau jadian...tapi kena sabar jugak kata mereka... alkisah...