Sunday, March 21, 2010

Hospital Selayang : 1 Malaysia (Siri 1)


Kadang-kadang, kita rasa letih apabila berurusan dgn kaunter kerajaan. Maklum le aku ni Kant's Theory follower. Stiap kali org berurusan kat opis aku, aku akan pastikan within 5 minutes, the customer can leave my office happily. I will try my best to fulfill their expectation.

Tapi, last Friday aku bawa mak aku first appointment kat Cardio clinik at Selayang Hospital. I arrived there around 8.20 am. Alamak dah lewat sb dia punya appointment pukul 8.30 am.

First step pergi - pergi ke kaunter cardio. Informed the clerk in charge yang I nak ambil kad kat dia.

Eh, nama mak encik tak de dlm system. Sapa suruh datang?

Ntah. One lady telefon maklumkan pada saya three months ago yang mak saya appointment pagi ni pukul 8.30 am

Mana ada dlm system.

Mana saya tau. Orang yang telefon le yang tau. Cuba check kat mana-mana

Dia pun check kat sebuah buku. Eh, ada lah nama mak encik.

Ok, boleh saya dapatkan kad sebab saya nak daftarkan nama mak saya di kaunter utama.

Oh tak boleh. Referral letter dan ECG slip mak encik ada nurse ambik. Saya pun tak tau sapa yang ambik. Encik kena duduk dulu sehingga nurse tu datang.

Sapa nurse yang ambik

Saya tak tau. Encik duduk dulu.

Kalau bgitu, nanti saya lambatlah. Hari ni Jumaat, orang makin ramai, saya nak kejar solat Jumaat. Boleh tak bagi kad dulu dan benarkan saya buat pendaftaran dahulu.

Ok (Dia pun bagi kad pesakit) Encik pergi kaunter no satu.

Pergi ke kaunter no satu. Sorry encik, mak encik isteri pesara; kena pergi kaunter 6.

OK. (Pergi kaunter 6 dan tinggalkan kad)

After 15 minutes, she called my mom's name.

Maaf encik, nama mak encik tak de dalam system. Encik tak boleh main datang begini...kna buat appointment.

(I've to explain everything dan dia dengar dgn tak acuh)
Oh, itu bukan urusan saya. Saya kerja ikut prosedur. Encik pergi balik ke kaunter kardio dan berurusan di sana. Kalau orang sana tak puas hati, suruh dia call saya...

Pergi balik ke kaunter kardio. (Terangkan arahan kerana pendaftaran) Kan saya dah cakap, kami pun tak bleh buat apa.

Mula tinggi suara - Hari tu masa saya first time datang nak buat appointment, saya tak nak tinggalkan surat-surat klinik tapi you orang sindir kata saya mcm tak percayakan Hospital Selayang. You org gak cakap tak pernah dalam rekodpun surat dr hilang (walhal before this aku berurusan dengan Klinik Gynae pun surat rujukan aku hilang) Jadi kes ini berulang.

Tak pe lah encik. Kita tunggu je nurse tu datang.

So aku tunggu le kat kerusi. Perut lapar sebab blum breakfast. Kloa rumah awal tadi sebab nak rush ke hospital.

Bersambung ...

No comments:

Post a Comment