Rasanya dah hampir 2 bulan saya tak update blog. Last saya update maser tu tengah sibuk nak audit iso. Mulanya audit luar dari JPN Pahang, lepas tu audit dalaman dari JPN Selangor. Alhamdulillah keduanya saya lepas tanpa ada OFI apatah lagi NCR. Mungkin ini berkat doa sesaper yang bacer post saya sblm ni. Difahamkan tahun depan baru kami akan terpilih untuk audit Sirim dan BPSH. Ha... Mase tu baru pening kepala sebab depa strict sket.
Thursday, August 30, 2012
Tuesday, June 12, 2012
Pecah rekod
Hari ini saya pecah rekod sejak kerja kat opis ni…punch in pukul 7.28
pagi 12 Jun 2012 dan sehingga post ini ditaip 13 Jun 2012, saya belum punch out lagi….jap
lagi nak balik…He2..ni lah penangan bila kena buat 3 kerja sekaligus dan nak
kena ISO pagi ni. Korang pernah bayang, jam sekarang menunjukkan pukul 3.42 am,
saya still kat opis. Padahal pembukaan ISO pagi ni jam 8.30 pagi….pergh lagi 4
jam setengah lagi.
![]() |
| He...he..he...dok sorang2 tengah malam |
Sesaper yang bacer post ni, please do pray for me tak dapat NCR or
OFI hari ni ya…keh2…kater ISO kan tapi pehal buat kerja last minit…hmmmm….itu
ler maser saya study dulu saya pelik tgk fakulti, biler nak ISO jer fakulti
terang benderang…Ha2 sekarang baru tau… amek ko….kay nak chow sebab kepala pun
dah pening…
| Nilah seriusnya auditor bila datang check opis orang ...pergh.. |
Pepun sedih… x der saper nak teman kat opis….nak ajak teman tak
sampai hati plak…anyway kay gak dapat pecah rekod setel kerja jam 4.00 am…tapi
dulu dengar ader orang kewangan sampai tido kat opis…pergh yang tu x bley lawan
sebab dia kaki tido..…
p/s nearly 20 hours ma kerja
Saturday, June 9, 2012
Hari Ahad dan Saya
![]() |
| Ingat...mulakan pagi dengan minum air meneral at least a bottle b4 take ur break fast... |
Pagi ni hari ahad yang sangat sunyi….bangun pagi punyerlah malas
apatah lagi malam tadi boley plak mimpi kena masuk dalam van jenazah sebelah
keranda….lepas tub ley plak meraung…cabut lari daripada van jenazah…itulah tido
tak basuh kaki …dah ler tido pukul 3.00 am….tapi apa relevennyer basuh kaki
ngan mimpi yang aneh-aneh….hmmm …baru tau naper saya mimpi van jenazah….luper
nak solat isya’…mampus dosa beso….ya allah, ampunkan aku...!!!
![]() |
| Ha...ha...ha...makan dier...Sajer release tension pakai mask adik bongsu saya yg down syndrome |
Lepas subuh terus sambung tido sampai pkul 8.30 utk balas malam
tadinyer. Lepas mandi bfast ngan scramble egg, nak gerak ke opis….pergh citer
korea favourite saya plak…kang ho ngan eu nim…sempat plak dok ternganga….hmm
pukul 10.15 am…tak bley jadi…kalu layanz gak citer korea alamatlah ncr ler saya
punya fail….dengan beribu kemalasan…gerak ke ppd. Hmmm…sunyi plak ppd…yang ader
kak ita unit perkhidmatan, kontraktor tengah baiki loji kumbahan kitaorang dan
akak security yg tengah makan nasi lemak kot…..
| Suasana penutupan hari audit di opis last year...berdebar tunggu result. |
Hmmm….sunyi2 ni ler favourite saya sejak kecik dulu. I’m always a
lonely person….ha….ha…ha…b4 start my task, juz jott down my feeling and would
like to share with others ….(ader ker????)
| Tengok auditee tu bley gelok besor bila disoal oleh auditor, maknanya she is well prepared for ISO.. |
Hectic Week
![]() |
| Bermula kesibukan dari program di Sungai Dorani Resort Sabak Bernam... |
This week ialah minggu yang paling memenatkan bagi diri
ini. Actually minggu yang memenatkan bermula sejak dua minggu yang lepas dan
this week dan next week ialah minggu puncak kerja bagi setengah tahun pertama.
Rasa cam dah tak larat sangat…
![]() | ||
| Beshnyer dapat pergi ke sekolah saya semasa Tahun 1 dahulu....(Kelas1D) |
Bermula daripada persiapan untuk mesyuarat perhubungan
dan pendaftaran bagi meluluskan sumbangan PIBG dan pendaftaran PIBG di Sungai
Dorani Resort, saya dah bercekang mata dan balik dari pejabat pada pukul 11.30
malam. Pagi pukul 5.00 pagi dah mula buka mata. Di Sungai Dorani, hampir
kebanyakan sekolah terpaksa dikuiri akibat tidak memenuhi kehendak jabatan.
![]() |
| Hmmm...banyaknya kerja nak kena settle ni... |
Kemudian balik hantar isteri kat kampong. Ikut hati
malas nak hantar dia balik kampong tapi ini dah niat hati apabila kami tak jadi
minta tukar dan buat rumah di kampong, setiap kali cuti sekolah yang panjang;
biar orang umah duduk di sana dan berkhidmat dengan ibunya. Kalau cuti pendek,
setiap bulan mesti balik kampong bersihkan rumah. Walaupun jauh namun hati rasa
senang dapat berkhidmat dengan ibu mentua sementara ada.
![]() |
| Salah satu kerja kat kampung, kemas belakang rumah... |
Ntah esok ntah lusa, kalau kita dah taka der, tak
terasa sangat. At least, mak mentua akan menyebut bahawa saya salah seorang
menantunya yang ada hati perut. Walaupun ambil anak perempuan bongsunya namun
masih beri kebenaran dia berkhidmat kepada ibunya yang uzur. Kisah seorang
cikgu yang menjadi idola saya, Cikgu Kamil (suami Cikgu Rusmawati) tetap
menjadi teladan. Anak lelaki bongsu yang menghabiskan masanya dengan membela
ibunya yang mengalami strok dengan membela ibunya walhal anak perempuan masih
ramai. Cikgu Rusmawati sanggup tinggal di pondok kecil dan tidak pernah kisah
tentang keselesaan bagi memastikan suaminya dapat membela ibunya yang uzur di
sebelah pondok tempat mereka tinggal. Nah, selepas ibunya tinggal, cikgu Kamil
puas hati dan Alhamdulillah saya lihat semua anaknya Berjaya dan amat
menghormati kedua ibu bapa mereka.
| Sesekali melawat apak hilang juga kerinduanku padanya. Apak...rindu style kau ajak menantu pi Kuale... |
Kalau nak rasa terkilan, sampai sekarang masih terasa
terkilan tak dapat memenuhi kehendak pak mentua yang teringin sangat nak ajak
saya pi Kuala Muda Kedah untuk melawat sanak saudara dia di sana. Bukan tak nak
pergi tetapi maser tu still belajar lagi, duit hanya cukup makan. Tak sampai
hari ke sepuluh, makan mulai disukat kerana duit habis untuk bayar bil sahaja.
Itu sebab, selepas apak meninggal, rasa terkilan tersebut tak pernah hilang.
| Meredah PLUS menuju ke Johor Bharu untuk ziarah atok... |
Last Tuesday saya terpaksa rush ke Johor Bharu untuk
melawat atok yang admitted kat CCU Hospital Sultanah Aminah. Perjalanan 850 km
yang terpaksa diharungi dari pukul 7.00 pagi dan selamat kembali pada pukul
11.45 malam hari yang sama. Walaupun penat namun lega dapat bertemu dengan
atuk. Alhamdulillah, datuk dah kembali sihat walaupun pada awalnya kami difahamkan
bahawa peluang datuk untuk survive ialah 30 : 50. Itu jangkauan doctor termasuk
pak cik kami yang juga merupakan seorang doctor. Apabila dia memaklumkan bahawa
semua anak diminta pulang untuk melawat atuk sebelum apa-apa terjadi. Alhamdulillah,
semalam atuk dah discharged dari hospital dan sekarang stay kat umah pak cik
yang doctor untuk pemanatauan. Hmm…doctor pun tak jadi nak masukkan (pacemaker
) bateri sebab jantung dia boleh pam sendiri. Thank you Allah.
| Alhamdulillah datuk dah sihat semula...Ni maser majlis kawen sepupu last yer... |
Dalam pada masa yang sama, saya juga kena uruskan
Perayaan Hari Guru peringkat daerah. Sebagai setiausaha, kerja nak dilakukan
bukan sedikit dengan masa yang amat kritikal. Nanti saya ceritakan marah saya
no 4 yang berkaitan dengan sambutan hari guru tersebut. Ughh… banyak tempat dan
banyak kerja terpaksa dikejar pada saat yang amat tersibuk ni. Hari guru
peringkat daerah bukan kerja yang boleh dibuat main-main sebab impaknya amat
tinggi sekali. Kalau tak Berjaya, malunya akan diterima oleh Tuan PPD apatah
lagi ini Hari Guru pertama beliau sebagai PPD kerana selama ini dia bertindak
sebagai YDP MPSM.
Dan kemuncak kepada segala kepenatan saya ialah pada 12
dan 13 Jun ini kami akan diaudit oleh Audit KPM yang khabarnya datang dari JPN
Pahang. Inilah yang menjadi kemuncak kepenatanku. Apatah lagi dengan fail-fail
sendiri yang terlalu banyak perlu dikemaskini, ditambahkan lagi dengan fail
aduan. Mak….raser cam nak nangis ajer sebab saya tak der kerani untuk bantu. Orang
lain ader yang senang boleh bercuti dan lepak dengan family serta ambil cuti
yang panjang padahal saya terpaksa bersengkang mata nak siapkan fail. Hmm….tapi saya dah tanam azam takkan merungut
pada orang lain; boleh buat, saya buat, kalau tak boleh…lantok ler … tak kuase
teman nak buat….
![]() |
| Bila penat buat kerja ISO ni cam raser nak pi golek bola boling jer... |
ISO ni sebenarnya elok kalau organisasi tersebut
mempunyai tenaga kerja yang mencukupi. Everything akan ikut sequence serta SOP
tapi kalau dah semua benda kita pegang sendiri tanpa kerani, sometimes ader
banyak surat tak terekod dan ader banyak maklum balas yang tak terkejo daripada
sekolah. Kekadang tu apabila dah tersibuk sangat, cakap secara lisan kekadang
sudah memadai tetapi dalam ISO ini tak boleh diambil kira because everything
must be shown in documentation. Paperless tak pakai ma…. Kekadang tu bukannya
perlu sangat malahan lebih membebankan namun dah ader dalamSOP maka terpaksalah
diadakan oleh kita.
| Kerja ISO dok kejar padahal preparation nak pergi sini selalu jer terlupa... |
Apa yang penting, saya akan terus mengejar date line
dan yang pastinya saya tak nak dapat OFI pada tahun ini apatah lagi kalau NCR
kerana sudah menjadi budaya kerja saya; saya tak suka orang menilai kerja saya
sebagai tidak mencapai PAR yang dikehendaki. Ok…chaiyo! Chaiyo! Chaiyo! Next
week saya cerita hari audit ya pada semua orang…
![]() |
| Kalau next week kerja saya tak kena OFI @ NCR...ingat nak pi mandi kat sini ler... |
Sunday, June 3, 2012
Bad News
We received bad news yesterday. Grandpa admitted to Sultanah Aminah Hospital Johor Bharu due to heart failure. My uncle (hospital director at Sarawak) informed that the doctors are trying to help him by using battery. I'm not familiar about this procedure but the battery will help to stabilize grandpa's heart rhythm. If the heart rhythm becoming normal, most probably the doctor will put the battery inside his body....
| Ya Allah ya tuhanku, Kau sembuhkanlah datuk kami seperti sediakala.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)









