Saturday, June 2, 2012

Marah - Part 1

Minggu ni saya ada banyak perkara yang nak dimarahkan. Tak taulah sama ada kerana terlalu banyak kerja, tekanan di tempat kerja, ISO yang semakin hampir dan satu fail pun belum dikemas kini dah nak andropouse...(pergh...selisih ...minta dijauhkan). Tapi yang penting angin naik satu kepala. Anyway, let me divide the stories to part 1, part 2 and part....
Panas dalam hati macam api bawah poko kelapa ni....

 Minggu ni 1 Jun 2012, ialah hari untuk cikgu yang berpindah dengan yang telah di "redeployment"kan melaporkan diri. Ada seorang cikgu ni namanya dah dikeluarkan daripada sekolah atas alasan lebihan opsyen. Dia ni opsyen muzik manakala sekolah tersebut ni tak ada kelas muzik dan dia merupakan yang paling junior dalam kalangan 4 orang guru muzik di sekolahnya. Oleh sebab itu dia dipindahkan keluar. Jadi untuk pertukaran 1 Jun 2012, dia boleh digerakkan ke daerah Gombak. Klang dan Petaling Utama. Kesian plak saya. Ntah ler, sejak duduk kat kerusi sekarang, semua orang nak ditolong, semuanya saya nak rasa kasihan. Perghh...
Camner ya nak tolong cikgu ni.....
 
Nak dijadikan cerita, ada satu kekosongan di SMKKS. Difahamkan dan alamat dia di EMIS ialah tinggal di Behrang. Alhamdulillah, selesai kerja dan tak payah nak gerakkan dia ke Gombak. Cuba telefon dia, pujuk dia berpindah sekolah ke SMKKS atas alasan sama jarak sekolah lama dengan sekolah baru. Tetiba dia bagitau dia baru sahaja berkahwin, baru menyewa di Batang Kali dan isteri dia baru seminggu dapat kerja di Batang Kali. Mak ai...tak kan saya nak gerakkan cikgu ni ke SMKKS yang jaraknya 140 km pergi dan balik. Sekolah tu satu sesi dan dia perlu keluar rumah pukul 6.00 am supaya dia dapat sampai ke sekolah on time kerana dia perlu keluar Selangor, masuk perak, masuk selangor...lalu bawah pokok getah dan kelapa sawit supaya dapat sampai. (Alhamdulillah, dia menolak ke Gombak dan redho ke SMKKS tanpa bantahan dan dia akur menurut arahan PPD - terima kasih buat cikgu RM yang namanya sudah dua kali naik untuk di rede ; menurutnya, dia dah bersedia apabila dimaklumkan bahawa akan berlaku gelombang ketiga redeployment kerana tahu bahawa sekolahnya terdapat lebihan opsyen Muzik)

Saya lagi ke kena pindah keluar dari sekolah ni????
 
Doa saya kepada Allah, permudahkan urusan cikgu ini kerana dia amat memudahkan urusanku dalam meredekan cikgu. Allah maha mendengar, tetiba sekolah jirannya kekosongan seorang guru dan perlu diisi tanpa mengira opsyen asalkan body cukup (pentadbiran sekolah faham maksud body dalam konteks perjawatan). Terima kasih ya Allah atas pertolongan mu.
Terima kasih Allah !!!!

Hari akhir persekolahan, dengan baiknya saya menelefon pengetua memaklumkan bahawa akan berlaku pergerakan dan surat akan difaksimilikan kemudian. Tanpa dapat menyelesaikan ayat, pengetua itu telah meninggikan suara "Oh..mentang-mentang kau ada kuasa, suka-suka hati kau gerak cikgu dan masuk cikgu ikut kehendak kau, manusia jenis apa kau ni...." Pergh....nak tercabut telinga aku dibuatnya....inikah caranya dia menjawab... Ya Allah, sesungguhnya dia merupakan antara pengetua yang paling saya hormati tetapi apabila dia sanggup mengeluarkan statement tersebut, rasa hormat terbang begitu sahaja.

Saya pengetua ini sekolah...lu sapa???
 Kemudian beberapa orang pentadbir di sekolah tersebut mulai menghantar sms mempertikaikan tindakan saya. Yang paling saya tak gemari apabila PK Ko sanggup mempertikaikan tindakanku padahal PK 1 satu perkara pun tidak bercakap. Pelbagai tohmahan tentang cikgu RM mereka hamburkan kepada saya untuk memastikan cikgu itu tidak ditempatkan ke sekolah mereka.Sian kat cikgu tu, andainya dia tahu tentu dia rasa terhina. Tapi Allah maha mengetahui, mungkin dengan sengaja pengetua itu telah mem'forward'kan teks sms PK mereka kepada dia dalam usaha untuk menggagalkan rancangan untuk menempatkan cikgu RM ke sekolah mereka.

Raser cam nak tolak jer cikgu yang tabur fitnah tu kasi makan dengan ikan keli ni...

 Akhirnya, rancangan mereka berjaya. Semasa saya tengah mesyuarat di Sungai Dorani, cikgu RM telefon memaklumkan bahawa dia telah dihalau dan diterima ketiika melaporkan diri di sekolah tersebut. Alasannya pengetua memerlukan BM (dalam masa yang sama PK  yang menelefon memaklumkan mereka kritikal Sejarah) ;{mana nak percaya ya}. Yang menyedihkan saya apabila cikgu RM telah terdengar desas desus yang buruk mengenai dia dan ini menyebabkan dia terasa hati sangat. Bayangkan, seorang guru yang redho dipindahkan ke sekolah lain tetapi telah tidak diterima oleh sekolah baru dengan sombongnya dan mengatakan cikgu itu  ialah seorang cikgu yang bermasalah.


Bestnyer kalu boleh sumpah orang jadi ikan...sesuka mulut nak burukkkan orang...
 
Kekadang saya terasa amat penat dengan melayan semua karenah ini. Isu redeployment bukan satu isu yang mudah untuk ditangani seperti memakan biskut. Sekejap ada, sekejap hilang. Ini lebih kepada isu kemanusiaan apatah lagi apabila isu penempatan semula ini lebih hangat diperkatakan isu menempatkan guru yang bermasalah walhal isu sebenarnya kita ingin memastikan semua sekolah mendapat jumlah guru yang sama dan tidak ada kelas yang tidak mempunyai guru dan sekolah akan dibekalkan dengan lebihan guru yang terdapat sekolah lain. Hmmm....letih dan marah kerana nak memindahkan seorang guru saya terpaksa memerah otak untuk menyusun ayat untuk memeujuk tetapi ada sekolah yang amat mudah menggagalkan semua rancangan yang cuba dibuat oleh pihak BPSH KPM......puhh.....


Nampaknya next week makin bertambahlah my work load .... arghhh....

Points to ponder

During reading some posts from other bloggers, suddenly I found two quotations that I would like share to others. Those quotations have to do with my life in pursuit of my dreams...


" If you shoot for the stars and hit the moon. it's ok. But you've got to shoot for something. A lot of people don't even shoot "
                                                                                                                                             Confucious.

It is not easy to shoot the golf ball into the hole.
 
" The nearest way to glory is to strive to be what you wish to be thought to be"
                                                                                                                                                 Socrates.

The active boy try the abseiling in the park ...

Tuesday, May 22, 2012

Mesyuarat Pertukaran 1 Jun 2012

Alhamdulillah, hari ini selesailah mesyuarat pertukaran bagi 1 Jun 2012. Ini adalah antara keja buat kami yang paling utama pada setiap tahun. Tahniah kepada semua rakan-rakan yang telah mengorbankan waktu dan duit (kesian....ntah berapa ringgit yang mereka habis kerana menelefon guru-guru untuk memastikan mereka dapat sekolah yang berhampiran dengan rumah). Bagi saya tak berapa sangat seperti daerah Klang, Petaling Perdana, Petaling Utama, Hulu Langat dan Gombak. Mereka terpaksa meneliti alamat tempat tinggal dan jarak sekolah yang akan diberi.

Kekadang pelik apabila menguruskan hal pertukaran antara negeri, mohon di Hulu Selangor tetapi alamat tempat tinggal ialah di Kajang. Camner ya kita nak buat?? Tapi kami tau, ini berlaku ialah kerana pada pendapat cikgu tersebut ialah janji mereka dapat balik ke negeri Selangor. Ini selalu taktik dan cara guru-guru yang mengajar di Sabah, Sarawak atau negeri-negeri yang terletak di pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia. Hmmm....kekadang gelak sendiri apabila melihat telatah guru-guru kita apabila sedaya upaya untuk balik ke negeri yang dipohon. Anyway, it is accepted....ha..ha...ha...pada saya ini seseautu langkah yang bijak pada masa ini tapi kekadang akan menimbulkan masalah apabila mereka mula memohon untuk pindah antara daerah.

Kekadang pelik dengan cikgu kita, dahlah orang telefon nak tanya alamat sebenar dan bagitau nama sekolah; lepas tu macam2 songeh. Nak itulah, nak yang inilah, saya tak nak jauh dengan suamilah.Rasa syukur tu langsung tak ader. Padahal sebelum ni bertahun boleh berpisah dengan suami, jumpa sebulan sekali; ni minta mengajar di sekolah yang jarak dalam 30 km pun dah tak nak. Saya nak mengajar sekolah depan rumah saya. Bila kita cakap dah penuh, mulalah beritahu yang ader cikgu cakap ada tempat kosong. Apabila kita tanya nama cikgu yang gatal cakap ader tempat kosong, mulalah cakap ini maklumat sulit.

Sebenarnya nak masukkan guru kita kena lihat ABM Perjawatan 2012. ABM ini ialah peruntukan guru yang boleh diterima oleh sekolah bagi tahun semasa berdasarkan jumlah murid dan bukannya jumlah kelas yang dibuka oleh murid. Ini semua guru kena tau. Peruntukan guru diberi berdasarkan jumlah murid. Ini adalah kerana terdapat sekolah yang membuka kelas dan menyorokkan jumlah murid yang sebenar. Apabila jumlah kelas yang dibuka tidak mendapat kelulusan, inilah punca kita melihat ada kelas yang tidak mempunyai guru. Saya pernah menghadapi sekolah yang membuka kelas yang banyak di mana jumlah murid dalam satu kelas langsung tidak mencapai 30 orang. Apabila semakan enrolmen dibuat, terpaksalah sekolah tersebut menutup 5 buah kelas. Berapa orang guru yang terpaksa di rede ke daerah lain....


Jumlah ABM ialah peruntukan emolumen yang perlu dibayar kepada sesuatu sekolah. Ini bermakna kalau ada sekolah yang menyimpan guru, ini bermakna ada daerah yang tidak mencukupi guru. Kesian kat murid-murid. Dalam masa yang sama, KPM terpaksa membayar gaji guru padahal peruntukan itu dicuri daripada daerah yang lain. Bagi mengelakkan perkara ini, kita sering mengingatkan semua pentadbir agar tidak menyorokkan guru dan memastikan ABM 2012 dipatuhi.

Disengat Lebah

Pergh...hari Ahad lepas hari yang malang bagi diri saya. Ketika nak ambil makanan di gerai yang %^&;*$, tetiba terasa ada sesuatu yang merayap di leher.Dengan spontan saya menepis benda merayap. Zasss... ada sesuatu yang menyengat tangan saya. Dengan segera saya memandang ke arah tangan...mak...besarnya lebah sedang menggigit tangan.


Dengan segera saya pun cuba menyentap lebah tersebut namun dia melawan. Dengan sekuat hati saya cabut dan penyek lebah tu (nyesal plak...patut amek gambar dulu sebelum dipenyek). Tak sampai seminit kemudian, bisa mula menjalar di sepanjang jari manis tangan kanan. Rasa nak tercabut sendi jari manis. Kemudian rasa sakit semakin menjalar ke seluuh tangan. Rasa panas campur pedih mulai bergerak. Orang rumah paksa pergi klinik tapi malas sebab tak nak kena inject di ponggong ...ha3.


Malangnya, selepas Maghrib; kesakitan semakin kuat sehinggakan tangan rasa macam nak tercabut. Akhirnya terpaksa surrender dan minta orang rumah hantar. Oleh kerana dah hujung bulan, kami tak pergi kilinik biasa sebab orang rumah kata klinik tu mahal kalau malam dan apatah lagi yang bertugas ialah doktor lo cum. Kami memilih Klinik Murni; last sekali saya pergi klinik tu ialah pada tahun 2008. 


Doktor Zabidi spray jari manis dengan ubat bius. Dia tanya sengat tapi saya bagitau dah tak der maser saya tarikh lebah dari tangan. Nasib baik tak kena inject. Doktor caj RM 22 dan dia prescribed Serrin (hilang bengkak), Somin (alahan) dan Pontalon (tahan sakit). Tapi dalam banyak ubat tu saya tak ambil Serrin sebab klinik bagi tau ubat tu boleh menyebabkan ngantuk.


Jari manis saya yang semakin membengkak..

Esoknya saya pi ke Pangkor untuk mesyuarat dengan tangan yang membengkak. Sakitnya untuk menggunakan tangan tu. Lewat petang, daripada sakit...tangan mulai berasa sangat gatal. Tergaru-garu cam orang kena kurap. Gatalnya tak terkata. Maka sambil mesyuarat, asyik tergaru-garulah tangan kanan. Orang kata kalau dah mula rasa gatal maka tandanya dah naik baik....hmmm....


Warna merah mulai kelihatam setelah digigit dek lebah durjana.....

Thursday, May 17, 2012

JENIS DARAH

 Ketika sedang melayari FB malam tadi, sebenarnya nak cuba cari button delete semua post kat wall, tetiba saya terjumpa artikel berkaitan jenis darah dan personaliti. Moh kita tengok setakat mana pernyataan yang dicatat benar dengan diri ini.

Berdasarkan medical check up, saya berdarah O... pergh orang kata mereka yang berdarah O ni pemurah sebab dia boleh menderma darah kepada orang di dunia ini. Yang saya tahu, mak dengan ayah pun berdarah O, orang rumah pun berdarah O dan kalau ader anak sure darah O gak....

Merujuk kepada jadual di bawah, dinyatakan mereka yang berdarah O ialah orang yang sabar. Pergh...SABAR??? Yang saya tahu yang saya bukanlah orang penyabar, tak caya cuba kita pi makan sama; cukup x berkenan  dengan servis yang lambat.


Kuat cemburu...mmmm...memang ader sket sifat cemburu. Kih...kih...kih... 

Tetapi saya amat bersetuju dengan pendapat yang mengatakan mereka berdarah O merupakan orang setia, ego dan ingin jadi ketua kumpulan, seorang yang berkeyakinan, seorang yang kuat berusaha dan juga merupakan seorang yang serius. Tetapi yang musykil tentang tekanan. Selalu tertekan atau memberi tekanan kepada orang ramai.  Mmmm ...entahler...