Saturday, September 18, 2010

SELAMAT EID MUBARAK 1431H

(gambar pokok kelapa kat belakang umah mak mentua yang aku pi bakar perdunya)


Hari ni sudah menjangkau 10 Syawal 1431 hijrah. Masih kat dalam bilik buat assignment. Tahun ni tak banyak rumah yang aku ziarah; boleh bilang ngan jari. Yang aku dah ziarah ialah umah aku, umah mak, umah mak mentua, umah chu, umah nin (spupu org umah), umah aku, umah babah caleh, umah aku, umah Rosli Maju Makmur dan skali lagi umah aku.

Ari ni ada anak murid jumput pi majlis kawen dia, jemput kat FB tapi dia tak bagi alamat. Camner nak pi. Member ajak pi umah terbuka dia kat Klang. Mak ai jauh plak kat 120 km. Pi balik 240 km. Panaih-panaih malaih plak nak pi.

Yang pelik, naper x der budak nak datang raya kat umah aku ni. Puas tunggu tapi takde saper nak beri salam. Bila nak abih kueh raya atas meja ni?
(Elok dok tulih ... dah ada orang bagi salam.... nak pi tgk sape yang datang...)

Wednesday, August 11, 2010

DAPAT BOSS BARU


Mulai semalam boss baru dah mula lapor diri. Hari ni dia panggil semua untuk sesi perkenalan. Dia nampak baik dan harapnya dia memang baik. Ucaptama beliau yang bestnya ialah dia mintak wujudkan solat berjemaah di opis. Dia minta mulakan dari bulan Ramadhan ini. Harap-harap dia dapat membawa banyak perubahan kepada organisasi kami.

Sunday, August 1, 2010

Meet again ....

It is quite long time I'm not on air .... he..he..he...
Very...very (1000x) busy right now.
Anyway, I will start posting something or at least my diary up here starting tonite.
Puasa is around a corner but I still not ready yet ....Lemah betul iman....

Ok, chow first .... I'm going to Shah Alam. Problems appeared dah regarding my study !!!!!

Sunday, March 21, 2010

FB dengan anak murid


Sekarang aku dah pandai sebanyak 45% main face book. Orang kata saper tak de FB, dia ketinggalan zaman. Jadi, aku pun main gak....

Yang paling best aku guna foto gajah anak buah aku. Nama FB aku guna nama bakal anak-anak aku (orang umah kata aku gila meroyan sebab dah ader nama anak).

Jadi bekas anak murid aku sorang pun tak tau. Tu yang depa bengang nak tau saper aku yang tau sapa depa. Cuma sorang je anak murid kesayangan aku tau saper aku, tapi dia sporting sb dalam FB dia guna gua dan bro jer....

X De Baby (Siri 3)



Last two weeks, aku joint le Mesyuarat Buka Tender. Sebenonye aku ni malas nak joint sebab mesyuarat tu memakan masa yang lama dan aku tau kalau dah lama, cerita yang bagus ialah crita pasal anak. Tapi alhamdulillah, setelah dua hari, tak de siapa pun cerita pasal anak. Aku ni nama je laki, tapi ati sensitif gak.

Fuh, hari Khamis menjelang. SPM kloa. Semua ahli mesyuarat (terdiri drpd cikgu2 dlm daerah) sibuk call anak masing2. Anak orang ni dpt 2A, 10A bla...bla...bla....

En. Arain call lah anak. Anak dapat SPM brapa?

Fuh, temperature naik ler palagi. 1. Aku yang masih muda ni dia hengat ada anak umur 18 tahun kot. 2. Yang kdua, depa dah tanya soalan yang aku tak suka orang tanya aku.

Telefon la... Nak gak kami tau.

Ada seorang cikgu tu tau status aku. Dia pun mula buka mulut....

Sebenarnya kak, En. Arain ni...

Saya punya anak kecik2 lagi, belum ada yang ambil SPM .... sambil ketap gigi.

Cikgu tu dgn member baik aku terbliak tengok aku. Biarler ....

Ok le tu, tak lama lagi merasa ler perasaan ada anak ambil SPM. Kita ni, benda-benda macam ni le yang sronok. Saat menggembirakan hati... Orang yang tak ada anak, memang tak merasa la perasaan macam kita ni. Tak de thrill...

Fuh ini sudah lebih .... (Aku kna fire dan aku mesti fire balik - hukum Ultraman)

Aha la kak... ini lah keseronokan kita, ada anak-anak. Pandai-pandai. Mana tau nanti dia lebih pandai daripada kita, boleh larikan harta kita, gaduh rebut harta, boleh hantar kita ke rumah kebajikan, boleh gaduh adik beradik sebab suma tak nak jaga kita sebab kita kencing merata.

Orang yang tak de thrill tu, anak tak de, duit banyak, harta banyak, sunyi, dapat beribadah, dapat duduk rumah orang tua swasta yang mahal-mahal, ataupun tidak, pergi ke pondok agama swasta untuk beribadah. Kita yang banyak anak ni bolehlah lepak kat Rumah Seri Kenangan, pakai pampers pagi raya, tunggu anak-anak yang pandai-pandai tapi duduk kat obe si....

Astaghfirullah... selisih malaikat 44. Saya doa kalau nak jadi gitu, biarlah terus mati.... (mereka terus tukar topik pasal nak mati cepat tak nyusahkan anak-anak dan menantu)

Puas hati aku sambil mata menjeling pada member baik dan cikgu yang tau aku tak de anak; mereka je yang tau aku sindir 6 orang cikgu yang tak reti bahasa tu....

Ha...ha...ha...