Wednesday, April 16, 2014

CUTI SEPANJANG MINGGU...

Minggu ni saya bercuti sakan. Hari Isnin hari tu pergi Klinik Kumar; kilinik pakar. Doktor bagi cuti hari Selasa dan Rabu untuk saya melawaskan perut. Setelah di x-ray dan scan, doktor berpendapat simptom yang ada pada perut saya bukan simptom gastrik atau ulser. Dia dia juga scan dan dapati setakat ni tidak ada sebarang stone kat hempedu. Alhamdulillah.

Dia beri ubat supaya saya mengosongkan perut dan berpendapat saya mengalami sindrom usus besar yang malas. Dia ada sebut dalam bahasa perubatan tapi apa ntah....panjang no.  Dia minta saya cuba dengan mengosongkan perut, usus kecil dan usus besar iaitu kaedah nyah toksin.  Nanti hari Isnin datang untuk x ray semula. Dia nak tengok ada tak perbezaan.

Hari ni saya ambil cuti lagi sebab rasa nak relex dan hilangkan stress. Doa saya agar ada perubahan yang Allah akan berikan kepada saya melalui perantaraan ubat Dr. Kumar ini. Sebenarnya rasa senak perut yang rasa kembung ni dah saya hadapi selama hampir 2 bulan. Setiap kali pi hospital, dr on duty cuma beri Magnesium Trisc dan Ratindine sahaja. Perut masih lagi berangin.  Alhamdulillah, dengan ubat yang Dr. Kumar ada sedikit perubahan cuma angin masih banyak lagi keluar secara sendawa.

Esok, saya memang dah minta cuti rehat sebab nak pi servis vios. Mulanya nak pi petang tapi sevice center bagitau 80 000 km; major service. "So sir, you've to come from morning ya...." Major service maknanya duit kena sedia banyak dan dalam masa yang sama minggu depan road tax dan insurance keter vios dah kiok. Mak ai.... banyak nyer nak kena sediakan duit.....

Kalau tau beli keter cam Ajiq, for sure x payah bayo road tax dan insurans...

Sunday, April 13, 2014

Whassap dan Telegram....

Hmmm....naper ler tak ader orang nak whassap saya ni...

Baru saya perasan, antara penyumbang utama kenapa saya kurang menulis di blog ini adalah kerana demam whassap dan telegram kot.  Semenjak dua menjak ni, saya asyik melayang whassap sahaja. Telegram saya dah tutup sebab rasanya dah terlalu banyak membuang masa.

Ada sekali tu, boleh berwhassap dengan member yang nak tunggu flight nak ke Vietnam sampai pukul dua. Sok paginya, maser hantar parents pi Kursus Asas Haji; mata dah tak boleh nak buka langsung.  Apa yang pasti sejak ada dua benda ni, orang pun dah kurang layanz FB.  Orang umah saya pun dah kurang buka FB dia sebab dah banyak group kat dalam HP dia.

Saya ni bukan suka sangat layanz whassap tapi minat jadi silent reader.  Tapi kekadang yang saya hangen apabila ada orang memasukkan kita secara tanpa kebenaran dalam group.  Nak kita left group, dah tak sampai hati jadi ikutkan sahaja. Itu yang letih apabila semua group bersembang, dah naik berat hp kita.  Ada sekali tu, separuh hari tak buka whassap....lebih seribu entri orang hantar.

Tu belum lagi yang setakat hantar jari ler. emoticons ler, hantar he2...sahaja. Paling saya takut kalau ada yang hantar gambar lucah kat whassap. Tak pasal anak buah buka habih mata diorang.  Walaupun dah bubuh pass word, pandai plak depa buka. Ditujunya bahagian gallery.

Yang letih dok bacer satu group ni yang dok cerita nak kawen dua...tiga dan empat. Maka bergaduh ler puak pompuan dan laki dalam group. Sok gaduh lagi....lusa bertengkar lagi. Hmmmm.... nak kawen...kawen ler...cakap berdegar2 kat whassap tapi buatnyer tidak.

Apabila malam Jumaat...maka keluar ler gambor pompuan yang separuh bogel....balik pintu....atas katil...ler dan dengan pelbagai aksi.  Ayat biasa...bang ...malam Jumaat ni bang... jangan balik lewat....aduh...macam bebudak...yang  busannya....semua group hantar yang sama....perghhhh...macam takder benda laen nak hantar kat whassap....

Dah lama saya tak menulis...

Ya Allah, baru saya perasan yang saya sudah lama tidak menulis dalam entri ni.  Sebenarnya banyak idea nak menulis tapi kerja banyak sangat kat opis.  Setiap malam kalau balik ke rumah, rasa lelah sangat. Entahlah, rasanya macam banyak benor kerja yang perlu dilakukan di opis. Apatah lagi apabila musim ISO datang lagi.

Musim pertukaran datang lagi. Kali ni saya berdoa agar ramai yang akan mohon keluar dari daerah saya supaya saya dapat opsyen yang saya inginkan. Terdapat beberapa opsyen yang amat kami perlukan bagi membantu sekolah. Selain itu, dah menjadi kelaziman daerah ini, kalau pengetua sokong, opsyen tidak kritikal serta amat diperlukan di daerah ini; kami akan akan lepaskan keluar.  Kalau tak, rasanya sukar untuk kami lepaskan kerana kepentingan murid-murid adalah keutamaan kami.

Risau, kami lepaskan; daerah / negeri lain terima....sekali pengganti tak ada.  Menganga bebudak nak belajo kerana cikgu tak ada yang masuk.  Beban minit guru akan bertambah dan guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar anak-anak kita. Hmmm....

Kepada mana-mana yang sedang pulun mengisi e-GTukar, selamat memohon dan jangan lupa untuk baca Bismillah dan disertai dengan doa supaya Allah mempermudahkan urusan. Amin....

PASAR DI CAMBODIA MASA MELANCONG TAHUN 2013

Monday, January 27, 2014

Mesyuarat di d'Muara Sungai Dorani.

Dari semalam kami pegawai perhubungan berkampung di resort ini untuk bermesyuarat kali pertama bagi tahun 2014. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Jo membincangkan pelbagai perkra berkaitan isu-isu berkaitan pethubungan di sekolah. Perghhh....banyak sungguh perkara. Ucapan pengerusi sahaja dari pukul 9.00 am pagi dan selesai pukul 5.00 pm.

Paling banyak yang kami bincangkan berkaitan isu-isu persekolahan murid bukan warganegara. Bayangkan setelah proses pembersihan dan semua sekolah telah alert dengan masalah ini, permohonan untuk murid bukanmwarganegara  meningkat secara mendadak. Difahamkan untuk kemasukan bg tahun 2014 ermohonan melebihi 1400 permohonan.  Itu belum lagi rasanya masih terdapat  murid bukan warganegara yang masih berada di sekolah.



Wednesday, September 18, 2013

Appoinment abah....

Hari abah saya ader appointment kat sebuah poliklinik kerajaan. Sampai sahaja ke poliklinik tersebut, naik buntang bijik mata tengok ingat kita paling awal. Sekali tengok kereta bersusun kat tempat parkir sahaja sampai berlapis. Sehingga n3 ni ditulis jam menunjukkan pukul 11.15 pagi dan abah belum mlepasi zon check darah. Lepas ni nak tunggu result darah dan selepas tu barulah boleh jumpa doktor. Tak tau la bila dia boleh jumpa doktor. Mata dah ngantuk giler ni dengan udara dalam poliklinik yang anat berharap dengan kipas sahaja.

Sepatutnya klinik ni mempunyai 5 orang doktor barulah dr yang bertugas tak stress. Tu blum kira doctor on duty dah break ke belum. Ini dua bilik sahaja yang berfungsi. Kat luar ni radanya ada dalam 200 orang yang menunggu. Camner ler dr banyak yang mohon nak cabut lari. Air cond x berfungsi, patient dengan bermacam macam penyakit, mana nak dengar, mana nak fikir dan mana nak prescribe ubat.....apapun dah x der duit dan x mampu buat kat private hospital, maka mengadap ler situasi yang membosankan ini.