Wednesday, December 19, 2012

Result anak buahku....

Semalam result PMR 2012 keluar. Debaran ibu bapa sudah pasti terubat sendiri. Doa ibu bapa agar melihat anak-anak berjaya sudah pasti telah diperkenankan. Kepada yang berjaya. diucapkan tahniah dan yang kurang berjaya didoakan agar akan lebih berjaya,

Ni dua orang cousin Asyraf tgh buat revision untuk SPM sb maser diaorang nanti PMR dah x der lagi...
Kepada anak buahku Asyraf, selamatlah duit pakcik sebanyak RM200 kerana tak payah nak kloakan duit.....kau miss betting Ha2..

Anak Murid Kawen....


Khemah utama dari tempat aku makan nasi orang kawen.

 Last Ahad aku dapat berpeluang pergi ke majlis perkahwinan anak murid di Kampong Ulu Klg. Sebelum pergi, member-member dah sound, sesaper nak pergi kena pergi awal-awal sebab jalan nak masok ke rumah dia satu lorong. Jalan tu jalan utama ke tempat perkelahan. Anak dia plak anak tunggal. Bapa dia ketua umno cawangan dan mak dia pentadbir sekolah.


Pengunjung yang semakin sedikit....

Pergh....tak kanlah boleh jam plak sebab jalan tu kan besar. So I do not bother about that advise. Jadi pada hari Ahad dengan bangganya aku pi lepaih solat Zuhur. Hmmmm.....padan muka, aku stuck dekat setengah jam sebab kereta nak kloa dan nak masuk dah bercantum. Dalam pada masa yang sama terdapat orang yang parkir kereta kat tepi jalan. Nak jalan kaki malas plak sebab jauh giler.

Namer pengantin yang sambut hari bahagia...
Setelah termenung menunggu dan berbulu kerana petugas asyik suruh maju ke depan sampai keter aku nak masuk kat dalam longkang, akhirnya aku berjaya gak sampai. Semua orang dah nak balik dan aku pun makanlah sorang-sorang. Tengah makan bekas ustazah yang sama mengajar ngan aku dulu datang bersembang, jadi ader ler teman buat berbual sambil mengadap makanan.  Yang beshnyer ialah DJ. Dia beritau bahawa pengantin laki sudah tidak sabar untuk menghunus pedangnya.....orang gelak sebenarnya dia nak cakap tak sabar nak hunus pedang untuk potong kek.....aku pun dah terdouble meaning....Ha...ha...ha...

Pehal maser aku kawen tak buat cenggina yer....

Lepas bersalam balik, aku terpaksa pi makan kat KFC bagi mengarpetkan perut aku ya ng masih kosong... sebenarnya aku ni tak berapa sangat dengan makanan kenduri sebab jenis perut tak tahan.

Hidangan KFC buat mengarpet perot...

Monday, December 17, 2012

Souvenir daripada rakan

Almost 3 months aku tak jumpa member satu kelas maser buat master so last Saturday aku jumpa dia kat Shah Alam. Actually kami pi makan kat Seksyen 7 ajer. Just makan maggi goreng sambil borak tentang pengalaman dia jadi lecturer sambilan kat MARA. Kesian kat dia, setelah umur dah melebihi 34 tahun, dia still masih belum ada kerja tetap. Daripada satu tempat ke satu organisasi dia bekerja.

Dia sedih sangat sebab still belum dapat kerja tetap lagi. Katanya, member baik ajak dia pi Europe untuk kerja kat sana tapi ayah dia tak bagi plak sebab tak sampai hati nak berpisah dengan anak bongsu dia. So aku dengan semangat ala-ala kaunselor nasihatkan dia supaya banyak bersabar...

Korang tau aper dia sekolahkan aku lepas....

Cikgu, cakap memang ler senang. Banyak bersabar. Banyak berusaha. Cikgu lepas sekolah terus sambung belajar dan akhirnya jadi guru. Cikgu tak pernahkan raser camner jadi orang yang terpaksa panjat pejabat nak mohon kerja. Tak tau perasaan asyik kena interview dan terpaksa banyak kali jual kehebatan diri supaya orang sanggup ambil kita bekerja......Siksa dan deritanya hanya orang yang menanggung tahu...

Aku : Gulpppp....
(Hmmmm.....tapi rasanyer aku pun banyak kali gak pi interview....anayway mungkin tak sebanyak dia kot)

Right after couple hours.....kami pun balik. Before balik, dia bagi souvenir CD lagu2 lamer....bley plak dia bagitau CD ni khas cikgu bagi mengenang zaman retro cikgu...pergh....terasa tua ler plak???? 

Pertukaran Guru 1 Januari 2013 - Part 3


Sebenarnya hari ini aku rasa geram yang amat sangat. Geram pada seorang cikgu ni. Dia seorang yang berjawatan di sekolah. Seperti yang korang tahu (yang tak tahu lepas ni aku akan bagitau) bahawa mana-mana guru yang berjawatan di sekolah, mereka boleh memohon pertukaran pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu e-GTukar dubuka seperti guru akademi biasa. Permohonan mereka menggunakan borang pertukaran secara manual.

Borang mereka perlu dihantar ke PPD; kemudian PPD akan hantar ke Unit Sekolah Menengah, kemudian borang itu akan dihantar ke Unit Naik Pangkat (sekiranya dalam negeri). Permohonan guru akan diajukan kepada daerah yang dipohon dan sekiranya ada kekosongan, maka bolehlah guru ini bertukar. Pada dasarnya, setiap sekolah, setiap daerah; sebarang kekosongan seboleh-bolehnya mahu sebarang kekosongan akan diisi oleh guru di dalam daerah tersebut.

Berbalik kepada cikgu ni; daripada tahun lepas dia asyik nak tukar. Alhamdulillah tahun ini baru dia sanggup nak hantar borang. Alasan dia trauma nak memandu....kay fine. Selepas dia hantar, kejap-kejap dia telefon. Aku terpaksa pujuk dia agar bersabar kerana jika ada rezeki, insya Allah dia akan dapat juga.

Minggu depannya dia call :

*  Dah dapat ker permohonan saya?
*  Cikgu tak boleh bantu untuk usahakan saya dapat berpindah sekolah?
*  Tak bolehkah dicepatkan, saya dah malu semua orang tahu saya nak berpindah ( Padahal saya selalu  
     nasihatkan anak buah, jangan heboh nak bertukar sebelum dapat pegang surat pertukaran; kang malu)
*  Bila ya, saya dah malas nak buat perancangan 2013 sebab saya confirm dapat tukar.
*  Bila ya....saya dah tak sabar nak pindah ke daerah itu sebab saya dah jemu di sekolah sekarang. Lebih 
    daripada 10 tahun.
*  Pindahkan saya ke sekolah mana2 janji dapat balik ke daerah ini sebab umah saya dekat.....

Dah jadi perangai aku, rasa tak seronok kalau tak dapat bantu orang especially orang pompuan sebab mngenangkan yang adik dan mak aku pompuan gak. JADI, setiap kali jumpa orang JPN, aku akan pujuk mereka, desak mereka, paksa mereka untuk bantu guru ini   

Alhamdulillah, pagi tadi staf aku bagi surat pertukaran cikgu tu. Tak sabar nak bagitau cikgu so aku telefon sekolah minta bagitau dia yang dia dapat tukar. Lega sebab akhirnya dapat membantu cikgu balik ke daerah dia dan tak perlu drive jauh-jauh lagi.

15 minit kemudian .....(telefon berbunyi masa aku nak masuk elevator)

Cikgu XYZ....
Yap....
Siapa ni....
Saya cikgu  ABC
Ok cikgu tahniah sebab cita-cita nak bertukar dah Allah perkenankan.
Hmmm Cikgu XYZ, saya nak bagitau yang saya tak nak bertukar ke sekolah tu. Saya nak sekolah yang lain boleh tak..... Boleh tak Cikgu XYZ bantu saya bagitau JPN yang saya nak ke sekolah lain?

Arghhhhhhhhhhhh........

Kalau korang jadi aku, stress tak???????????? Terima kasih belum dapat tapi dia dah nak suruh aku carikan sekolah lain..........Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..............

 
 
 

Sunday, December 16, 2012

Isi maser bosan....

Ari ni hari ahad. Bosan giler sb ini minggu akhir orang umah aku stay kat kg dier jaga mak mentua. Bangun jer pagi dgn pembukaan subuh gajah, aku melingkar kat atas tilam sambil layanz tv. Citer apa ntah. Lepas tu pi joging sat. Mengah tercungap2 sb nak joging sminggu skali. Lpas jog kemas depan umah dan buat bfast quaker oat dgn bakar roti yang adik aku belikan. Lpas bfast balun melingkar lagi sambil menonton Tragedi Seri Mersing. 

Dagang pak malau dagang bertempat
Dagang hamba mengkuang layu

Alamak lupa le pantun dia....(pergh...ader saper ingat tak????)

Yang beshnyer citer ni sb dgr sore nordin ahmad yang husky tu. kira2 pade maser tu nordin ahmad ni cam Aaron Aziz kot kalau zaman sekarang. Tgk ler sampai abeh.

Nak pergi ke maner x boley plak sb dah janji dgn adik aku nak tolong dia key in data. Sian plak aku tgk banyok bnor data yang nak kena key in. Hmmm.... tetiba dia ader rancangan lain plak so aku ingat nak kloa sat ler... Call adik pompuan aku nak ajak tengok movie....pergh dia pi kenduri kawen kawan dia plak. Dianyer ntah biler plak nak kawen.....

Makan free....tapi ni gambar kahwin orang lain.

Pelamin dibuat di halaman rumah.
Nak pergi mana yer....????? Nak tengok TV dah raser nak muntah. Nak buat kerja mengemas malas ler plak .....apa kater pi kenduri kawen anak murid kot !!!!!