Wednesday, December 19, 2012

Anak Murid Kawen....


Khemah utama dari tempat aku makan nasi orang kawen.

 Last Ahad aku dapat berpeluang pergi ke majlis perkahwinan anak murid di Kampong Ulu Klg. Sebelum pergi, member-member dah sound, sesaper nak pergi kena pergi awal-awal sebab jalan nak masok ke rumah dia satu lorong. Jalan tu jalan utama ke tempat perkelahan. Anak dia plak anak tunggal. Bapa dia ketua umno cawangan dan mak dia pentadbir sekolah.


Pengunjung yang semakin sedikit....

Pergh....tak kanlah boleh jam plak sebab jalan tu kan besar. So I do not bother about that advise. Jadi pada hari Ahad dengan bangganya aku pi lepaih solat Zuhur. Hmmmm.....padan muka, aku stuck dekat setengah jam sebab kereta nak kloa dan nak masuk dah bercantum. Dalam pada masa yang sama terdapat orang yang parkir kereta kat tepi jalan. Nak jalan kaki malas plak sebab jauh giler.

Namer pengantin yang sambut hari bahagia...
Setelah termenung menunggu dan berbulu kerana petugas asyik suruh maju ke depan sampai keter aku nak masuk kat dalam longkang, akhirnya aku berjaya gak sampai. Semua orang dah nak balik dan aku pun makanlah sorang-sorang. Tengah makan bekas ustazah yang sama mengajar ngan aku dulu datang bersembang, jadi ader ler teman buat berbual sambil mengadap makanan.  Yang beshnyer ialah DJ. Dia beritau bahawa pengantin laki sudah tidak sabar untuk menghunus pedangnya.....orang gelak sebenarnya dia nak cakap tak sabar nak hunus pedang untuk potong kek.....aku pun dah terdouble meaning....Ha...ha...ha...

Pehal maser aku kawen tak buat cenggina yer....

Lepas bersalam balik, aku terpaksa pi makan kat KFC bagi mengarpetkan perut aku ya ng masih kosong... sebenarnya aku ni tak berapa sangat dengan makanan kenduri sebab jenis perut tak tahan.

Hidangan KFC buat mengarpet perot...

No comments:

Post a Comment