Sunday, June 3, 2012

Antara VIOS dan VAIO...

Petang ni saya nak berkongsi ngan korang dua perkara di atas. Citer ni tak bermaksud nak belagak tapi terpanggil untuk bercerita sebab malam tadi maser outing ngan adik dia tanya pasal hadiah aper yang terbaik pernah saya bagi kat orang umah. Pergh... adik saya dah menunjuk petanda nak berlaki sebab sibuk nak tanya hadiah apa yang paling berharga nak bagi kat suami. Jadi layanz kan sahaja.

Pergi Fraser pun dah boley anggap hadiah ler pak cik...


Sembang tentang hadiah birthday, sebenonya every year kita orang kena sediakan dua hadiah, satu untuk sambut birthday, satu lagi untuk sambut anniversary. Normally, anniversary more dalam bentuk makan atau outing manakala birthday dalam bentuk present. Last year punya anniversary, sambut new year kat Melaka, this year depends on budget. Orang umah punya wish sampai sekarang tak bley nak fulfill ialah dia nak makan kat restoran berputar, Menara KL. No way man, selagi ko tak makan banyak, jangan harap nak pi saner, bukan pasal duit tapi pasal dia makan ciput, bazir ler pi makan kat atas, baik makan kat kedai mamak, every 15 minutes, alih kerusi ikut penjuru meja (ha...ha...ha...saya pernah buat dah lastly kitaorang gaduh sb dia kater saya x matured).

Dia teringin nak tengok KL pada waktu malam camni kot...


Tentang birthday present, tahun pertama kahwin, saya belikan hadiah untuk dia tahun 1997, maser sengkek giler, ingat lagi balik dari kuliah kat Jalan Othman (maser tu buat DPA), singgah kat Makro (hmmm...sekarang maner ntah Makro pergi), balut cantik-cantik buat surprise; malam tu kami gaduh sebab dia tak terima hadiah tu yang harganya dalam RM 18.90...korang tau saya beli aper....penimbang tepung nak buat kuih raya warna merah yang saya jumpa kat Aras 2...ha3... dia kata hadiah paling bengong...sebenornye ada dua sebab saya beli; 1. duit tak der dan saya memang spesis kedekut hatta ngan bini sendiri dan yang kedua, memang dah lama nak beli penimbang tu sejak saya bujang dan nanti maser rayer bley kasi mak pinjam sebab dia suka buat biskut raya ...ha3 (jangan bagitau orang umah sebab dia tak pandai nak bacer blog saya ni....)

Baiklah, saya akan cerita kat Mak Ngah taktik pak cik ...kalau tak bagi duit raya lebih tahun ni...


Hadiah anniversary yang paling bengong saya beli ialah baju kameja...saya cakap kat dia yangsaya suka tengok dia pakai baju kameja cam citer orang putih, ha3...dia punya marah...mener ustazah bley pakai baju kameja lelaki, dia tak mau, jadi daripada membazir, saya cakap baik saya yang gunakan (ha3...sebenonye maser cari hadiah untuk anniversary ternampak baju kerja yang sgt cantik tapi maser tu maner ader duit so gunakan taktik giler ni dan menjadi...)

Antara perangai saya yang dia cakap x matured..sambil drive boley duduk dengan penuh tertib...

Tapi setelah gaji mulai naik, dan saya dah matured sket jer (sebab orang kater saya sampai skrang x matured ca.m budak sekolah menengah, masih mlompat kat dalam umah ...ha3 patut ler x der anak kata dia), hadiah telah mulai berubah. Ada sekali saya beli pendant loket semasa pergi mesyuarat di De Palma Ampang masa semak buku sastera kanak-kanak...besh sangat maser terima (pergh...pompuan tetap dgn emas), ader sekali tu dia giler tengok citer Korea dan teringin nak pakai gelang kaki, saya cari dan beli harga gelang kaki perak berloceng kat Kota Bharu yang harganya seratus lebih; tapi bila balik dia tak nak pakai sebab dia kata pompuan tak boley pakai benda yang berbunyi...hukumnya haram...mana ntah dia campak rantai kaki tu.




Kereta VIOS yang saya belikan untuk dia last year ...tapi saya yang guna Ha2


Dan yang terakhir, tahun lepas sempena birthday dia saya belikan VIOS dan yang beshnyer dapat keter maser hari birthday dia. He3...tapi selalu bising sebab hadiah birthday dia, saya yang gunakan. Memanglah, ader ker hari tu maser first day sekolah dia balun keter orang...pergh panaz tengok keter VIOS kesayanganku bercalor. Tahun ni plak sempena birthday dia saya belikan lappy Sony VAIO walaupun pada asalnya dia minta IPad dan kendian tukar kepada netbook. Malangnya masa tarikh hari jadi dia 28 April 2012, semua perancangan tak berjaya sebab tak boley masuk KL kerana ader BERSIH 3.0; itu yang sampai sekarang saya hangen pada BERSIH ni yang banyak merosakkan program orang...Hu...hu...hu...
Sony VAIO yang dipilih oleh adik saya untuk dihadiahkan kat orang umah saya...

Hujung minggu yang membosankan....

Ughhh... dapat golek atas pasir masa musim cuti ni mesti beshkan...

 Hujung minggu ni saya tak tau nak buat apa. Dua hari duduk bersidai kat rumah layanz citer Korea kat 393 Astro dengan layanz blog sebab dah lama tak update. Nampaknya program yang yang telah diplan tak berjaya sebab moderator yang plan program tu sampai ke saat ni belum call untuk beri keputusan...pergh...kasi panaz orang jer menunggu...


Pergh...mesti besh kalau dapat tengok matahari terbenam!!!


Nak isi masa lapang, basuh baju, lipat baju, cuci kipas, masak scramble egg, goreng ayam, pi basuh kereta, gosok baju, layanz blog balik, main sms ngan orang umah yang kat kampung, layanz citer Korea balik dan tido dan tido, dan tido, modified wayar internet. Kalu rajin, malam kang nak polish Vios kesayangan plak...ha....ha...ha...


Dua hari suntuk lepak dalam bilik Jepun ni layanz blog...perghhh

 Malam semalam ajak adik pompuan pi dinner, lepas tu pi singgah rumah bakal adik ipar pergh....ajak nak singgah rumah pak we barulah dia teruja nak kloa. Makan kira ok ler tapi adik tak makan sebab kotiau dia raser cam apa ntah. Seb baik bihun saya begitu marvelous nyer...tapi yang bosan ngan restoran tu, ari tu datang minta air suam ...tak sampai-sampai; malam tadi sama gak, minta tak sampai-sampai. Itu yang sound direct kat cashier, pergh....dia suruh tunggu nak bagi, saya cakap nak buat aper, orang dah nak balik.

Atokkk, pak cik bawa Cik Nor pergi rumah maman Zul...aha....dosa!!


Sebenarnya, tengah tunggu adik yang kata nak datang nak discuss pasal assignment dia dengan jawapan i-Class dia yang nak kena submitt by next week. Hmmm...tapi sampai ke sudah, tak datang-datang, tak sms gak, sakit perot lagi kot...tak kan nak buatkan dia punyer plak, sebab dia tak der, camner nak discuss. So, modul dia tesadai atas meja kat ruang tamu, dah terbuka, dah berselak tapi tak terjawab....malazzz ler gak nak buat....

Oittt...jadik datang ke tidak ni nak buat assignment...kang keje last minit lagi...

Nak ajak adik pompuan hang out kat The Curve ngan pi main boling, dia nak pi opis sebab next week audit masuk kat department dia. Nak ajak Ijai pi karok, tak besh plak sebab atok tengah sakit, jadi pe nak buat,.....buat bodo le jer...

Ait...abang bosan ke...bang????

Marah - Part 2


Helo...mood x baik minggu ni...
Minggu lepas selama dua hari, saya dan rakan-rakan telah berkampung di Sungai Dorani untuk meluluskan semua permohonan sumbangan PIBG. Ikutkan hati memang besh sangat dapat pergi ke Sungai Dorani sebab inilah first time saya pergi walaupun telah banyak kali mendengar mengenai kehebatan Sungai Dorani Resort ini yang dikatakan dibina atas laut (hu..hu...hu...laut ke lumpur?). Alhamdulillah, dari rumah ke sana mengikut Sungai Panjang memakan masa dalam 2 jam setengah setelah sempat berhenti minum di gerai tepi jalan di Sungai Selisek.
Selut dan lumpur kelihatan ketika air mulai surut....

Tutup hal Sungai Dorani, nanti saya cerita tentang resort ini. Apa yang menimbulkan kemarahan saya ialah apabila daripada 68 buah sekolah di bawah jajahan takluk (pergh...cam kesultanan Melayu Melaka plak), 31 yang menghantar permohonan untuk mengutip sumbangan PIBG. Daripada 31, hanya 21 sahaja yang diterima dan yang lain terpaksa dipulangkan semula untuk dikuiri. Pergh....hangen satu badan.
Ini chalet tempat saya menginap dalam rasa yang panaz dalam dada...
 Kenapa saya marah? Jawapannya cukup mudah dan saya dah terangkan kepada cikgu-cikgu bahawa semasa saya di sekolah, kepantangan saya ialah apabila PPD suruh buat kerja yang sama dua tiga kali. Malaslah...kan kita ader banyak kerja lain yang nak diuruskan terutama core tugas kita ialah teaching; so kalau tak boleh nak eliminate all clerical job kat sekolah, at least kasi reduce burden pun dah seribu rahmat.
Our core business is teaching...do you understand?

So, pendekatan saya apabila dah duduk kat kerusi ini cukup mudah. Buat biar susah sekali, tapi tepat dan betul. Corak arahan cukup mudah, be laissez faire to all my teachers because they have a lot of work to be settled. So, let them fix the date line as long they can finished the task and I will open my door to help them. Thus, untuk memastikan setiap sekolah berjaya menyiapkan permohonan, saya anjurkan kursus (panggil pakar PIBG turun), panggil mesyuarat (ajar step-by-step) cara nak memohon walaupun pada masa itu saya tau ramai yang buat sambil lewa. Buat mesyuarat saya sampaikan slot dari pulu 9.00 am - 2.30 pm (malam tu sambung explain kat PK di Port Dickson - sejam lagi bagi slot sampai malam tu tekak jadi bengkak dan batuk sampai 3 minggu. Siap buat surat lagi untuk mereka dan suruh mereka salin dan tukar ikut nama sekolah masing-masing dan ajar pulak cara betulkan ayat dalam minit mesyuarat agar semuanya diluluskan. Tanya mereka bila nak hantar, mereka minta sebulan, ok (walaupun tak logik nak salin surat dalam komputer dengan betulkan minit mesyuarat agung PIBG); dan tarikh date line yang mereka minta tu, saya extend lagi seminggu dan pada hari akhir saya sanggup tunggu sampai pukul 7.00 malam kat opis. Fuh...punya sayang kat semua cikgu sebab tak nak jadi masa saya kat sekolah dahulu, orang PPD asyik minta buat benda yang sama.

Ni ya cikgu...buat camni, saya dah tolong karang surat ni ya, kasi tukar yang ni ya...
 Dua malam sebelum ke Sungai Dorani, saya balik dari opis pukul 11.30 malam dengan pukul 10.00 malam hanya untuk menyemak dan menyiapkan segala permohonan sumbangan agar mesyuarat berjalan lancar. Tak per. sekolah punya pasal balik lewat tak per janji saya dapat setelkan dalam sekali buat.  
Ni tengah buat kerja sesorang pada pukul 10.00 malam...

Selepas semua benda ini dibuat, korang raser saya tak panaz....pergh...semua sekolah besar, settled. Sekolah berasrama yang ahli PIBG duduk merata, clear dapat tandatangan AJK PIBG tetapi sekolah yang AJK duduk sekeliling sekolah pun tak mampu nak settle. NI masih lagi nak kata orang PPD banyak cengkadak, banyak songeh asyik suruh cikgu buat kerja. Semua benda sudah sedia, lagi kasi suap, masih tak boleh kunyah...hmmm. Diaorang punya pasal, kerja saya semakin bertambah, nak kena buat benda yang sama dan yang paling saya benci bila kena tarbi ngan orang atasan, pergh...sekolah ko baru 68 pun tak boleh settle padahal Hulu Langat dengan Klang yang beratus complete. Saya tanya member, camner korang buat, paksa dengan cara autokratik! Janji kerja settle.
Banyak ni je yang hantar daripada 68 buah sekolah...mau tak panaz!!!
Kan korang dah menyusahkan kerja saya yang sedia ada banyak, korang kena datang lagi untuk menghadiri mesyuarat untuk kena leter, kena buat benda yang sama, korang kan ader banyak kerja lain dan takkan nak ngadap kerja PIBG sahaja, dah tu nak panggil, kena keluar duit untuk bayar tuntutan perjalanan dan duit nak sediakan makanan (kan satu pembaziran)...
Tengok orang nak cari sesuap nasi, terpaksa beryuh tengah panas..itu pun kita x tau bersyukur...
 Kekadang terfikir dalam minda, no wonder bebudak kat sekolah ni kita ajar banyak kali tak berapa nak clear, suruh buat kerja rumah asyik tak siap, cakap banyak, kerja tak jalan, tu yang cikgu asyik nak stress sahaja....mmmm....dah tahu sebab apa...sebab role modelnya ialah kita sendiri!!!!

Lex ler uncle...apa nak stress...jom ikut ajiq ngan apiy kasi lunyai ini mangga!!!


Saturday, June 2, 2012

Marah - Part 1

Minggu ni saya ada banyak perkara yang nak dimarahkan. Tak taulah sama ada kerana terlalu banyak kerja, tekanan di tempat kerja, ISO yang semakin hampir dan satu fail pun belum dikemas kini dah nak andropouse...(pergh...selisih ...minta dijauhkan). Tapi yang penting angin naik satu kepala. Anyway, let me divide the stories to part 1, part 2 and part....
Panas dalam hati macam api bawah poko kelapa ni....

 Minggu ni 1 Jun 2012, ialah hari untuk cikgu yang berpindah dengan yang telah di "redeployment"kan melaporkan diri. Ada seorang cikgu ni namanya dah dikeluarkan daripada sekolah atas alasan lebihan opsyen. Dia ni opsyen muzik manakala sekolah tersebut ni tak ada kelas muzik dan dia merupakan yang paling junior dalam kalangan 4 orang guru muzik di sekolahnya. Oleh sebab itu dia dipindahkan keluar. Jadi untuk pertukaran 1 Jun 2012, dia boleh digerakkan ke daerah Gombak. Klang dan Petaling Utama. Kesian plak saya. Ntah ler, sejak duduk kat kerusi sekarang, semua orang nak ditolong, semuanya saya nak rasa kasihan. Perghh...
Camner ya nak tolong cikgu ni.....
 
Nak dijadikan cerita, ada satu kekosongan di SMKKS. Difahamkan dan alamat dia di EMIS ialah tinggal di Behrang. Alhamdulillah, selesai kerja dan tak payah nak gerakkan dia ke Gombak. Cuba telefon dia, pujuk dia berpindah sekolah ke SMKKS atas alasan sama jarak sekolah lama dengan sekolah baru. Tetiba dia bagitau dia baru sahaja berkahwin, baru menyewa di Batang Kali dan isteri dia baru seminggu dapat kerja di Batang Kali. Mak ai...tak kan saya nak gerakkan cikgu ni ke SMKKS yang jaraknya 140 km pergi dan balik. Sekolah tu satu sesi dan dia perlu keluar rumah pukul 6.00 am supaya dia dapat sampai ke sekolah on time kerana dia perlu keluar Selangor, masuk perak, masuk selangor...lalu bawah pokok getah dan kelapa sawit supaya dapat sampai. (Alhamdulillah, dia menolak ke Gombak dan redho ke SMKKS tanpa bantahan dan dia akur menurut arahan PPD - terima kasih buat cikgu RM yang namanya sudah dua kali naik untuk di rede ; menurutnya, dia dah bersedia apabila dimaklumkan bahawa akan berlaku gelombang ketiga redeployment kerana tahu bahawa sekolahnya terdapat lebihan opsyen Muzik)

Saya lagi ke kena pindah keluar dari sekolah ni????
 
Doa saya kepada Allah, permudahkan urusan cikgu ini kerana dia amat memudahkan urusanku dalam meredekan cikgu. Allah maha mendengar, tetiba sekolah jirannya kekosongan seorang guru dan perlu diisi tanpa mengira opsyen asalkan body cukup (pentadbiran sekolah faham maksud body dalam konteks perjawatan). Terima kasih ya Allah atas pertolongan mu.
Terima kasih Allah !!!!

Hari akhir persekolahan, dengan baiknya saya menelefon pengetua memaklumkan bahawa akan berlaku pergerakan dan surat akan difaksimilikan kemudian. Tanpa dapat menyelesaikan ayat, pengetua itu telah meninggikan suara "Oh..mentang-mentang kau ada kuasa, suka-suka hati kau gerak cikgu dan masuk cikgu ikut kehendak kau, manusia jenis apa kau ni...." Pergh....nak tercabut telinga aku dibuatnya....inikah caranya dia menjawab... Ya Allah, sesungguhnya dia merupakan antara pengetua yang paling saya hormati tetapi apabila dia sanggup mengeluarkan statement tersebut, rasa hormat terbang begitu sahaja.

Saya pengetua ini sekolah...lu sapa???
 Kemudian beberapa orang pentadbir di sekolah tersebut mulai menghantar sms mempertikaikan tindakan saya. Yang paling saya tak gemari apabila PK Ko sanggup mempertikaikan tindakanku padahal PK 1 satu perkara pun tidak bercakap. Pelbagai tohmahan tentang cikgu RM mereka hamburkan kepada saya untuk memastikan cikgu itu tidak ditempatkan ke sekolah mereka.Sian kat cikgu tu, andainya dia tahu tentu dia rasa terhina. Tapi Allah maha mengetahui, mungkin dengan sengaja pengetua itu telah mem'forward'kan teks sms PK mereka kepada dia dalam usaha untuk menggagalkan rancangan untuk menempatkan cikgu RM ke sekolah mereka.

Raser cam nak tolak jer cikgu yang tabur fitnah tu kasi makan dengan ikan keli ni...

 Akhirnya, rancangan mereka berjaya. Semasa saya tengah mesyuarat di Sungai Dorani, cikgu RM telefon memaklumkan bahawa dia telah dihalau dan diterima ketiika melaporkan diri di sekolah tersebut. Alasannya pengetua memerlukan BM (dalam masa yang sama PK  yang menelefon memaklumkan mereka kritikal Sejarah) ;{mana nak percaya ya}. Yang menyedihkan saya apabila cikgu RM telah terdengar desas desus yang buruk mengenai dia dan ini menyebabkan dia terasa hati sangat. Bayangkan, seorang guru yang redho dipindahkan ke sekolah lain tetapi telah tidak diterima oleh sekolah baru dengan sombongnya dan mengatakan cikgu itu  ialah seorang cikgu yang bermasalah.


Bestnyer kalu boleh sumpah orang jadi ikan...sesuka mulut nak burukkkan orang...
 
Kekadang saya terasa amat penat dengan melayan semua karenah ini. Isu redeployment bukan satu isu yang mudah untuk ditangani seperti memakan biskut. Sekejap ada, sekejap hilang. Ini lebih kepada isu kemanusiaan apatah lagi apabila isu penempatan semula ini lebih hangat diperkatakan isu menempatkan guru yang bermasalah walhal isu sebenarnya kita ingin memastikan semua sekolah mendapat jumlah guru yang sama dan tidak ada kelas yang tidak mempunyai guru dan sekolah akan dibekalkan dengan lebihan guru yang terdapat sekolah lain. Hmmm....letih dan marah kerana nak memindahkan seorang guru saya terpaksa memerah otak untuk menyusun ayat untuk memeujuk tetapi ada sekolah yang amat mudah menggagalkan semua rancangan yang cuba dibuat oleh pihak BPSH KPM......puhh.....


Nampaknya next week makin bertambahlah my work load .... arghhh....

Points to ponder

During reading some posts from other bloggers, suddenly I found two quotations that I would like share to others. Those quotations have to do with my life in pursuit of my dreams...


" If you shoot for the stars and hit the moon. it's ok. But you've got to shoot for something. A lot of people don't even shoot "
                                                                                                                                             Confucious.

It is not easy to shoot the golf ball into the hole.
 
" The nearest way to glory is to strive to be what you wish to be thought to be"
                                                                                                                                                 Socrates.

The active boy try the abseiling in the park ...